Sepetang Bersama Blogger 2015 | 13 Jun 2015


Assalamualaikum & Salam sejahtera gais. Nak bercerita pasal event baru-baru ni. Saya dengan sendirinya mendaftarkan diri ke "Sepetang Bersama Blogger 2015" (SBB 2015) yang berlangsung pada Sabtu (13 Jun 2015). Ini merupakan event pertama saya hadiri bersama SBB 2015. Entri ini dibuat secara langsung semasa Task Terakhir semasa Treasure Hunt. Istimewanya entri kali ini, dikarang oleh anggota Team #BTHYEOS07 "Twinkle Twinkle Litte Star"(that was my idea hahah) . ahahah Jom baca kisah kami sepanjang majlis. :)


Seawal 6.30 pagi bertolak ke Putrajaya dengan menaiki Bas, LRT & ERL . Perjalanan penuh berliku dan akhirnya sampai jugak dalam pukul 8 pagi dekat Taman Cabaran tersebut. Setibanya disana, saya terus daftar dan tukar baju #SBBYeos2015 . Lepas tukar baju, makan ler pulak. Memang sedapp :) Selepas makan, semua berkumpul dan dibahagikan kepada 10 kumpulan. Saya dapat kumpulan 7 yang sangat comel-comel belaka. haha Team 7 dianggotai oleh Rafzan Tomomi, Raja Nazmi, Afifi Shamsuri, Amirul Haziq (Leader), Aimie Lyna, Aida Munirah, Abang Ahmad Huzaimi Al Madani & blogger dari Indonesia, Una. Setelah dibahagikan, kami semua berbaris mengikut kumpulan. Kami disuruh untuk melantik ketua dan buat cheers untuk kumpulan. Aktiviti seterusnya ialah senaman sebelum memulakan aktiviti. Kemudian sedikit taklimat mengenai Treasure Hunt. Kami dinasihatkan supaya tak boleh terlari semasa Treasure Hunt dijalankan, jadi kami pon berjalan santai-santai dan bermain dengan tenang sekali. haha


Treasure Hunt Story
Pada checkpoint pertama, kami diberikan tugas untuk melengkapkan sebuah 'puzzle'. Namun begitu, kepingan puzzle terakhir harus dicari berdasarkan klu yang terletak di belakang puzzle. Kami sekumpulan kemudiannya harus mencari kepingan puzzle yg terakhir dgn melakukan aktiviti 'wall climbing'. Di situ kami melengkapkan kepingan puzzle yang terakhir dan seterusnya mengambil 'selfie' dgn banner penaja iaitu Yeos. Selepas habis di checkpoint pertama, kami meneruskan perjalanan kami ke checkpoint kedua. (Raja Nazmi)


Seterusnya, kami ke checkpoint 2 berdekatan skatepark untuk meneruskan aktiviti seterusnya.di situ kami perlu melaksanakan 2 aktiviti yang menarik.pertama,setiap ahli dalam kumpulan diberikan tigas masing-masing.seorang perlu menjadi buta,3 orang memberi isyarat tanpa suara,dan 3 orang perlu memberi arahan tersebut kepada ahli yang buta.dia perlu mencari kotak-kotak dan menyusun mengikut bentuk tertentu dan diletakkan di bawah kerusi. aktiviti kedua pula jarum terapung di atas air.kami hwanya diberikan 3 percubaan sahaja. dan tidak lupa juga wefie bersama ahli disetiap checkpoint. (Aida Munirah)


Selepas itu di checkpoint ketiga, kami diberi task untuk mencondongkan kaleng (tin) Yeo's Chrysanthemum Tea. Dari kumpulan kami, Aimi yang mencoba untuk mencondongkan kaleng Yeo's. Amirul dan Afifi meminum Yeo's Chrysantemum Tea namun hanya separuh tak sampai habis. Setelah dikira pas, Aimi mencondongkan kalengnya. Kami diberi waktu selama satu menit. Beberapa kali Aimi mencoba, sayangnya gagal dan kami mendapat denda. Dendanya adalah 10 kali jumping jacks atau lompat bintang. Para urusetia menghitung satu sampai sepuluh dan kami melakukan denda. Sihat deh kami lepas ni! Tak lupa di checkpoint ketiga kami berfoto selfie dengan bunting penaja utama dan botol raksasa Yeo's. (Una)


Kami meneruskan treasure hunt kami dgn aktiviti spot quiz kot..hahahahh first memang la nampak penat tapi lepas da cuba, seronok gila. Walaupun kami x berjaya pada soalan yg terakhir, tapi kami tetap enjoy..yuhuuu..why not.denda is fun what..dengan berlatarbelakangkan permandangan putrajaya, kami wefie with kotak yeos and all the group member.we have so much fun. Teamwork is important but as long as we happy..yuhuuu (Aimie Lyna)


Alhamdulillah setelah penat lelah melepasi check point ke 4 kini kami berada di check point 5. Disini kami amat tertarik dengan tugasan yang diberikan dimana salah seorang dari kami telah diarahkan untyk memberi arahan secara tunjuk tanpa suara. Alhamdulillah berkat kesabaran, kami telah ikuti satu persatu arahan trsebut dgn tenang dan akhir tugasan adalah brgambar secara brkumpulan.arahan trakhir diarahkan supaya 3 org kena berkongsi gmbar tersebut melalui instagram dan facebook dengan berhastagkan #sbbmemori. (Ahmad Huzaimi Al Madani)


Seterusnya, checkpoint 6 merupakan checkpoint yang terakhir yang kami perlu tempuhi. Checkpoint ini memerlukan kami untuk menulis satu entri dalam blog pilihan tentang Sepetang Bersama Blogger dan Yeos 2015. Ketika aktiviti ini dijalankan, kami bersatu padu dalam membantu menulis entri yang selari dengan kriteria yang diperlukan. Disinilah kami nampak semangat sepasukan yang semakin berkobar kobar untuk memenangi cabaran ini. Siapa yang tak nak menang wang tunai kan? Selepas sahaja melepasi checkpoint terakhir ini, kami dapat merehatkan diri setelah berperang tenaga dari pagi. Hakikatnya, menulis entri ini bukan satu perkara yang mudah kerana memerlukan idea dalam masa yang singkat untuk publish entri dalam masa secepat mungkin. Kriteria yang diperlukan juga agak rumit kerana memerlukan 5 gambar dan sebagainya. Tetapi dengan semangat kesukanan yang ada pada kami, checkpoint ini berjaya disiapkan dengan jayanya. (Afifi Shamsuri)


Penaja Utama
Terima kasih kepada penaja utama SBB2015, Yeos yang merupakan sebuah jenama yang mengeluarkan air minuman, ia mengeluarkan air yang sihat dan berkhasiat kepada orang ramai. Yeos juga banyak membantu masyarakat dengan memberi sumbangan dan beramal. Kini, yeos telah mengeluarkan jenama yoghurt dengan pelbagai perisa yang sedap dan sihat. Malah, yeos juga telah bekerjasama dengan blogger di Malaysia dalam melaksanakan aktiviti sepetang bersama blogger, yeos telah banyak menyumbangkan hadiah serta memberi peluang kepada peserta untuk terlibat dalam aktiviti yang dijalankan oleh mereka. (Amirul Haziq)


Sesi Perkongsian, Cabutan Bertuah & Penyampaian Hadiah
Selepas semua berehat, tepat jam 2 petang aktiviti Sesi Perkongsian pon bermula. Sesi perkongsian ini bersama jemputan panel, En. Aqif Azizan, Anazkia (Blogger dari Indonesia) & Tuan Hj Masrukhin Marzoki. Pelbagai cerita dan beberapa tips dikongsi bersama semua yang hadir. Selepas sesi perkongsian, tiba masanya untuk cabutan bertuah. Hadiah utama memang awesome gilers. hahaha Tapi seperti biasa, cabutan bertuah ni memang saya takkan dapat. Tapi memang seronok tengok diorang dapat hadiah. Tahniah koranggs ;D Lepas tu ada penyampaian hadiah untuk Treasure Hunt dah. Seperti yang dijangka, kami Team 7 memang dapat sagu hati. hihi Apa-apa pon = tahniah buat pasukan yang menang.


Tujuan untuk sertai SBB2015 ni adalah untuk mencari kenalan baru, dapat sedikit ilmu dan berseronok. Dengarnya ini adalah tahun terakhir untuk Sepetang Bersama Blogger. hurm saya berharap majlis seperti ini diteruskan setiap tahun. ;) Terima kasih kepada Denaihati Network dapat menghimpunkan kami semua. Terima kasih juga buat penaja Utama SBB2015, Yeos Malaysia, diikuti oleh TheSumbs, Bakarlah BBQ & Rental, Jam Tawaf Denaihati, The Photolicious dan eQurban sebagai penaja bersama. Of course, tak lupa buat Team 7 yang sangat sporting, kelakar, happy go lucky dan awesome! Saguhati pon saguhatilah , janji kita gembira hihi ;D












Gonna miss you gais :D

إرسال تعليق

26 تعليقات

‏قال yoorinmelacolea
seronok nya aktiviti korang.. =( ruginya x dpt join.. !!! enjoy semua!!!
‏قال Rafzan Tomomi
heheh.. seronok seronok :D
‏قال Uncle Zuan
thanks sebab datang n memeriahkan suasana. korang memang ohsemm :D
‏قال Murni Mohd Yusof
wah nampak meriah je smua aktiviti, untunglah korang yg dpt pegi kan
‏قال KiD
hahhahahaaaa.... kelakar gila... seronok pulak baca entry ni
‏قال Rafzan Tomomi
serius meriah. seronok treasure hunt, main dengan tenang dan asyik kene denda hahaha
‏قال Rafzan Tomomi
hahahaha yeayy thanks membaca :D
‏قال Meeya Techik
ruginye tak dapat join.. btw, kite follow.. cantik blog !
‏قال Rafzan Tomomi
tu lahh.. hehe
yeayy thankss. dah dah lama follow awak :D
‏قال hazman fadzil
Sempoi la jalan cerita - sebab ada pelbagai gaya bahasa yang menarik.Ni kalau dikira-kira confirm dah lebih banyak dari 350 perkataan kan.... Hope dapat jumpa lagi kat next event yea....
‏قال Rafzan Tomomi
huhu perenggan pertama tu dah lebih tu. hahahaha :p insyaAllah , mesti jumpa punya ;)
‏قال nuargto
Salam Perkenalan.. Semoga jumpa lagi dalam event2 blogger pada masa akan datang
‏قال Rafzan Tomomi
salam kenal.. :)
insyaAllah hihi
‏قال غير معرف…
heee meriah sangattt salam perkenalan dari shedaucu
‏قال Rafzan Tomomi
kann meriah kan. Sheda ada pergi hari tu kan? tak sempat jumpa. hihi
‏قال Dr Fattah
Kalau ada kesempatan, boleh saya pergi SBB yang akan datang.
‏قال Winda Krisnadefa
Ha! Ini kelompoknya Una, ya!
Salam kenal. Saya si tukang ambik gambar waktu SBB kemarin. :D
‏قال Rafzan Tomomi
insyaAllah. doa-doakan ada lagi tau :D
‏قال Rafzan Tomomi
Iyaa... terima kasih kerna komen disini. :)
salam kenal, saya ingat kamu :D
‏قال Una
Tomomiiiii! Hahaha... Saguhati pun tetap seronok =))
Sudah diedit ya postingannya? Aku sukaaa... funny dan bagusss :')
‏قال Rafzan Tomomi
Unaaaa!! Iya aku sudah edit postingannya.
yaaa betul, so funny.
aku sudah follow blog kamu, ikut followback ya ;)
‏قال emmadianablogspot
bestnya , siap masuk TV kan ? kat astro awani
‏قال Rafzan Tomomi
hehe best best. Haah, baru je keluar hihi
‏قال tantiamelia.com
Hahaaaa .... beneran seronok yaaa... Next time aku ikutan aaah!

sukses ya Tomomi, lam kenal. Gw temen Emak Gaoel, Emak Anaskia, emak pungky Galaxy dan punya keponakan dua Una dan Darul...
‏قال Rafzan Tomomi
Iyaa. Salam kenal yaa 😊