Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Jom sambung bahagian 3 #Siarsiar di Bangkok, Thailand. Dah masuk hari ke-2 dekat Bangkok. Kali ni kitorang nak terjah mana pulak? Jom baca. :)
Ahad, 8 Mac 2015
Hari ke-2 ni kitorang nak ke pasar ala-ala Chow Kit kat Bangkok, Pasar Chatuchak. Pasar ni dekat je dengan stesen BTS Mo Chit, so dari stesen Phrom Pong terus ke stesen Mo Chit. Berbalik pada Pasar Chatucak ni, dibuka setiap hujung minggu sahaja 9.00 pagi - 6.00 petang. Kalau datang lepas tu, sila tengok kedai je ye. haha Pasar ni sangat besar dan sangat banyak barang serta murah-murah belaka, dekat sinilah korang akan habis duit banyak. haha (Tips : Kalau datang dalam group, sila tentukan kat mana nak jumpa semula dan kalau boleh tentukan masa sekali, so takdelah rasa terlebih lama kat situ)
Since berbekalkan beberapa bhat je, tak beli barang sangat pon kat sini. Sekadar cuci cuci mata je, tengok memang banyak barang yang murah dan cantik, contoh baju, beg, souvenir, seluar & macam-macam lagi. Abadik dan rakan-rakan beliau beli la jugak barang, lagi-lagi si Ayman tu beli 10 helai seluar, laku kedai auntie tu haha. Jalan-jalan situ terjumpa pulak aiskrim dalam tempurung kelapa, siap ada topping lagi, harganya 30bhat & air kelapa, 40bhat sahaja. Nak nak cuaca panas mase tu, memang best gilers. haha
Perjalanan diteruskan ke dalam kedai-kedai, mase tu pulak tak sarapan lagi carik la kedai makan, akhirnya jumpa jugak kedai makanan halal. (Tips : Kat Pasar Chatuchak ni ada jual makanan halal, so jangan risau yer. Cari dengan tenang. hehe) "Halal Food" nama kedainya. Ada nasi beriani, mihun sup & mee sup. Harga antara 50-70bhat. Air teh o ais dia memang pekat melekat. hahaha Makan dekat situ dengan kenyangnya walaupun kedainya kecik je.
Mase tu dah nak pukul 12 dah, jadi kitorang pon keluar dari kawasan tu dan tunggu dekat Chatunchak Park (dekat sebelah pasar je). Memasing siap boleh baring-baring lagi atas rumput, seronok nengoknyer. haha Lepas semua dah berkumpul kitorang pon decide nak pergi makan dekat restoran yang sama, Yana Restaurant. Kali ni makan Burger Yana + Mineral Water + Cocoa with Ice. Semua sekali harganya dalam 200bhat jugak. huhihaa Fuhh~ jalan dekat Pasar Chatuchak memang penat okey. Tu nasib tak beli barang banyak, kalau beli ni mahu 4-5 jam kat situ. hahaha Tunggu entri seterusnya esok! [Sambung Bahagian 4] Jom tengok beberapa gambar sepanjang yang sempat ditangkap :

*fefeeling haha*
*busy gitu*
*Sesi Ayman beramah mesra bersama peminat. krik3 haha*
*Tunggu keretapi*
*Stesen BTS Phrom Pong*
*Seluar-seluaran*
*Kedai #1*
*Kedai #2*
"Kedai #3"
*suka tengok bebuku ni*
*borong beg haha*
*baju tu comel, saiz kanak-kanak je*
*acik mencedok aiskrim*
*Topping Ice Cream - pilih 3 sahaja*
*Kedai halal food lagi satu*
*Taman*
*Dalam BTS*
*Yana Burger*
*baring bagai*
*Japan feel gitu*
*MBK Mall*
Foto by Abadik & me
Edit by Rafzan Tomomi
Cara nak ke Pasar Chatuchak | Menarik di Pasar Chatuchak | Tips membeli di pasar Chatuchak | Aiskrim dalam tempurung kelapa
2 Comments