Assalamualaikum & Salam sejahtera gais. Momi jarang sebenarnya nak tengok drama-drama ni, kalau tengok pon mesti sebab tertengok je (sebab mak tengok, join je ler). Tapi yang ni Momi rasa tak sabar nak tengok drama bersiri "Isteri vs Tunang" yang akan ditayangkan mulai 1 Februari 2016 , Setiap Isnin-Khamis jam 10.00 malam di Astro Ria . Apa yang buat Momi teruja ialah barisan pelakonnya yang sangat awesome seperti Scha Al-Yahya & Sharifah Sakinah. Kalau tengok teaser ada Ayda Jebat kan? haaa sebenarnya Ayda Jebat hanya menyanyikan lagu tema untuk drama bersiri ini dengan lagu "Pencuri Hati". Tak sabar Momi nak tengok drama ni. hehe
Info Isteri vs Tunang
Tajuk: Isteri vs Tunang
Pengarah: Michael Ang
Tarikh Siaran : Mulai 1 Februari 2016
Waktu Siaran : Setiap Isnin-Khamis, 10.00 Malam
Saluran : Astro Ria
Barisan Pelakon Isteri vs Tunang
Hisyam Hamid sebagai Zaim Azfar
Scha Al-Yahya sebagai Alana Sofea
Sharifah Sakinah sebagai Amira Irdina
Lia Natalia sebagai Putri
Fahad Iman sebagai Zain Aryan
Sinopsis Isteri vs Tunang
Insiden yang berlaku dengan Zaim, seorang lelaki yang angkuh di mata Alana membangkitkan kemarahan gadis itu lantas tanpa berfikir panjang telah mencabar lelaki itu untuk mengahwininya. Demi ego seorang lelaki, Zaim menyahut cabaran itu.
Apabila fikirannya mula tenang, Alana tersedar yang dia telah mengambil tindakan yang bodoh dan meminta Zaim membatalkan rancangan peminangan. Walau bagaimanapun, dia terkejut apabila kedua ibu bapanya telah menerima pinangan Zaim.
Kehadiran Irfan Fakrul dirasakan tepat pada waktunya. Dengan bantuan lelaki itu, Alana meminta dia menyamar sebagai kekasihnya dan berjumpa dengan orang tua Alana bagi membatalkan pertunangan antara Alana dan Zaim.
Bantahan daripada Encik Dahlan menyebabkan Alana terpaksa akur untuk mengahwini Zaim demi menjaga nama baik dua keluarga.
Setelah berasa puas kerana dapat menyahut cabaran Alana, Zaim kembali menjalinkan hubungan dengan Amira Irdina, bekas tunangnya.
Bagaimanakah kesudahan hubungan Alana dan Zaim? Mampukah bahtera yang didirikan atas dasar ego dan tanpa cinta berkekalan? Atau, berjayakah Amira menyingkirkan Alana dari kehidupan Zaim? Siapakah sebenarnya yang menjadi orang ketiga? Amira? Alana? Antara isteri dan tunang… yang manakah akhirnya menjadi pilihan? (sumber : tehsirap.com)
*semua gambar dari google*
1 Comments
Sinopsis macam menarik tetapi dot dot dot