BEST 2014 MOMENTS


Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Debaran birthday saya kian terasa *ceh ceh ceh* haha Lebih kurang sehari dua lagi je ni. 2014 akan meninggalkan kita dan semestinya semua orang tak sabar nak cuti tahun baru 2015 kan? haha Tahun sepanjang 2014 menyaksikan pelbagai perkara yang berlaku dan saya mendoakan tahun 2015 lebih baik dari tahun 2014. Okeylah setiap tahun saya akan buat #throwback post untuk tengok balik apa yang berlaku sepanjang 2014 bersama saya . Jom teruskan membaca! :)



10 Mini Reunion kat KLCC 9/3
Entri : KLCC 『9 MAC 2014』
Unexpectedly, buat mini reunion dekat KLCC. Ni kire pre-reunion untuk reunion ke-3 bulan Mei 2014. Jalan-jalan sekitar KLCC, sambil tu ada photoshoot, makan-makan, story mory dan macam-macam lagi. Sure banyak gelak. hahaha Thanks to Ara, Ein & Bazli for a such great moments.


09 Meet Ara Kimora at Seremban 28~30/3 & 1/11
Entri : KUALA LUMPUR → SEREMBAN 『28, 29 & 30 MAC 2014』 | #Siarsiar : Seremban 1/11
Kan baru jumpa bulan 3 tu, sekali lagi selepas 18 hari jumpa kat KLCC saya bertandang pulak dekat Seremban. 3 hari 2 malam menetap disana dengan pelbagai aktiviti yang menarik. haha Jalan-jalan, tengok wayang, tangkap gambar, karaoke, pergi Fun Fair dan macam-macam lagi. Terima kasih kepada keluarga Ara. :)


08 Kem Bina Semangat? 
Entri : Kem Inspirasi New Media 『12, 13 & 14 September 2014』
Akhirnya kem seperti ini yang ditunggu-tunggu, banyak aktiviti, ada group dan explorace. Kem ni memang mencabar diri sendiri untuk saya pergi. So much team work, so much laugh dan ada jugak keluar air mata. Terima kasih team RTM & Sifoo sebab buat kem ni, mohon buat lagi masa akan datang. saya suka saya suka. hahaa *kem tapi tido hotel okey. kelasss tak? hehe*


07 Hari raya uolss!
Entri : AIDILFITRI 1435H : 1 Syawal
Akhirnya dapat jugak bergambar sekeluarga pada Hari Raya, memang dah lama menyimpan hasrat nak bergambar satu family dan ia berjaya! Tahun 2014 ni raya dekat Kampung Pontian, Johor. Balik kampung malam raya dan balik ke semula raya ke-2, walaupun sekejap tapi penuh memori. heee Sayang uolss.


06 Ayuh mandi manda!
Entri : GAMBANG WATERPARK 『15 & 16 MAC 2014』
Keterujaan bersama rakan office mengedik dekat Gambang seharian! Memang seronok gilerssss... Kalah kanak-kanak yang ada disana, kamilah orangnya. haha Lepas letih main itu ini, menginap sehari dekat hotel okey. Sekali sekala bersuka ria katanya. hehe


05 KL TOUR bersama Ara Kimora!
Entri : #SiarSiar [Momi & Mora Edition] : KL Tour
Buat julung-julung kalinya kitorang adakan KL TOUR okey! haha Memang jalan sakan dekat kl dari MUZIUM NEGARA → PLANETARIUM NEGARA → TAMAN BURUNG → KLCC → NUSENTRAL. Banyak aktiviti yang kitorang buat, memang seronok. Paling lama of course dekat Taman Burung sebab kawasan dia beeeeesar sangat. Paling best datang bergambar dengan beburung dengan bayaran RM10/ Sekepala. haha


04 Reunion Ke-3 KPTM Ipoh!
Entri : 3RD REUNION : PAVILION 18.05
Sekali lagi, buat kali ketiga kitorang jumpa sekali lagi. Kali ni dekat Pavilion pulak, dah bosan dengan KLCC katenya. haha Tema kali ni HITAM & PUTIH pulak. Reunion kali ni menampilkan Ara Kimora, Ein, Bazli, Wani, Aida, Syafina dan saya! Aktiviti macam biasalah tengok wayang (cerita 18sx! haha), makan dekat PIZZA (for the 3rd time!), photoshoot dan jalan-jalan. Thanks korang, memang menggamit memori. :)


03 Masuk hutan?
Entri : KEMBARA KE KAMPUNG SANTEH SG. SIPUT, PERAK 『21~23 FEBRUARI 2014』
Pada awalnya benda paling takut nak buat dan paling tak terfikir akan buat lagi. Since 2005, akhirnya tahun ni masuk jugak hutan. hee Memang mula-mula tolak tawaran nak masuk sini tapi fikir-fikir balik, pergi je lah. Datang ke perkampungan orang asli memang memberi satu pengalaman yang baru. Macam-macam belajar, lepas tu dapat jugak pengalaman jungle tracking, mandi cara mereka, makan cara mereka, kenal dan berborak bersama mereka, semualahh. Sememangnya seronok. hee ^__^


02 Cameron Highlands bersama keluarga!
Entri : #SiarSiar : Cameron Highlands 8/11 ~ 9/11
Pengalaman jalan-jalan dekat Cameron Highlands pada musim tanah runtuh. Memang sangat mendebarkan dan teruja. Walaupun mase tu demam, tapi masih gigihkan diri untuk kesana. Sempat la jenjalan dekat pasar malam, pergi petik strawberi dan macam-macam lagi. Suka suasana kat sana, sejukkk dan nyaman je. hee :)


Sambutan yang sangat menggalakkan dari kawan-kawan Facebook, Instagram, office, tersayangs dan keluarga terdekat. Sangat berterima kasih kepada Ara Kimora sebab dia banyak sangat tolong, sampai dekat artis pon dia yang tangkapkan. hee Terima kasih kepada 69 gambar ucapan yang korang buat. InsyaAllah ulangtahun ke-3 nak buat sekali lagi. Ini moments paling bermakna buat saya dan blog ni. Ahh~ i wanna cry! hahah

-------

BONUS : BEST 2014 PHOTO COLLECTION











































fin.

Post a Comment

6 Comments

adarain said…
tengok semua gambar happy moment semuanya. Selamat hari jadi Rafzan, semoga panjang umo murah rezeki selalu
Rafzan Tomomi said…
terima kasih adarain :)
Cik karmila said…
ceria betul tengok muka awak...hilangkan stress saya jawab final exam td..huaa
Rafzan Tomomi said…
hahaha ye ke? baguslah begitu :)
best laa. semua photogediksss eyh. hahaha leka pulak saya layan gambar kat sini....
Rafzan Tomomi said…
hahahahahahaa... ye photogediks hahaa