Tengok wayang seorang diri, Best atau Bosan?



Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Selamat berhujung minggu semua. Selalunya kita masuk dalam panggung wayang mesti nampak ramai orang dengan kawan-kawan atau pasangan. Saya jugak pernah nampak ada orang tu tengok seorang diri. Korang pernah tak tengok wayang seorang diri? Okeylah, Jumaat lepas (20 Jun 2014), saya buat satu cabaran sendiri untuk tengok wayang seorang diri Sometimes kita akan tertanya, sorang je ke dia ni? (bagi yang selalu memerhati persekitaran mereka. haha)


Wayang tu start pukul 6.00 petang. Lepas beratur beli bebola ayam (besar) dan air Fanta Anggur, tunggulah sampai pukul 6.00 petang. Mula-mula rasa pelik sikit sebab mase masuk panggung tu takde orang lagi. Lepas tu masa iklan tu macam biasalah, makan dulu kan. Pastu baru ada beberapa orang masuk. Paling lawak bile ade part kelakar dalam cerita tu, tergelak over pulak. Lepas gelak tu cakap dalam hati *kenapa la gelak kuat sangat? >..<* haha Lepas tu teruskan gelak kuat-kuat. Nasib la tengok cerita yang boleh gelak-gelak, kalau cerita hantu ni mau dah tido. ahahhaa Yang tak bestnye pulak bile sesuatu watak tu suka tengok reaksi kawan dengan beberapa scene. Takkan nak pandang orang yang tak kenal pulak kan? haha


Kesimpulannya, tengok wayang sorang ni best jugak. Tak perlu fikir pasal orang lain, cuma boleh fokus dekat movie 100% (make sure tutup la phone tu eh. haha). Bagi saya best atau bosan, bergantung kepada movie tu jugak. hee Mungkin lepas ni boleh dah kot pergi tengok sorang-sorang kalau takde teman. hehe Okeylah sampai disini entri kali ini. Jumpa lagi dientri seterusnya. Assalamualaikum & Bye Bye ^___^

Post a Comment

10 Comments

nora razalli said…
laaaaa..
awat xajak MG tgk skali ...huhu
xpenah lg tgk sorg2 n dlm wayang sorg2..
selalu full house =.=
Rafzan Tomomi said…
ahaha nama pon cabaran MG. ahahha
seronok gak. len kali beli online je lebih senang :)
ezyra taharin said…
tak pernah try lagi tgk movie sorang2...kalau movie kat tv tu ye hahaha!!!
klik 2 u mobile kat sini^^
Fatimah Nabila said…
xpenah tgk sensorng..klu shopping sensorng penah..hehe..
Montana said…
wahh..seronokla depa tengok wayanggg
Rafzan Tomomi said…
Ezyra : ezyra mesti cuba! haha
Rafzan Tomomi said…
timm bill : hahaha banyak bezanya shooping & tengok wayang sensorang hahaa
Rafzan Tomomi said…
@Montana : meh la join kalau free hahaha
Mek Onie said…
serius besttttttttttttt!!!!
Rafzan Tomomi said…
kannnn... tak yah fikir orang lain hahaha