200TH SPECIAL : BEST MOMENTS


Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Apa khabar? Harap semuanya sihat-sihat belaka, sekarang nampak macam jerebu datang jenguk kita balik. haha Hati-hati okey. Okeylah, korang patut tahu yang korang sedang baca entri yang ke-200! *bunyi mercun~~!* Ambik masa setahun jugak nak sampai 200 entri ni. hee Okeylah sempena entri ke-200 ni, jom la kite tetengok balik antara entri pilihan dari 100 hingga 199. Are you ready? Entri ni mungkin panjang sikit. hehe


MEMORI 16 JUN 2013
Entri : 16 JUNE STORY [Part 1|Part 2]

Perjumpaan pada 16 Jun 2013 dengan kawan-kawan dari KPTM Ipoh, Perak. Setahun dah berlalu dan ini merupakan perjumpaan pertama selepas graduate November 2012. Pergi jelajah Petrosains, Makan KFC dan sambut birthday Aida dan Ein. hehe Rindu pulak mase ni.



KEMERIAHAN BULAN RAMADAN 1434H
ENTRI : BUKA PUASA [ 1st | 2nd | 3rd | 4th | 5th | 6th ] , PUASA MINGGU [ #1 | #2 | #3 | #4 ]

Kemeriahan bulan puasa tahun lepas, memang tak jangka sebab banyak orang ajak keluar berbuka. Bulan puasa tahun lepas juga menyaksikan badan semakin semangat! hahaha


AIDILFITRI 2013 YANG MERIAH GILERS!
Entri : Aidilfitri 2013 [ 1st | 2nd | 3rd | 4th ]

Ya! sememangnya raya tahun lepas memang meriah dengan gambar. aaha Kire beraya sakan jugak la, sempat pergi rumah sedara mara dan kawan-kawan. Tahun lepas tak sempat buat rumah terbuka kerana busy sikit. hehe


YEAH MANDI LAUT!

Yeahuuu! Mandi lauttt! Ini memang feveret sejak kecil lagi. Sebenarnya bukan mandi sangat pon, sebab saya memang suka dengan laut. hahaa Lepas tu yang seronoknya main pasir , buat istana pasir (tak pernah jadi-jadi) dan paling seronok tanam orang. hahaa Bile lagi eh nak mandi laut? hahaa


MEET SITI NORAIHAH!

Kali ke-2 menjejakkan diri ke Seremban selepas Mei 2013. hee Aktiviti kitorang simple je berdua, Makan McDonalds, Tengok wayang, Karaoke & makan Kepsi, tu je hahaha Ade jugak pergi beberapa tempat kat sana. hee


QAISARAH & CAKE PAPOY NYE
ENTRI : 12/10

Birthday Ke-2 Qaisarah disambut meriah. Disambut dengan Cik Fyra Nasha. Memang ramai sedara mara datang memeriahkan majlis yang berlangsung dekat Seri Kembangan tu. Paling comel, semestinya gelagat Qaisarah potong kek Papoy (Minion) dia. Bukan excited tapi menangis pulak. ahhaa Dah makan besar budak ni. hehe ^___^


JELAJAH ZOO NEGARA!

Setelah sekian lama tak ke Zoo Negara, semestinya teruja masa ke sana! hehe Sempena birthday Kakak (Umairah) yang ke-4, Baba dan Umi Umairah bawak dia pergi tengok haiwan-haiwan dalam Zoo Negara tu. Memang dia teruja tengok zirafah. hahaha Balik lepas tu, makan dekat restoran Upin & Ipin. hehe


PENANG WE MEET AGAIN!

Percutian yang tak dirancang pon. Sekali lagi bertemu dengan Pulau Pinang. hee Ikut rombongan marhaban Emak, so kitorang sekeluarga pergi sekali. hehee Macam-macam kisah dekat sana. ahaha Yang penting dapat makan pasemboq , puas hati! haha Dapat jugak naik atas Bukit Bendera, naik kereta api yang naik atas tu. hehe



APA? PORT DICKSON LAGI??!

Hahaha 2013 memang banyak betul singgah kat Port Dickson. hahaa Tapi saya tak kesah pon sebab seronok dapat jumpa laut. hahaha Tapi bulan 12 tu memang seminggu kat Port Dickson. 9 Disember sampai 11 Disember Kursus kat Selesa Beach Hotel , pastu 13 Disember sampai 15 Disember pulak sewa kat rumah dekat je dengan laut. hehe Seronok sebab dua dua ada BBQ. :)


2ND REUNION AT KLCC & SUPRISE!

Most unfogettable moments bersama mereka. hee Terima kasih korang sebab buat kejutan. Selalu kita tukang buat suprise orang, tak pernah terfikir pulak akan di suprisekan. haha Perjumpaan yang sangat bermakna dan terima kasih atas kek korang jugak. hehe Tema mase ni adalah Pink Putih, so ada la nampak ke-pink pink-an sikit. hehe ^___^


Rafzan Tomomi Story ke Rafzan Tomomi Story '14!

Dah sampai 2014 dah! hee Nama blog ni akhirnya berubah buat kali ke-3. Ala tambah '14 tu je. hahaha Terima kasih kepada Morning Musume. '14 memberi idea ini. hee ^__^


JOM MASUK HUTAN!

Pengalaman pertama kali menjejakan kaki ke perkampungan orang asli. Sangat seronok dan tenang. hee Bebas dari kerja. haha Walaupun letih naik turun jungle tracking tapi berbaloi sebab dapat tengok keindahan alam sekeliling. hee Korang patut cuba sekali sekala buat aktiviti macamni. hehe :)


WOI!! KLCC lagi ke?
ENTRI : KLCC 『9 MAC 2014』

Hahaha Mini reunion yang disertai 4 orang je; Saya, Bazli, Ara & Ein. Tempat paling senang ada semua sekali Wayang+Pizza Hut+Taman untuk photoshoot semestinya KLCC. hahaha KLCC memang dah selalu sangat pergi, tapi rindu nak photoshoot macam ni. haha Nanti jom buat weh?


Jom Main Air dekat Gambang!

Akhirnya sampai jugak dekat sini! Pergi Gambang Waterpark ni bersama officemate. Memang kitorang main air tak ingat dunia, dari pukul 1 sampai la pukul 5 petang. Kulit pon boleh tahan dah! hahaha Menginap dekat Hotel Arabian Bay Resort 2 Hari 1 Malam je. Sekali sekala satu office jenjalan pon seronok kan? hehe NEXT nak kemana? Tunggu.


SEREMBAN 2014!

Hahaha. Setahun sekali mesti akan singgah dekat Seremban. Macam biasalah buat benda yang sama setiap kali keluar; Makan McDonalds, Tengok wayang, Karaoke & makan Kepsi. Berdua pon jadi. hahaha Mase ni tengok wayang filem "Zombi Kilang Biskut". Dapat juga main Fun Fair dan dapat patung siap! haha lawak.



3RD REUNION!

REUNION paling class. hahaa Dapat lagi jumpa diorang, walaupun kekurangan beberapa orang. Seronok dapat jumpa diorang bak kata Ein, semua orang busy dengan kehidupan masing-masing. Susah nak jumpa selalu. Mereka tetap terbaik di hati saya. Sayang korang! hehe :)

----------------------------

Akhirnyaa.. Habis jugak beberapa entri "BEST MOMENTS" pilihan untuk korang. Banyak ni, baca satu satu okey. Moments itu tak boleh dibeli dengan wang ringgit, mungkin ia sekali seumur hidup atau berkali kali, setiap saat itu harus digunakan sebaiknya. Okeylah sampai disini dulu entri kali ni. Ni mesti ramai tak sabar nak puasa ni kan? hee Jumpa lagi dientri seterusnya! Assalamualaikum & Bye Bye ^__^

Post a Comment

0 Comments