Assalamualaikum & Salam sejahtera gais. Tetiba tergerak hati nak cerita pasal benda ni. Dah lama jugak perati tapi malas nak kecoh-kecoh tapi bila dah terkena beberapa kali ni, rasa tak puas hati pulak haha. Korang pernah tak naik bas atau keretapi ? Of course ada diantara kita yang pernah naik kan malah setiap hari menggunakan pengangkutan awam itu. Momi antara pengguna tegar pengangkutan awam memang amek serius bab ni *ehh gitu* haha.
Apa yang nak Momi bebelkan ni, adalah tolong bertimbang rasa sikit bila nak naik bas atau keretapi tu. Bayangkan orang yang nak masuk tu sangat ramai dan kita yang nak keluar ni sorang dua, bila pintu terbuka je, orang mesti akan terus berebut dan serbu nak masuk . Kadang-kadang bertolak-tolak, sampai terpaksa jerit "boleh tak bagi kami keluar dulu?" .
Kadang-kadang tu, belum semua orang keluar, yang nak masuk tu dah langgar. Salah siapa? Bukan ke dah sediakan garisan yang ada warna tu untuk beri laluan untuk orang keluar dulu (untuk pengguna keretapi). Bertimbang rasalah sikit. Bukan keretapi sahaja, malah Momi pernah tersepit dekat pintu bas semasa turun bas sebabkan mereka yang nak naik berebut. Bukan pintu depan ya, pintu belakang! Momi faham memang ramai, semua nak cepat, nak dapat naik kan? tapi kalau beratur elok-elok, tunggu orang keluar dulu dan masa tu baru masuk. Bukankah lebih aman damai? hehe
Begitulah kisahnyaa gais. Harap mereka yang selalu buat atau terbuat tu, silalah bertimbang rasa terhadap orang sekeliling. Pastikan penumpang lain dah turun dulu barulah naik hehe. Kita sama-sama guna pengangkutan awam sebaiknya okay hehe. xoxo!
6 Comments
hanisamanina.com
hehee. betul, semua mahu berebut naik.