Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. #Iftar2015 diteruskan lagi kali ini bersama dengan Ekin dan Aizat pada Rabu, 1 Julai 2015. Memang hari yang rushing pada hari tersebut, ye la nak kejar wayang pukul 5.30 petang. Fuhh~ nasib baik sempat. haha
Cerita sikit pasal diorang ni, Ekin ni dulu dia praktikal dekat tempat saya bekerja dan dapat tawaran bekerja lepas beberapa bulan tu. Sekali weouls jadi rapat gilers and 'like mother and daughter' (ekin mother.. hahaha). Tapi Mei tahun ni Ekin dah dapat tempat kerja yang lain. Tahniah :D Lepas tu , Aizat pulak baru kenal tahun lepas sebab kitorang ada buat kerja sesama, dia memang sekepala dengan kitorang jadi namakan ini #TEAMWAYANG haha
Sebelum tu, Ekin yang keluar awal dari opisnya sempat reserved tempat dan makanan sekali. Kali ni bertandang ke The Chicken Rice Shop, Nu Sentral. Minggu sebelumnya, Jumaat, 26 Jun 2015 berbuka dengan Nadia tapi tak dapat reserved, lepas berbuka baru makan situ. haha Okey berbalik ceritanya, kitorang order 'Triple Feast' (Hidangan untuk 3 orang). Harganya dalam RM55 macamtu (termasuk GST & Service Charge).
Nasi Ayam
Air Mirinda Strawberi
Nyonya Pai Tee
Prime Honey BBQ Chicken
Quater Chicken Roasted
Sai To Fish Ball
Pak Choy with Oyster Sauce
Kerabu Mango
Website : http://www.thechickenriceshop.com/
Facebook : https://www.facebook.com/thechickenriceshop
Alhamdulillah. Kenyang jugak akhirnya masa itu. Terima kasih Ekin & Aizat sebab sudi meluangkan masa bersama. Walaupun masing-masing busy tapi dapat jugak berbuka dan tengok wayang bersama. InsyaAllah jumpa lagi tahun depan. hahaha :p
p/s : Air tu always my favourite. haha
6 Comments