Movie Review - The Boy

Movie Review - The Boy

Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Kali ni nak Momi nak review filem seram, "The Boy". Filem ini memang hangat diperkatakan dan masa Momi tonton hari pertama tayangan, memang full house yer. Seram ke tak filem tu? sampai Momi pon tutup mata sambil menonton hahaa. Jom baca review selanjutnya :) ::Amaran : Spoiler::

Download The Boy 2016

Info Filem
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 21 Januari 2016
Genre: SeramNgeri
Durasi: 1 Jam 38 Minit
Pengedar: GSC MOVIES
Pelakon: Lauren Cohan, Rupert Evans, Ben Robson
Pengarah: William Brent Bell
Format: 2D
(sumber : cinema.com.my)

(sumber : google.com)
Sinopsis
Filem "The Boy" mengisahkan tentang aeorang wanita bernama Greta telah mengambil kerja sebagai pengasuh di sebuah perkampungan terpencil Inggeris. Apabila dia tiba, dia mendapati budak lelaki berusia 8 tahun yang perlu dijaga sebenarnya patung porselin yang mana ibu bapanya melayannya seperti budak sebenar selepas kematian anak lelaki mereka. Selepas melanggar beberapa peraturan, beberapa kejadian aneh berlaku membuatkan Greta semakin yakin bahawa patung itu sebenarnya hidup. (sumber : cinema.com.my)

(sumber : google)

Apa Kata Rafzan Tomomi?

01 Patung Misteri
Patung yang bernama 'Brahms' tu dikatakan anak kepada pasangan suami isteri ni memang seram betul Momi tengok. Memang dia duduk diam je dan dijaga rapi oleh ibu bapanya tu. Ada masa korang akan rasa patung 'Brahms' ni seram sangat hehe. Ramai yang samakan Patung Brahms ni dengan patung Annabelle ni, ada yang cakap diorang 'couple' haha kelakar.

02 Si Greta Yang Tabah
Si Greta yang menjadi penjaga patung Bhrams tu memang seorang yang tabah . Dia kena jaga patung tu dan tinggal dekat rumah bersama patung tu. Tak ke seram? hehe. Si Greta ni pulak jenis endah tak endah je dengan 'rules' (undang-undang) yang ibu bapa Bhrams senaraikan. So faham-faham je la  apa yang jadi lepas tu haha.

(sumber : google)

03 Plot Twist 'kaw-kaw'!
Apa yang boleh Momi cakap memang ending dia luar dari jangkaan. Punyalah beria tutup muka telinga bagai, rupanyaa.... (AMARAN : SPOILER - nak baca sila Highlight Text selepas tulisan dalam kurungan ni) memang serius kecewa habis dengan ending dia. Memang Momi ternganga dan rasa nak balik masa tu sebab dia bukan cerita hantu! Huarghh~ kenapa tak teruskan je dia jadi hantu, kenapa jadi cerita lain hahaa. (kecewa betul ni). Masa keluar panggung memang muka sangat kecewa dan tertanya "why?" dalam 80 kali. Gigihlah tutup muka , tutup telinga masa tengok haha.

04 Apa yang bestnya filem ni?
Filem ini keseluruhannya menarik untuk ditonton sebenarnya walaupun Momi kecewa bahagian ending dia. Mungkin korang suka ending dia, who knows? hehe Korang akan tertanya apa sebenarnya patung yang ketengahkan dalam filem ini. Apa sebenarnya niat ibu bapa Bhrams ? Kenapa Greta sanggup kerja jaga patung tu ? Jangan lupa tengok okay hehe.


Rate
Dengan ini Momi memberi 3.5 / 5 bintang.

The Boy 2016 Download | The Boy 2016 Subtitle | Sinopsis The Boy 2016 Synopsis | The Boy 2016 Review | PosterThe Boy 2016  | The Boy 2016 Torrent | Review filem The Boy 2016 | Barisan pelakon The Boy 2016 

Post a Comment

3 Comments

I N A A I N A A said…
Cerita seram ni kena ada teman tengok.. Takuttt tapi nak tengok hahahaha
Admin said…
Bleh la cter ni
Azwar Syuhada said…
Mana seram Anabel or the boy? Tengok Anabel sampai tercampak pop corn. Jadi kena pergi tengok ramai-ramai. ;)