#Iftar2015 | JW Marriott Hotel, Kuala Lumpur bersama Anak Yatim & Asnaf


Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Beberapa hari lalu tetiba teringin sangat nak berbuka dekat hotel. (pelik betul keinginan ini. haha). Alhamdulillah keinginan itu dimakbulkan bila dapat jemputan berbuka bersama Anak Yatim & Asnaf di JW Marriott Hotel, Kuala Lumpur pada Isnin, 13 Julai 2015


Setelah meng-google maps lokasi hotel tu, terus je gerak dari tempat kerja pukul 4.30 petang tumpang kak Zila sampai LRT Bangsar. Lepas tu naik LRT sampai KL SENTRAL dan terus je ke Monorail. Alhamdulillah sampai dengan selamat (dapat duduk lagi dalam train. haha) dekat Monorail Bukit Bintang. Jalan punya jalan, baru lah nampak hotel mewah itu. Masuk je, tanya lah kaunter , katanya tingkat 6. Tanpa rasa ragu, naik je la tingkat 6, laaa sekali salah tingkat, rupanya dekat tingkat 4. haha Sampai jugak dengan jayanya. hihi

(curi dari fb Halim. haha)

Sampai sana dalam pukul 6 petang. Sementara menunggu ketibaan Halim Brothers dan majlis bermula, sempat ler berkenalan dengan 2 blogger yang cantik lagi kelakar, Ayue Jean & Kisah Tatie. Berborak riang bersama mereka. haha Saya dapat nickname "Sirap" sebab tiba-tiba selfie dengan sirap dari pelbagai sudut. hahaha Seronok borak dengan uols. Sempat juga kenal dengan seorang photographer, Uncle Hanafi. *tak sempat bergambar. huhu* Tengah seronok borak tu, ketibaan anak yatim memenuhi dewan.


Majlis bermula pada jam 7.00 petang dengan bacaan doa dan tahlil. Lepas itu, nak dekat masuk waktu berbuka puasa , semua tetamu dijemput untuk mengambil makanan. Seriusss! Rambang mata macam nak cuba semua benda dekat situ. Namun akhirnya kalah pada Nasi Ayam. Memang terus ambik okay. Lepas tu ambil air bandung. Memang menghiah!


Jangan ingat saya dah sudah makan, tidak sama sekali ya. Saya bangun untuk ambil buah, kek dan air soya pulak. Memang sedap. nyum nyum nyum :)


Lepas makan tu, sementara nak tunggu perut reda seketika, pergilah jalan-jalan dekat meja anak yatim. Sekumpulan kanak-kanak lelaki yang berbaju melayu hijau telah mencuri perhatian saya. Serius comel. Ada yang malu-malu. Diorang ajak amek makanan macam ABC dan keropok. haha Layankan saja gais, tapi disebalik seronok layan diorang, ada rasa sebak seketika. Ada diantaranya saya cium dahi, cium pipi. :') Majlis diteruskan dengan penyampaian door gift dan duit raya oleh penaja kepada anak-anak yatim. Jom tengok beberapa gambar sepanjang majlis berlangsung :







(sumber : fb Halim) 

(sumber : fb Halim) 

(sumber : fb Halim) 

Terima kasih kepada Amel Fawz Official, MefModa Dengan Kerjasama Cool Hijab, serta Hai Blogger! kerana sudi mengundang saya untuk hadiri majlis iftar bersama anak yatim & asnaf. Dapat juga makan dekat hotel dan jumpa adik-adik yang comel, rasa nak ambik sorang dua bawak balik. ahaha Nanti jemput lagi ya :p


p/s : nah gambar selfie minum air sirap tu! haha

Post a Comment

12 Comments

Ayue Rejaluddin said…
Sirap tomato!
Hehehehhe.....
Rafzan Tomomi said…
tu lah diaa.. kurang asam betul part tomato tu haahahaa
Emalin Mohd said…
Seronok tengok anak-anak ...Suci je muka...
Kegembiraan dikongsi bersama
ina said…
selamat hari raya,....singgah yer
PeRdU cINta said…
kegembiraan berganda..
Rafzan Tomomi said…
betul tu.. rasa nak bawak balik. haha
Rafzan Tomomi said…
selamat hari raya. singgah singgah :D
Rafzan Tomomi said…
yess.. sangat gembira :)
Dunia Zumal said…
Bagus majlis camni dapat bersama meraikan kegembiraan dengan mereka...
Rafzan Tomomi said…
yuppp.. diorang memang seronok :)
Suria Amanda said…
first time akak jumpa Rafzan Tomomi..masa tu x cam...hahaha...segan skit sebab x sempat tukar baju masa tu...salam kenal...akak dah follow...
Rafzan Tomomi said…
hehehehe... tu laaa. saya tak berapa nampak sebab tak pakai cermin mata. haha
dah lama2 baru perasan. hehe. thanks akak :)