Tengok wayang D-box? Best ke?


Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Baru-baru saya ada cuba tengok wayang D-box dekat GSC Pavilion. Al-kisahnya Abadik nak merasa duduk dekat kerusi D-box tu, so saya pon join sajer. haha Mase tu pulak tengok filem "Kingsman : The Secret Service" (buat kali ke-2), memang awesome! heeee  


Apa tu D-box? D-box tu kerusi Bergerak D-BOX, dimana bila korang tengok wayang , dapat jugak rasai apa yang anda lihat di skrin bila korang duduk kat atas kerusi tu. Ditambah pula dengan sound yang sangat best! Contoh bile scene bom meletop, korang akan rasa dan dengar gegaran macam dalam cerita tu atau aksi berlawan pon korang akan rasa macam mana karakter tu mengelak atau kene pukul. Serius memang awesome! Mostly, antara filem yang dipilih untuk D-Box semestinya yang banyak action rasanya. hehe Tak hairanlah masa tengok Kingsman bergerak kemain rancaknya. hahaha


Korang nak rasa betul betul dalam filem tu? Ada butang khas dekat sebelah kanan tempat duduk untuk korang tentukan nak rasa "Maksimum", "Biasa" atau "Perlahan". Semestinya saya memilih yang paling maksimum, baru syok kerusi tu bergerak-gerak. haha Harga tiket D-box dalam RM34. Kalau nak rasa duduk atas Kerusi D-box ni, korang boleh cari dekat GSC 1 Utama (New Wing) (Hall 3), GSC Pavilion KL (Hall 3) dan GSC Gurney Plaza (Hall 3). Sekali sekala mencuba, tak salahkan? hahaha 


D-box Review / D-box GSC Review

Post a Comment

17 Comments

sayaidaydotcom said…
wahhhhhh. boleh try ni. tak pernah taw pon. heheheh. thanks shared!
Qaseh Abadi said…
bergerak.. macam best ja.. leh try ni.. tapi kat penang, mana nak carik erkk.. haha
Anonymous said…
Wah best nyer...
First kitew pernah rasa nikmat tu masa dekat Tayangan 3D dekat A Famosa Resort dulu.
Nak pergi D-Box pulak la...Nice sharing
Rafzan Tomomi said…
bestt! kene cuba hehe
Rafzan Tomomi said…
haah macam nengok 5D gitu hahaha
Rafzan Tomomi said…
best best... sekali sekala cuba hehe :)
tararaagaga said…
Berapa jam pula tu goyang2..?
adarain said…
ada rupanya kat Malaysia ingatkan tak ada. rasa macam nak try. macam seronok je..
Rafzan Tomomi said…
ikut cerita tu , kalau dia penuh aksi mau 2 jam sampai habis goyang-goyang hahahaa
Rafzan Tomomi said…
haah, tahun lepas rasanya diorang lancarkan. :D
CIK AMAL said…
thanks share.. nak g gak! haha
Rafzan Tomomi said…
sila-sila. jangan lupa cuba okey :D
takde effect air sekali ke?
Rafzan Tomomi said…
hahahahaa... takde takde.
pernah try 4DX tak? Yang tu mmg best gila. Siap dengan air, angin, bau. You should try.
Rafzan Tomomi said…
4DX tak pernah, tu kat mana eh? macam best. :D
tak tau la kat Malaysia ada ke x. Hari tu tengok kat blitzmegaplex Jakarta. Kalau tengok action packed movie kat 4DX tersangat lah bestttt