Majlis Hari Lahir Nad Zainal Ke-25 | 16 Mei 2015


Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. 16 Mei lalu, saya bersama Abadik & Amy bertandang ke Majlis Sambutan Hari Lahir Nad Zainal ke-25 dekat Flora Terrace, Hamphire Place, Kuala Lumpur. Haa selalunya sambut birthday keluarga dan kawan-kawan tapi kali ni dengan retis pulokkk... hahaha Jom baca kisah selanjutnya. :)



Majlis Sambutan Hari Lahir Nad Zainal ini bertemakan warna putih dan pink, serius semua kelihatan gojes okay. hehe Majlis ini bermula dalam jam 8 malam, semua prepare diluar tempat tu untuk suprisekan Nad Zainal. Semua nampak sangat teruja okay. Sebelum tu, saya dapat pakai Flower Headbands tu, alololo.. cantik okay. Thanks kepada yang memberi. :p



Nad sampai je kitorang terus 'surrrrpppriiisseeeee!' dan beliau nampak sangat gembira sambil pusing-pusing ala filem hindustan. hahha Lepas surprise semua masuk dalam restoran. Masuk dalam kitorang duduk semeja dengan kawan baru je kenal; Shaa, Fuad Fadil, Peeqa, Iqbal dan beberapa orang lagi yang tak sempat kenal. huhu Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan diteruskan dengan sedikit ucapan dari Nad Zainal dan pengurusnya. Kemudian ada sesi nyanyi lagu "Happy Birthday" dan sesi potong kek yang comel tu. *suka nengok kek tu. cantik* Lepas tu ada tayangan video ucapan dari artis yang terkenal seperti Dato' Siti Nurhaliza, Fara Fauzana, Sara Ali dan ramai lagi. Nad kelihatan begitu gembira sekali. hihi Ada jugak selit-selit sesi cabutan bertuah (as usual, bab cabutan bertuah ni memang tak dapat! haha) 


It's makan timeee! Seronok menghadap makanan yang begitu comel di depan mata. Ape lagi kitorang pon makan dengan kenyangnya. Hidangan mase tu ada nasi goreng, ada macam mi goreng, ayam goreng (maaf tak berapa ingat sebab kusyuk makan! haha) tapi memang sedap dan kenyangg. hihi Lepas makan tu, Nad ada sesi berborak dengan peminat kat setiap meja, seriussss saya teruja punya. Setiap seorang kat meja tu mesti kena tanya apa-apa soalan kat Nad Zainal. Setibanya dia kat meja kitorang, saya begitu rasa teruja sebab dia duduk betul-betul depan saya. ^_^


Kerana terlalu teruja, sampai takde soalan nak tanya tapi nasib baik Abadik ada soalan, so soalan saya "Drama pertama lakonan Nad Zainal?" Jawapan beliau : Drama "Impian" (tahun 2006). Ohh~ dulu penah jugak tengok tapi tak perasan hihi *maaf yer Uols* Memang seronok borak dengan Nad Zainal sebab dia layan je kitorang ni. Lepas berborak tu, semua bergambar dengan Nad Zainal. :) Lepas tu ada lagi tayangan video ucapan dari artis. Lepas tu, Along (pengurus Nad Zainal Lovers) mintak 3 orang untuk bagi ucapan hari lahir depan Nad Zainal. Of course saya kena pergi T^T haha Saya diminta buat ucapan hari lahir dalam keadaan yang seram. I have no ideaa masa tu tapi belasah je la. hahaha 


Jangan ingat itu adalah aktiviti terakhir, diorang ada buat kuiz sekali okay. haha lepas kuiz, ada menari "Chicken Dance" yang sangat mengaktifkan diri saya. Seronokkk! Dah lama tak buat secara ramai-ramai macamtu. haha Lepas tu sebelum kami pulang (sebab nak kejar train dan bas), semua bergambar rama-ramai sebagai kenangan. Haa pape pon Selamat Hari Lahir Ke-25 Nad Zainal. Iols dah buat entri blog seperti yang dijanjikan hari tu hehe Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan terus sukses dalam bidang yang diceburi. Terima kasih gais, malam tu memang seronok. Sangat bergembira, dapat makan kek, jumpa Nad Zainal, pakai flower headbands, jumpa kawan baru dan macam-macam lah. InsyaAllah next time kitorang join lagi okay. :D Kerana dengki dengan data korang yang banyak tu, jom tengok beberapa moments yang sempat dirakam sepanjang majlis : 










[DARI TEAM NAD ZAINAL LOVERS]
























korang memang best. ;P 
more picture go to hash tag #NadZainalBirthday25 kat Instagram :)

Post a Comment

13 Comments

PeRdU cINta said…
Cantik..pink..putih..nice combination..
Rafzan Tomomi said…
kannn... serius comel hihi :D
Unknown said…
bestnyeeeeeeee :)
Rafzan Tomomi said…
hee best best :D
wah seronok habis.. cantik tema party
Rafzan Tomomi said…
hehehe enjoy sahaja. hihi
I N A A I N A A said…
Sporting sungguh nad zainal ni... cantik pula tu..
Rafzan Tomomi said…
yupp. dia memang sportingg.. hihi :)
Rafzan Tomomi said…
haah. sangat meriah :)
Cik Mimie said…
Wah, bestnye dapat join event2 macam ni :) Nad zainal comel.. :)
Rafzan Tomomi said…
hiii comel comell :)
Dunia Zumal said…
Bestnye dapat raikan birthday Nad Zainal, sporting yer Nad Zainal nie ^-^
Rafzan Tomomi said…
yupp. dia sporting dan kelakar hehe