Demam FIFA World Cup 2014


Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Selamat berhujung minggu semua! Hari ni sebestnya bersama keluarga tersayang. hehe Okeylah, Jumaat lepas (13 Jun 2014) memasing ni dah mula dah dengan demam bola diorang. Opening FIFA World Cup 2014 pukul 3 Pagi (Waktu Malaysia) dan perlawanan dalam pukul 4.00 Pagi macam tu. Perlawanan pertama antara Brazil & Croatia. Sejujurnya, saya bukanlah peminat bola dan rasanya ini kali pertama amik tahu pasal World Cup sebab ada kene mengena dengan kerja. haha Tapi dah dapat pulak baju World Cup dari tempat kerja , so esok boleh pakai pergi kerja. hahaha


Bila bulan World Cup biasalah, mesti ada diantaranya yang mintak MC. haha Ade baca kat Facebook, ade bos luluskan cuti sebab dia tengok opening FIFA. haha Adoii Tapi yang bestnya FIFA kali ni dalam bulan puasa, so senang la mereka-mereka yang tengok nak tengok bola ni, tengok bola sambil sahur. hahaa Bagi mengelakan mengantuk dipagi hari (ditempat kerja/sekolah/kolej) , korang pergi la tidur awal dari biasa. Mungkin pukul 9 atau 10 malam boleh dah kot tidur, pastu jangan lupa plak kunci jam nak bangun tengok bola tu ye hahaha Siapa cecarik jadual perlawanan tu, search je Google, keluar la tu hahaha Okeylah sampai disini dulu entri kali ni . Jumpa di entri seterusnya. Assalamualaikum & Bye Bye ^___^ v

We Are One

Post a Comment

0 Comments