Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Beberapa hari lalu tetiba teringin sangat nak berbuka dekat hotel. (pelik betul keinginan ini. haha). Alhamdulillah keinginan itu dimakbulkan bila dapat jemputan berbuka bersama Anak Yatim & Asnaf di JW Marriott Hotel, Kuala Lumpur pada Isnin, 13 Julai 2015.
Setelah meng-google maps lokasi hotel tu, terus je gerak dari tempat kerja pukul 4.30 petang tumpang kak Zila sampai LRT Bangsar. Lepas tu naik LRT sampai KL SENTRAL dan terus je ke Monorail. Alhamdulillah sampai dengan selamat (dapat duduk lagi dalam train. haha) dekat Monorail Bukit Bintang. Jalan punya jalan, baru lah nampak hotel mewah itu. Masuk je, tanya lah kaunter , katanya tingkat 6. Tanpa rasa ragu, naik je la tingkat 6, laaa sekali salah tingkat, rupanya dekat tingkat 4. haha Sampai jugak dengan jayanya. hihi
(curi dari fb Halim. haha)
Majlis bermula pada jam 7.00 petang dengan bacaan doa dan tahlil. Lepas itu, nak dekat masuk waktu berbuka puasa , semua tetamu dijemput untuk mengambil makanan. Seriusss! Rambang mata macam nak cuba semua benda dekat situ. Namun akhirnya kalah pada Nasi Ayam. Memang terus ambik okay. Lepas tu ambil air bandung. Memang menghiah!
Jangan ingat saya dah sudah makan, tidak sama sekali ya. Saya bangun untuk ambil buah, kek dan air soya pulak. Memang sedap. nyum nyum nyum :)
Lepas makan tu, sementara nak tunggu perut reda seketika, pergilah jalan-jalan dekat meja anak yatim. Sekumpulan kanak-kanak lelaki yang berbaju melayu hijau telah mencuri perhatian saya. Serius comel. Ada yang malu-malu. Diorang ajak amek makanan macam ABC dan keropok. haha Layankan saja gais, tapi disebalik seronok layan diorang, ada rasa sebak seketika. Ada diantaranya saya cium dahi, cium pipi. :') Majlis diteruskan dengan penyampaian door gift dan duit raya oleh penaja kepada anak-anak yatim. Jom tengok beberapa gambar sepanjang majlis berlangsung :
(sumber : fb Halim)
(sumber : fb Halim)
(sumber : fb Halim)
Terima kasih kepada Amel Fawz Official, MefModa Dengan Kerjasama Cool Hijab, serta Hai Blogger! kerana sudi mengundang saya untuk hadiri majlis iftar bersama anak yatim & asnaf. Dapat juga makan dekat hotel dan jumpa adik-adik yang comel, rasa nak ambik sorang dua bawak balik. ahaha Nanti jemput lagi ya :p
p/s : nah gambar selfie minum air sirap tu! haha
12 Comments
Hehehehhe.....
Kegembiraan dikongsi bersama
dah lama2 baru perasan. hehe. thanks akak :)