#Iftar2015 | PappaRich bersama #XOXO 4/7


Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Cerita #Iftar2015 diteruskan bersama dengan geng Reunion KPTM Ipoh, Team #XOXO pada hari Sabtu, 4 Julai 2015. Dah lama sebenarnya merancang berbuka sama-sama ni, akhirnya berjaya jugak kumpulkan semua. Yeayyy! Kali terakhir jumpa reramai macamni pada 17 Mei 2015 dekat Time Square. Apa aktiviti kitorang kali ini? Iftar ini dihadiri oleh saya, Ara, Ein, Bazli, Wani, Aida, Akid dan kawan. Seperti biasa, dengan diorang ni mana boleh cerita pependek. Haruslah cerita semuanya. ahhaha


Seawal 11.30 pagi, jumpa dengan Ara dulu sebab nak ke kedai MyOneShop sebab nak beli flower headbands (menatang atas kepala tu. haha). Nasib baiklah ada tapi ada kaler pink je dan kami pon beli je lah hahaha. Lepas Ein dengan Wani pon dah turun , lalu kitorang pon gerak terus ke bus stop. Sampai bus stop bas pulak terus sampai, kitorang naik dan terus di bawa ke Nu Sentral.


Setibanya disana, terus naik ke tingkat lima sebab nak beli tiket wayang. Selesai beli tiket (walaupun orang ramai gilers), kitorang ke bawah pulak, cari restoran PappaRich untuk berbuka petang tu. Nasib baiklah boleh 'reserved' tanpa apa-apa bayaran atau order. Selepas lega dah reserved tempat untuk berbuka, tiba masanya untuk tunggu wayang , filem "Poltergiest" pukul 1.50 petang pulak. Sambil menunggu tu, sempat terjumpa dengan pelakon Nelydia Senrose & Qi Razali. Dapat jugak bergambar dengan Nelydia, tapi Qi Razali hilang pulak. hahaha Katanya 'Selamat Berpuasa' & 'Selamat Berbuka'. Lepas tu, sebelum beberapa minit wayang start Bazli pon sampai. Terus kitorang masuk dalam wayang.


Selepas tengok wayang, kitorang cadang nak tengok wayang lagi. Tapi~ apakan daya, yang lain penuh pulak hahaha. Tapi takpe, Kitorang pon teruskan berjalan hingga ke tingkat paling bawah. Kat bawah ada #KampungNu, serius terasa berada di suasana raya gitu. Sebelum menunggu Aida dan Akid serta kawan sampai, kitorang pon bergambar dulu dekat situ. Bukan itu sahaja, join jugak aktiviti yang dianjurkan kat situ. Kebetulan ada Zalif Sidek jadi MC pada hari tu.


Kitorang join main belon dengan main oh jus (tapi guna gerak badan). Dalam ramai-ramai tu, Wani jugak yang Zalif tu selalu sebut. Wani paling popular okay pada hari tu. hahaha Ada jugak persembahan dari Dafi tapi hanya Ara sempat bergambar dengan Dafi dek kerana orang lain tolak-tolak nak bergambar dengan Dafi. Cukuplah dia mendengar saya memuji kasutnya. hahaha


Tak tahu nak kemana dan keletihan pada masa tu,  kitorang pon lepak la tetepi area restoran PappaRich tu. Aida pon sampai jugak masa tu. Haa... tepat 6.20 petang kitorang pon masuk dalam restoran tu dan amek order. Nak susun tempat nak duduk pon dah kecoh, apetah lagi nak amek order hahaha . Selesai amek order, sekali lagi tangkap gambar. Biasalah tu. hahaha


Sejam lepas tu, akhirnyaa, tiba waktu berbuka. Memang meghiah meja kitorang dengan makanan. Saya makan "PappaRich Chicken Rice" dengan air "Milo Dinasour". roarr.. Alhamdulillah kenyang jugak akhirnyaa. Kebiasaannya, nak bayar memang amek masa. Thanks to Bazli sebab kirakan sorang-sorang punya harga makanan. :p


Selepas berbuka, jangan ingat dah habis. Kitorang terus ke #KampungNu untuk bergambar. Memang suasana raya sungguh! haahah. Pelbagai pose dan keceriaan yang kitorang bawa dekat #KampungNu ni haha. Walaupun ramai orang dekat situ tapi apa kitorang peduli, ini tempat kitorang punya hahaa. Malas nak cerita banyak tengoklah koleksi gambar kenangan kami bersama :



































hahahaahaha!

Alhamdulillah. Sekali lagi terima kasih dan tahniah gais sebab akhirnya dapat juga berbuka sama-sama. Walaupun masing-masing 'busy', ada yang sanggup datang dari jauh untuk berbuka pertama kita ni. InsyaAllah kita teruskan untuk next-next-next year okay gais. Saya rasa sangat seronok dan gembira sebab semua orang awesome! Saya sayang awak semua. I love you, awesome nerd <3 haha

Gambar Makanan di PappaRich : 















p/s : Harap tabah untuk anda scroll sampai sini. hahah

Post a Comment

7 Comments

salam singgah sini sambil blog walking

Setiap orang memerlukan kecantikkan dalaman dan juga luaran bukan, sudah tiba masanya aku kongsikan ape yang selama ini aku amalkan bagi kecantikkan luaran aku. Betul tu? Nak jaga nak maintain sangat susah lagi-lagi bila waktu yang ada sangat terhad. Lebih-lebih lagi menjadi seorang ibu yang berkejaya. Contohnya macam aku.



Sejak dari remaja aku dah menitik beratkan amalan menjaga kesihatan dalaman juga luaran. Tapi tahukan korang kalau kita hanya bergantung pada yang sama kadang-kadang badan kita akan jadi imun dengan kadungan bahan tersebut. So perlu juga kita mencari satu cara untuk menambah baikkan sturtur kulit kita sentiasa terjaga bebas penyakit dan bersih.

http://comot-pink.blogspot.com/2015/07/luminesce-skin-care-by-juenesse-review.html
sayaidaydotcom said…
Dah macam balik kampung dah rupanyaaa. Hahahaa Yang bestnya, siap boleh masuk rumah tu. Hahaha :)
Rafzan Tomomi said…
hihihi kan... bestlah Nu Sentral buat rumah tu :D
I N A A I N A A said…
Perghhh meriah gillerrr! Dah macam raya dah tengok.. hehehe
Rafzan Tomomi said…
hahaha hari hari seperti hari raya bila bersama mereka hhaaha
Dunia Zumal said…
Wah, meriahnya kat sana...
Rafzan Tomomi said…
memang meriah. macam kitorang punya pulak hahaa