Cara Untuk Dapat Followers / Like Banyak Dekat Instagram


Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Saya nak share pulak macam mana nak menarik orang untuk Follow / Like Instagram kita. Disebabkan ramai tanya "macam mana kau boleh dapat like banyak?" atau "Macam mana kau dapat Followers ramai?". Jika nak tahu bagaimana cara tambah follower Instagram dan cara mendapatkan like banyak di Instagram, jom baca yang saya senaraikan ni :


01 Follow seberapa ramai yang boleh
Untuk permulaan tu, anda follow je seberapa ramai yang boleh. Had Following Instagram hanya 7,500 sahaja, lebih tak boleh yer hehe. Bila anda follow, tunggu dalam masa 2-3 untuk meng-unfollow mereka yang tak followback, kalau unfollow sejam lepas follow anda memang nampak terdesak sangat tu hehe. Kalau followers anda ramai likers, memang naik ler like tu hehe.

02 Like post dekat yang lalu dekat timeline Instagram
Saya dan beberapa orang dah guna cara ni, like je apa yang lalu dekat Timeline Instagram tu ( walaupun gambar masih tengah loading hahaha). Tiba-tiba Followers naik sampai 10 orang. Mula-mula pelik tapi lepas beberapa kali cuba memang betul. hehe

03 Boom Like
Boom mengeboom gambar-gambar followers anda memang sangat best, 8/10 orang yang anda bom tu akan balas balik dan kadang-kadang lebih dari yang kita boom gambar diorang tu hehe. Maka like anda pon beranak pinaklah hehe.

04 Gambar yang menarik & cantik
Bukan semua orang tapi ada orang akan follow anda kalau gambar-gambar yang dipost tu menarik minat, cantik & ala-ala hispter sikit. Nak lagi best, cari identiti tersendiri untuk buat orang ingat kenapa diorang follow akaun Instagram anda :)

05 Promote di Wall Instagram anda
Ini cara yang tak disyorkan tapi ia berkesan. Kadang-kadang ada nampak diorang ni dok main promote-promote. Katakanlah, bila anda promote satu akaun IG ni dekat IG anda, kemudian akaun IG yang anda promote tadi tu akan balas promote anda. Bukan semua orang suka promote ni, hati-hati kalau kerap sangat anda akan diunfollow.

06 Post mengikut masa yang sesuai
Yang ni penting jugak untuk anda yang nak like lebih, anda kene tahu bila followers anda aktif. Kalau nak tahu, sila baca entri ni : Waktu Yang Sesuai Untuk Post Di Sosial Media.

07 Update setiap hari 
Untuk mengekalkan follower anda, rajin-rajinlah update Instagram tu, at least tiga (3) kali sehari. Lagi-lagi yang memang peminat setia gambar anda tu. hehe

08 Gunakan hashtag yang menarik & simple
Ini pon salah satu cara yang sesuai untuk menarik orang follow akaun IG anda. Hashtag yang unik dan mudah diingati boleh jadi petunjuk untuk mereka yang lupa id IG anda, melalui hash tag mereka boleh jumpa akaun IG dan follow hehe.

Updated - 12 Oktober 2017
Memandangkan ada beberapa features baru ditambah dekat Instagram, Momi update lagi beberapa 'Cara Untuk Dapat Followers / Like Banyak Dekat Instagram'.

09 Insta Stories

Ini WAJIB! Rasanya kebanyakkan platform social media ada Stories. Pastikan anda update Stories anda setiap hari untuk memastikan anda masih aktif di Instagram.

10 Live di Instagram
Zaman sekarang zaman live. Jadi jika anda ingin tambah bilangan pengikut anda, apa kata anda buat live. Make sure ada topik yang menarik, baru live anda ramai orang masuk hehe.

11 Promote di Instagram Stories
Yes! Memandangkan Instagram memperkenalkan Insta Stories, jadi inilah peluang anda untuk buat satu post khas untuk promote Followers anda. Then bila anda promote Followers anda, pastikan mereka promote anda semula. Momi dah cuba cara ini dan boleh dikatakan okay juga. Why not try kan?


Haaa... macam mana? Dah faham? Kalau tak faham baca lagi tau hehe. Entri ni memang sesuai sebenarnya untuk mereka yang buat bisnes online, In Sha Allah mana tahu berkesan kan hehe. Diharapkan entri ini dapat memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan. Semoga berjaya dan selamat mencuba! hehe

Tips nak dapatkan followers ramai dekat Instagram | Tips nak dapatkan like banyak dekat Instagram | Macam mana nak dapatkan followers ramai dekat Instagram | Macam mana nak dapatkan like banyak dekat Instagram 

Post a Comment

49 Comments

I N A A I N A A said…
Ena dlu guna cara ni semua kecuali yg bhgian promote ig org tu je ye tak.. Sebab tak gemar cara tu.. Memang cepat follower naik.. Tapi skrg dah mls.. Hahaha
Ooooo kantoi like tak ikhlas hahah xP
Diya Hanun said…
Tak ada insta..hehe
Therina Jopri said…
Setakat ni tak berani nak masuk instagram sebab tak terkejar denn..
Rafzan Tomomi said…
hehehe ye , kalau nak followers ramai kene rajin. kadang2 saya pon malas hahaa
Rafzan Tomomi said…
ahhahaa semua ikhlas sikit haha
Rafzan Tomomi said…
alaa takpe nanti buatlah :)
Rafzan Tomomi said…
hehehee kene lari laju ni hehee
Unknown said…
Mcm mne nk unfollow mereka yg xfollow kita?nak tengok dekat mana?
Rafzan Tomomi said…
boleh guna apps "instafollow" , boleh detect siapa unfollow :)
Unknown said…
kelia...brother..
Terima kasih... Terbaik ilmu ig ni. Ada akak dah buat. Ada yang baru tahu. Memang kena rajinkan diri balik ni. Hehe
Anonymous said…
Timeline ? Tempat explore eh ?
Rafzan Tomomi said…
okay kak. akak boleh hehe
Rafzan Tomomi said…
bukan. dia dekat first page. kita login je, keluar yang timeline dulu
Anonymous said…
kalau comment kt gmbar org tu mcam " comei ,lawa" ,bleh dpat bnyak follower jgak ke?
Rafzan Tomomi said…
ikutlahh. kadang2 ada rezeki orang follow hahaha
Anonymous said…
Kalau ikut these tips , ig kena private ke tak eh? Rasa rasa?
Rafzan Tomomi said…
tak perlu. kalau private rugi.
Diana said…
Terima kasih.. tips yang senang follow. InsyaAllah boleh naikkan followers saya :)
Rafzan Tomomi said…
in shaa Allah. goodluck yer :)
Unknown said…
Haii follow ig saya - iqmalhakim2020
Rafzan Tomomi said…
haa kawan-kawan jom follow Ig dia :)
noraidahm said…
awk aktif lagi ke?
hay follow ig saya - pmayori
thanks
Mashitah Mamat said…
nice sharing, tekiu (^__^)
Anonymous said…
Assalamualaikum,baru buka instagram ini. Tak tahu nak pos apa. Cuma gambar kata2 semangat. Mohon tips dan cadangan2. Thanks
0176500188
Rafzan Tomomi said…
boleh follow dan DM :)
Anonymous said…
Hai assalammualaikum.. Tumpang promot yaa.. Jangan marah @frhanmhd_
atiehilmi.com said…
tips yang bagus ni.. hee~ sebab kakak pun guna konsep yang sama.. thanx ya !!
Suria Amanda said…
Thanks Momi tipsnyaaa...
izz said…
Wahh. Tq dik. I follow.. :)
apekinahdotcom said…
Bagusla tips momi ni. Nanti nak try la. Ada juga buat salah satu tips ni. Memang menjadi. Nak cuba tips lain pulak
uncle zuan said…
nak try gak la. mesti letops pasni hehehe
Anonymous said…
Follow and boom my Instagram @nurdianasyahiera
Asyraf said…
Inilah yang Asyraf selalu buat setiap hari. Alhamdulillah dari 300 terus boleh capai 1k follower dalam masa seminggu.

Apapun konsisten tu penting.
I read that Post and got it fine and informative. Instagram Growth Hack
amyangelic said…
Follow my instagram @amyangelic._