Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Saje nak cerita pasal Majlis Cukur Jambul Umar pada 11 Oktober 2015. Majlis ni dirancang tak sampai sebulan pon, memandangkan Baby Umar semakin membesar, neneknya pon tak sabar nak buat kenduri hehe. Mari ler baca kisah sebelum sampai lah majlis berlangsung.
Persiapan
Kalau nak ikutkan persiapan tak lah terlalu awal, dala seminggu sebelum majlis. Betul-betul busy pada malam sebelum majlis berlangsung 10 Oktober 2015. Memang busy uols. Banyak kerja kena buat antaranya masukkan gula-gula dalam beg dan kotak, masukkan telur kat bunga telur comel tu dan macam-macam lagi lah. Nasib baik keluarga Mak Teh datang malam tu, dapat la tolong-tolong hehe.
Sementara tu, kitorang tunggu pelamin yang disponsor oleh Kak Long . Pelamin dia memang meletop vavavom, kalah orang nak tunang woi hahaha. Disebabkan rumah comel, kitorang pasang pelamin tu dekat luar rumah. Pelamin tu memang comel okay. Kalau korang nak tempah pelamin buaian berendoi ni boleh ler singgah dekat sini : Kaseh Iqman Boutique - Buaian Berendoi. Konfem puas hati! hehe
Lepas pelamin dah siap, semua busy pulak masukkan telur kat bunga telur. Wajah begitu tekun sekali memasing haha. Siap semua bahan-bahan untuk majlis tu dalam pukul 3 pagi. Memang memang mengantuk! haha. Paling advanturenya, bila kena tidur luar sebab nak jaga pelamin tu. Tidolah saya, Abadik, Abang Iju & Mak Teh dekat luar rumah.
Hari Majlis Berlangsung
Seawal 7.00 pagi ya dikejutkan! haha. Bangun tetap dalam 7.30 pagi. Memang busy semua. Nak ambil makanan lagi. Lepas tu sempat gak ambil Apam Polkadot dekat blogger Fana (fanacheksaat.blogspot.my). Terima kasih ya hantar. Setibanya dirumah, majlis dah bermula. Cukur Jambul dan bacaan marhaban dari kumpulan Marhaban Kondo Rakyat (Emak pon ahlinya jugek~) . Memang tak menang tangan ye gais haha.
Lepas kumpulan Marhaban selesai, tiba giliran orang Surau pulak. Ada sedikit bacaan tahlil. Memang penuh lah. Lepas tu , ketibaan kawan-kawan , saudara mara dan jiran tetangga. Memang meghiah! Sempat tertido lah masa kenduri tu. Jom la tengok moment-moment yang sempat dirakam sebelum dan semasa majlis berlangsung :
Terima kasih buat tetamu yang hadir, terutamanya kawan-kawan dari jauh : Ara Kimora, Bazli Zafri, Akid , Amyra Ismail, Nisha Ica serta saudara mara yang tersayang. Harap semua puas dapat makan Nasi Ayam Pak Ayop Tip Top! hehe Terima kasih kepada semua yang terlibat termasuk keluarga Mak Teh : Mak Teh, Fyra Nasha, Eyka Nasha, Eeya Nasha, lepas tu Mak Usu dan semualahh. Nak sobut semua memang tak habih ni kang! haha. Sorry masa majlis tak dapat tangkap gambar banyak sebab busy layan tetamu huhu.
p/s : lepas majlis, tidur tak hengat dunia woi hahah!
0 Comments