Movie Review - Big Hero 6


Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada pembaca blog sekalian. Movie Review is back! Dah berapa lama tak update kan pasal filem-filem baru. So saya nak buat review balik. hee Entri kali ini nak review sikit pasal filem animasi omputeh "Big Hero 6". Filem ni mula ditayangkan di Malaysia pada 13 November 2014 (Khamis). Jom baca review yang ringkas dari saya. :)



Tempat : GSC Mid Valley Megamall
Hall : 4
Tarikh Tonton : 14 November 2014
Masa : 7.15 Malam

Filem ini diarahkan oleh Don Hall & Chris William dan direleasekan mulai 13 November 2014 (Malaysia/Singapore) & 7 November 2014 (US). Mengikut wikipedia, kutipan terkini selepas ditayangkan sebanyak 187.4 Juta Dollar. Durasi filem ni ialah 102 minit (1 Jam 42 Minit). Filem ini menampilkan pelakon suara seperti Scott Adsit, Ryan Potter, Daniel Henney, T. J. Miller, Jamie Chung, Damon Wayans, Jr. dan Génesis Rodríguez. 


Sipnosis Pendek
Filem "Big Hero 6" mengisahkan Hiro Hamada, seorang remaja yang genius dalam bidang robotik, cuba selesaikan misteri kejahatan yang melanda San Fransokyo. Hiro bersama rakan-rakan abangnya dan robot ciptaan abangnya yang bernama Baymax bertekad membongkar kejahatan yang berlaku di San Fransokyo.


Review
Filem animasi Disney sememangnya tidak pernah mengecewakan saya. Kemunculan "Big Hero 6" memang ditunggu-tunggu. Sebab apa? sebab nak tengok kecomelan si Baymax tu (dia macam Olaf dalam FROZEN.. cecomel gitu) haha. Jalan cerita dia boleh tahan menarik jugak dan paling best banyak aksi dan banyak jugak gelak sebab si Baymax tu. hahaha Tak kurang jugak dengan beberapa adengan yang sedih bila abang si Hiro, Tadashi Hamada ni mati sebab nak selamatkan Professor Robert, last-last dapat tahu dia adalah.... so korang cepat-cepatlah menonton filem animasi yang awesome ni, Ketawa + Sedih + Action = cool! haha 


Rate
Dengan ini saya memberi 4.3 / 5 Bintang!

::: me & baymax :::

Post a Comment

2 Comments

adarain said…
Memang best sangat cerita ni.