Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. #Siarsiar kali ni nak bawa korang cuba makan dekat Tanah Aina Cafe, Shah Alam. Ahad lepas (8 Februari 2015), saya telah dijemput oleh Halim Brothers untuk join Blogger Gathering Hai Blogger!. Korang teruja nak baca? Saya lagi teruja nak menaip hahaha!
First time jugak dengar nama "Tanah Aina Cafe" ni. Bagi saya nama yang sangat unik :) Hah, kalau korang nak tahu, Tanah Aina Cafe adalah idea Yg Berbhg Puan Sri To’ Puan Datuk Shariffa Sabrina Syed Akil dan diusahakan oleh anaknya, Farhana. Kalau korang nak tahu lagi, sebenarnya sebelum Tanah Aina Cafe, Puan Sri Datuk Shariffa Sabrina ada bukak 6 lagi eco-resort di Pahang & Johor. Kalau siapa suka dengan alam semula jadi, singgah-singgah la yer. :)
Weouls sangatlah teruja dan bertuah pada hari tu kerana disambut oleh Puan Sri Datuk Shariffa Sabrina. Layanan yang diberikan sangatlah baik. :) Kalau tengok dekorasi kafe tu sangat cantik dan comel-comel belaka. Tapi pada hari tu saya sangat pemalu so saya tengok je (tak sempat bergambar) hahaha Konsep makanan dekat kafe ni bercirikan tradisional Malaysia dan antarabangsa. Sebelum makan, kami dibawa jelajah satu Tanah Aina Cafe. Bangunan ni ada 3 tingkat diatasnya. Tingkat pertama ada dewan untuk event, Tingkat dua pulak ada "Ladies Fitness Centre", for akak-akak atau mak cik-mak cik nak cari tempat berzumba, sinilah tempatnyaa.
Makanan-makanan di kafe Tanah Aina Cafe ni memang special, ada diantaranya dimasak oleh Puan Sri sendiri. Kelass gitu. Lepas tu, kami diberitahu yang makanan yang disediakan tak mengandungi MSG seperti Ajinomoto, kiub-kuib dan sebagainya. Makanan special di kafe ini ialah Pengat Durian, Nasi goreng dalam Lesung batu & Special Tea set atas congkak. Dengan tak sabarnya, jom kite tengok beberapa makanan yang disediakan di Tanah Aina Cafe :
Haaa.. nampak menarik dan terliur kan? Kalau nak cuba, jangan lupa datang sini yer.
Alamat :
Tanah Aina Cafe
Wisma Tanah Aina
No: 1, Jalan Mesra 1, Taman Mesra Batu 3
Shah Alam, Selangor
No. Telefon :
+603 5524 3258
Terima kasih Tanah Aina Cafe & Hai Blogger! menjemput saya ke blogger gathering & food review ni. Seriously, saya berasa amat teruja dan memang dah jadi cita-cita sejak mula berblogging lagi nak join gathering blogger ni. Walaupun saya memang pemalu orangnya *#langgarpintu* tapi dapat jugak kenal dengan blogger-blogger lain, semua memang sangat peramah! hee Haa, saya hidangkan gambar masa majlis berlangsung, jom tengok :
39 Comments
wahaha. cantiknya gambar. :)
patutla ramai update cerita pasal tanah aina..rupa2nyaa ada review..hohoho..
terima kasih ya. :D
Tengok gambar makanan tu dah terliur...
P/s: done follow back :D
tahu xpe, kite update pon dah teringat2 hahaha
btw pic semua cantik sesangat
bilalah akak diorang jemput yekk
ingat pika tak? ahaaaa.. nanti ada rezeki jumpa lagi ye dekat mana-mana event blogger akan datang.
In Shaa Allah..
haruslah ingat hahaha
kannn insyaAllah jumpa lagi okey.
:D
#blogwalkinghere
#nuffnangclick #follow me on shukranzahari.blogspot.com #Happy blogging
qila takleh gi sbb jauh xD
takpee.. kalau sampai shah alam singgah ler hehe
Dengan bangga saya ingin mengumumkan bahawa anda telah di-tagged
please check the link:
http://thesoutheastasiangirl.blogspot.com/2015/02/liebster-award-2015.html
lain kali tapaukan lah untuk saya sekali.. :)
hahhahaa boleh jee
jemput join Mini GA by Nina + Anies
ehhh KPTM Ipoh ke? Batch mana?
:D
haah sedap gakk :D
Untuk pemilik kafe, sekarang ada kemasan makanan namanya Greenpack.
Dengan menggunakan kemasan ini anda bisa membranding brand kafe anda pada bagian atas kemasannya secara free! Tanpa dikenakan biaya apapun.
Info lebih lanjut klik di sini http://www.greenpack.co.id/