1 Syawal


Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Selamat Hari Raya! Raya sebulan ni jangan lupa kunjung-mengunjung rumah sedara-mara, kawan-kawan dan kenalan. Mesti korang banyak terima jemputan ke rumah terbuka kan? hihi. *so far, saya tak pergi rumah sesiapa lagi. haha~* Nak share sikit al-kisah pada 1 Syawal 1436H saya. Pagi tu terjaga dari tidur terus mengemas ruang tamu. Dalam pukul 11 pagi baru selesai mengemas.


Selepas solat jumaat barulah bermula 1 Syawal kami. haha. Sempat jugak makan nasi impit + kuah kacang. Perghh! memang mengancam. Lepas tu layan jugak 6 jenis kuih raya yang Emak buat. Selepas makan, semua orang bersiap-siap memakai baju raya dan ber-photoshoot seperti selalu (sejak tahun 2011) hahaha. Macam-macam pose keluar. Tak ingat dunia. hahahaa


Lepas habis bergambar, rehat sekejap.  keluarga Mak Teh pulak datang beraya. Sekali lagi bergambar ramai-ramai. Memang meghiah weh. Nasib baik luar rumah tu besar sikit, seronoklah bergambar. Dalam rumah kecik, tak muat semua orang haha. Malas nak cerita banyak, jom tengok koleksi gambar 1 Syawal kami :









 





















  
Serius memang meriah raya tahun ni. Walaupun tak balik kampung, tapi berjaya menghidupkan Syawal kali ini. Habis okay kuah kacang! haha Seronok. Ada jugak budak-budak datang beraya. (tak sempat bergambar! haha). InsyaAllah tahun depan raya dekat kampung. ^__^


p/s : Selamat Hari Raya gais!

Post a Comment

8 Comments

I N A A I N A A said…
Tersenyum tengok semua gambar rafzan.. ceria sungguh... suka suka suka
Suria Amanda said…
Semua suka bergambar erk...sporting la especially mak ngan ayah Rfzan tuh
Rafzan Tomomi said…
hehehe terima kasih ina :D
Rafzan Tomomi said…
hahahahaa... memang semua suka bergambar kak. heheh :)
Puteri Kenari said…
suka tengok gambar Rafzan.semuanya happening.mak ayah pun sporting habis.
Rafzan Tomomi said…
hehe tu lahh. diorang layan je hahah
selamat hari raya si comel. kosong-kosong ya
Rafzan Tomomi said…
selamat hari raya :D