Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Entri ni sepatutnya update Ahad lalu tapi bermalasan berganda selepas mengemas, maka hari ini baru dapat publish. haha. Kadang-kadang tertanya "Kenapa bila raya ke mesti nak kemas rumah?", "Kenapa tak sebelum puasa, masa deepavali atau hari pekerja ke?" haha. Biasalah nak dekat raya ni, kebanyakkan isi rumah mesti akan kemas rumah, tukar sofa lama tukar almari, tukar tv dan sebagainya, at least 2-3-4-5 tahun sekali kan? Bukan selalu kemas besar-besaran. Bila Raya nanti baru la seronok semuanya serba baru. gitu~ Setelah lama tak mengemas, tahun ni bilik saya mengalami 100% transformasi . Bagaimana rupanya?
Lepas bersahur je, terus mulakan proses kemas bilik. Fuhh~ memang letih. Angkat banyak gilers barang. Duduk rumah flat ni memang kene peka time nak buang almari semua ni, tengah malam atau tengah hari memang selamat. hahaha Kalau sebelum ni dalam bilik saya ada katil, bakul letak baju, dan almari plastik bertingkat. Kali ini, kitorang nak sumbat rak buku (semestinya dah lama nak beli), almari baju sebesar alam dan meja pejabat untuk memudahkan Abadik buat kerja dia. Saya online sambil baring je dekat bawah tu. haha
Taadaa.. inilah hasilnyaa..! Cantik tak? Memang serius banyak ruang dan boleh bergolek-golek ! Memang membawa semangat baru okay. haha Mana katil? Katil dah hantar rumah Abang Iju. Jadi kitorang tidur atas lantai beralaskan toto . Yeayy.. Bak kata Cik Jah jiran sebelah "korean style!" haha
Sebelum
Lepas bersahur je, terus mulakan proses kemas bilik. Fuhh~ memang letih. Angkat banyak gilers barang. Duduk rumah flat ni memang kene peka time nak buang almari semua ni, tengah malam atau tengah hari memang selamat. hahaha Kalau sebelum ni dalam bilik saya ada katil, bakul letak baju, dan almari plastik bertingkat. Kali ini, kitorang nak sumbat rak buku (semestinya dah lama nak beli), almari baju sebesar alam dan meja pejabat untuk memudahkan Abadik buat kerja dia. Saya online sambil baring je dekat bawah tu. haha
Selepas
Masih dalam proses kemas rumah tapi stop dulu, beri laluan nak buat kuih raya ya. hahaha
p/s : Memang 'reput' tulang angkat almari, nasib ada Pran Juice. Lega lepas berbuka. :D
Tasha Manshahar Feat. RJ - Terima Kasih Cinta
5 Comments
esok bru sempat nk mengemas!! waaaa
ye ke? selamat mengemass :D