#SiarSiar : Sunway Lagoon 15/2 (Bahagian 1)


Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Entri #siarsiar kali ni nak bawak korang ke taman tema yang popular dekat Malaysia. Mesti ramai antara korang dah pergi "Sunway Lagoon" kan? Saya nak cerita pengalaman main air dan main taman tema dekat Sunway Lagoon pada Ahad lalu (15 Februari 2015). Saya bersama Ara Kimora & Bazli Zafri serta keluarga saya! Sila scroll lagi untuk membaca :)

Sebelum masuk Sunway Lagoon memang akan tertanya-tanya, harga tiket untuk main air je ke atau main theme park atau dua-dua sekali. Harga tiket masuk Sunway Lagoon ialah RM90 (Dewasa/Dengan MyKad) dan RM65 (Kanak-Kanak/Dengan MyKid), (UPDATE : selepas GST, harga dah berubah RM150 (Dewasa) dan RM120 (Kanak-Kanak) kalau tak silap, kanak-kanak bawah 90cm percuma saje. Dengan harga tiket diatas korang boleh masuk Waterpark, Amusement Park, Wildlife Park & Scream Park. Kalau sukakan aktiviti ekstrem , korang boleh join Extream Park tapi kene bayar la mengikut harga-harga yang ditetapkan. Dibuka jam 10.00 pagi sampai 6.00 Petang (Kaunter tiket bukak 9.30 pagi) .Korang dinasihatkan supaya JANGAN BAWAK makanan atau minuman dari luar (air kosong pakai botol sendiri boleh kot). 

Kitorang jumpa seawal 8.30 pagi dekat KL Sentral. Mujurlah Bazli bawak kereta so boleh sampai cepat sikit dekat sana. Kitorang jangkakan akan ramai orang, ye lah sebab hari Ahad kan, mesti ramai orang punyakan? Kitorang parking dekat Sunway Piramid je. (Sampai pukul 6 petang, dalam RM11) Setibanya dekat Sunway Lagoon pukul 9.15 pagi, tak pulak ramai orang, kebanyakkanya bergambar sebelum kaunter tiket dibuka, banyak kaunter bukak, pergilah yang mana korang suka. haha Pukul 10 je, ada opening pulak, ada menari-nari bagai. Lepas tu, barulah boleh masuk. Sebelum masuk ada check beg.


Sampai je dalam tu kitorang terus carik tandas nak tukar baju, lepas tu cari locker dulu. Kitorang amek locker yang boleh la besar jugak, RM40. Dia ada lagi murah RM20 (mungkin kecik sikit). Kat situ ade disediakan sewa pelampung, siapa nak pelampung, sewa la yer. tapi kitorang tak sewa pon sebab kebanyakkannya dah disediakan. Sebelum nak main apa-apa kat situ, kitorang makan dulu dekat Subway, isi perut katanya. haha


Lepas makan kitorang terus jalan-jalan sekitar situ, nak tengok ape ada. Kitorang mulakan dengan mencuba "Waterplexx 5D", masuk dalam tu memang super sejuk. brrr grrr. haha Wayang ni best sebab korang pakai spec 3D dan kerusi itu gerak-gerak macam real gitu! hehe Memang jerit habiss. hahahaaha Seterusnya, kitorang mandi dekat pantai plak, memang rasa seronok sebab tak ramai orang masa tu, boleh ler buat gaya bebas. Mase hari kitorang datang tu, Surf Beach tutup la pulak. haha Lepas seronok main air, kitorang cuba naik "Suspension Bridge" , memang suspen betol naik jambatan tu dan paling best kitorang tak pakai selipar, jadi kaki kitorang seperti cacing kepanasan, menyesal pulak tak pakai selipar (sambil nanges T^T haha)  lepas tu kitorang menenangkan diri ditandas sekejap hahaha Seterusnya kami cuba "Apache Pots" a.k.a cawan pusing-pusing. haha Permainan ni agak hambar sedikit haha sebab nak cuba, cuba je la. haha


Tetiba dapat panggilan plak, laaa keluarga saya dah sampai pon dekat Water Park. Jadi kitorang bergegas ke sana, dan terus ajak main apa yang ada dekat situ hahaa. First, "Cameroon Climb" saya naik dengan bazli dan Ara naik dengan Kak Long. Macam biasalah, kalau taman tema ni mesti kene naik tangga tinggi, sebab nak enjoy punya pasal hahaha Serius memang seronok giler, jerit beria-ria pulak hahaha lepas tu tak habis lagi, naik pulak "African Phytons" ni pon sama macam first tadi tapi ni lebih berliku, hahhaa


Haa yang ditunggu-tunggu naik "Vuvuzela",  memang sangat meriah uols, ramai sikit orang. Berjaya jugak naik, memang super-duper awesome! "Congo Challange" sempat kitorang cuba, memang mula tersekat sekejap tapi akhirnya berjaya gak. hahaha Lepas tu, kitorang pon pergi dekat area "Wave Pool", ada orang jejoget bagai atas pentas tu tapi best! semua orang menari sama-sama. hehe Akhirnya dalam masa 4 jam dekat area Water Park, kitorang makan plak sebelum tukar baju cecantik nak main dekat Amusement Park. [Bersambung di Bahagian 2...]


Post a Comment

7 Comments

Mek Onie said…
bestnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... harga okay gak,yang penting puas hati dan have fun kan :D
Rafzan Tomomi said…
yeayy best best ! haah okey je, sangat puas hati dan terlalu bergembira hahahha :p
bestnya.. :'( teringin nak pergi
Rafzan Tomomi said…
nanti pergi la tau . kumpul duit banyak2 :D
Aisdol said…
Nk tanya... ada sesapa nk g tak? sy ada tiket niii. tiket expired 2 july 2015
nAk blh watupss 0105710054
marilyn said…
Nak tnya rm150 tu trmasuk locker kan? Kalau tak trmasuk dlm rm96 ke?
Rafzan Tomomi said…
Masa saya pergi ni, harga dia masih RM90. memang tak termasuk. bayar asing. yang RM150 (RM90 yang dulu) untuk masuk sahaja. Dalam bulan 10 saya nak pergi, tengok macam mana rate dia. hehe