Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Salam Ramadan untuk korang semua. Hari ni dah selesai hari ke-21. Sekejap je kan? Tinggal 8 hari dah. Mesti ada diantara korang yang tak sabar nak beraya. Sabar okey. Tak lama lagi dah ni. hehe Entri kali ni nak cerita pasal Buka Puasa bersama kawan sekolah pada Ahad lepas (13 Julai 2014), jom baca kisah selanjutnya ^___^
Selalunya berjumpa dalam 6 orang, kali ni dalam kumpulan besar pulak dalam 13 orang. Ni kire reunion la untuk kelas 5 Akaun (2008) dekat SMK VIVEKANANDA, Kuala Lumpur. Tempat sama je macam tahun lepas, kami berbuka kat kedai Basil dekat Bangsar Village, kedai makanan Thai. Perjumpaan ni dirancang beberapa hari sebelum berbuka dekat group Whatsapp. Memang meriah betul diorang ni hahaha
Bila berjumpa macam-macam la benda nak diborakkan. Kitorang makan Tom Yam, Ikan masam Stim dan banyak lagi (kejap lagi tengok gegambar). Lepas selesai semua solat Maghrib, kitorang mula makan. Buka Puasa ni dihadiri oleh Saya, Nisha, Rafi, Mira, Ardi, Jul, Amad, Ayie, Nurin, Huda, Kamariah, Wani dan Wan Adila. Maaf ye hari tu mulut kite 'kepoh' sikit. hahahaa Lepas makan tu kitorang bergambar kejap ramai-ramai. hee Dengan ini biarlah gambar berbicara, sila tengok haha :
*more photos coming soon...*
Alhamdulillah, semuanya dah selesai. Terima kasih kepada yang sudi meluangkan masa bersama, insyaAllah ade masa jumpa lagi. hee Okeylah sampai disini dulu entri kali ini. Jumpa dientri seterusnya. Assalamualaikum & Bye Bye ^__^
p/s : PRAY4GAZA, PRAY4MH17, PRAY4MH370
0 Comments