Rafzan Tomomi Sombong?


Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Korang pernah tak dilabel 'sombong' secara tiba-tiba? Mesti pernahkan. Lepastu mesti korang tak faham kenapa tiba-tiba dia kata macamtu? Sedangkan kita rasa kita takde masalah dengan orang kan? hahaha 


Momi Sombong?
Sejujurnya benda tu biasa berlaku dekat Momi haha. Dari zaman kolej sampailah sekarang, terpaksa membiasakan diri dengan ayat 'sombong'. Mula-mula dengar dulu memang melenting habis, rasa macam tak buat salah tiba-tiba kena tuduh macamtu haha. Semakin lama semakin 'lali' dah dengan ayat tu haha. Sebelum orang nak kenal pon ramai yang akan kata Momi sombong dan 'bajet'. hmm Kadang-kadang kita tak boleh lari dari persepsi orang terhadap kita. Kalau Momi tak layan tu mesti korang ada buat 'something' tu hahaha!

Punca Orang Panggil Sombong?
Setelah dikaji-kaji, Momi rasa antara punca diorang panggil Momi sombong ialah bila senyum atau tegur dari jauh tapi Momi tak layan. This always happen! haha Ayat mereka berbunyi macamni "hari tu senyum kau, kau tak balas pon. Ingatkan sombong" Momi pon fikir bila dia senyum? hahaha Ramai yang tak tahu (ni yang nak bagitahu hehe) sebenarnya Momi rabun jauh . Sebenarnya memang ramai dah nasihatkan suruh pakai spec tapi Momi berkeras tak nak pakai, tak selesa ahaa. Jadi sila senyum secara dekat dengan Momi, kalau jauh dikhuatiri korang emo ! hahaha :p


Satu lagi punca ialah social media, terutamanya Facebook. Momi memang seorang likers tegar tapi Momi jarang sangat komen atau tegur orang kat chat. Momi memang suka online Facebook dan sentiasa online dekat phone. Kadang-kadang nak komen tu rasa malu dan I have no idea to comment hahaha. Momi ni nampak je riang ria raya tapi sebenarnya memang sangat pemalu dan mudah 'neves'. haha.


Kesimpulannya
kita tak boleh nak label seseorang tu 'sombong' dengan sesuka hati. Kadang-kadang mesti ada sebab kan kalau dia tak layan korang kan? haha. Hanya keluarga, kawan-kawan dan mereka yang mengenali Momi je tahu perangai Momi macam mana. Jangan gaduh-gaduh tau. Hidup kena ceria selalu walaupun sedang berduka  hehe. Okaylah thanks sebab baca entri ni, kalau anda rasa saya sombong tegurlah saya, saya ni pemalu orangnya. Mula-mula memanglah tak bercakap, lama-lama nanti takut tak terlayan. hahahaa.

p/s : Korang rasa Momi sombong tak? Sila komen dibawah. hahah #Langgarpintu

Post a Comment

12 Comments

Tunsha Ayunie said…
Haha... sama laaa dengan hakakk... orang label sombong/bongkak tetiba... kang kita senyum rasa macam kita perasan lebih plak... huwaaaaaa ironinya susahnya nak puaskan hati orang ----
Rafzan Tomomi said…
iyeee. hehehee.. betul tu kak :D
akubiomed said…
Mungkin ada sifat introvest. Janganlah rasa berkecil hati. Saya juga introvert. Kalau orang tak kenal saya mungkin agak saya sombong tetapi apabila kenal sama-sama giler juga. :)
Rafzan Tomomi said…
betul betul. dah tak kecil hati. hehe
Bro Framestone said…
Agak la... lagi mahu tanya... #langgarpintu
Hafiz Hafizol said…
Alhamdulillah so far so good . xde lg org label sombong. biasa ak amalkan sebelum org senyum ke aku. aku dulu senyum ke dia. sampai pernah ada orang tanya kenapa kau tiba2 senyum ke aku? LOL.
Rafzan Tomomi said…
hahahahaa.... #langgarpintu
Rafzan Tomomi said…
hahahha.... ye la. lepas ni kene senyummmm sampai orang tanya macam tu hahahaha
Fyda Noh said…
Ramai orang macam tu.. nak tegur orang mula2 segan & malu.. tapi bila dah kenal barulah tau..
Fyda Noh said…
Betul tu memang susah nak puaskan hati semua orang. jadi diri sendiri tak rugi apa
Rafzan Tomomi said…
hehe okay2 kita jadi diri sendiri ni :D
Rafzan Tomomi said…
hehehe betul-betul. mungkin tak larat nak layan hahaha