Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada korang semua. Apa khabar? Disebabkan kesibukan kerja dan mencari duit lebih terpaksa tinggalkan blog kejap. Hari ni update balik! yeayy haha Sebenarnya entri kali ni dah dibuat 2 tahun lepas, oleh sebab-sebab tertentu, hari ni baru dipublish. Entri kali ni nak menerangkan mengapa saya terlalu suka sangat dengan genre J-pop. Of course sebab kecomelan artis-artis tu sendiri dan ada beberapa lagi aspek lain yang akan diceritakan.
Morning Musume '14
Ramai orang tanya kat saya, "Asal kau minat J-pop?", "Kau faham ke maksud dia?", "Kau tahu ke dia nyanyi pasal apa?" dan macam-macam lagi. Nak di mulakan cerita, saya minat J-pop tahun 2005, mase tu kenal kumpulan Morning Musume je. Mase tu Abadik dapat dari kawan dia lagu, "Joshi Kashimashi Monogatori" dan tunjukkan kat saya klip video lagu tu. Best jugak. hahaha Lepas tu abadik bawak banyak lagi klip video, memandang masa tu menunjuk minat mendalam terhadap genre muzik tu.
Tahun 2006, zaman ke-CC (Cyber Cafe). Masa tulah kenal ramai lagi artis J-pop dan selalu search lagu-lagu dan Muzik Video kat YouTube. Mase ni dah demam J-pop dah. hahah Siap print tampal dalam bukul lagi. Hahaha *berapa ratus habis pon tak ingat~* Bayangkan hampir 3 tahun ke-CC. Habis duit belanja pergi sekolah habis dekat situ je. Siap ade blog untuk diorang lagi. Masa tu la minat dalam dunia blogging. Dulu dipanggil Mimi-chan Blog (Sempena nama Hamster) dan baru-baru ni baru tukar jadi "Saya Suka Hello! Project". Dulu rajin la update, sekarang hanya mampu baca je hahaha
Kerana terlalu Obses, hampir hafal semua lirik lagu Morning Musume. Selalu kawan-kawan akan tanya "Kau faham ke maksud lagu dia?". Sure! memang tak faham tapi muzik dia best! haha Kalau nak faham, saya kenalah cari sendiri translation lirik dia. Tahun 2007, siap beli lagi DVD konsert Morning Musume. Dari segi muzik, kebanyakkannya menampilkan muzik yang pelbagai dan seronok didengar. Keistimewaan J-pop (atau muzik jepun) mereka akan mereleasekan single (dalam bentuk CD) dulu, lepas tu baru studio album. Boleh dikatakan Jepun kini didominasi oleh kumpulan Idol (Idola) macam AKB48, Morning Musume '14, E-girls dan banyak lagi.
Setiap kali kalau ada release terbaru mesti cari website download mp3 single atau album, dan akan download terus. Antara lagu-lagu kesukaan saya : Toki wo Koe Sora wo Koe (Morning Musume '14), Love Song (Hamasaki Ayumi), Let Me Let You Go (Amuro Namie), THE NEVER ENDING STORY (E-girls), Still (FLOWER), I'm for you (Happiness), HEAVY ROTATION (AKB48), Wagamama Ki no Mama Ai no Joke (Morning Musume), Time Machine (GIRLS' GENERATION) dan banyak lagi sebenarnya haha.
Hamasaki Ayumi
Setiap kali kalau ada release terbaru mesti cari website download mp3 single atau album, dan akan download terus. Antara lagu-lagu kesukaan saya : Toki wo Koe Sora wo Koe (Morning Musume '14), Love Song (Hamasaki Ayumi), Let Me Let You Go (Amuro Namie), THE NEVER ENDING STORY (E-girls), Still (FLOWER), I'm for you (Happiness), HEAVY ROTATION (AKB48), Wagamama Ki no Mama Ai no Joke (Morning Musume), Time Machine (GIRLS' GENERATION) dan banyak lagi sebenarnya haha.
Obses dengan Girls' Generation pon sebab diorang release dekat Jepun dengan single pertama, "GENIE". Kerana suka sangat dengan lagu Girls' Generation, start tahun 2012 sampai sekarang, ade release baru mesti nak beli. hahaha Mase tu kumpulan K-pop lain pon saya obses jugak sebab diorang release kat Jepun seperti kumpulan T-ARA, KARA, 2NE1 dan banyak lagi. Sebab ni saya pon mula minat K-pop. hahaha
Momoiro Clover Z
Bercakap pasal konsert pulak, Momoiro Clover Z pernah datang Malaysia masa Festival Hari Beli Negara 2012 kat Putrajaya. Disebabkan kumpulan J-pop pertama yang saya minat datang Malaysia, semestinya nak pergi. Seronok tu memang seronok. Ade orang dari Jepun pon sanggup turun Malaysia semata-mata nak tengok konsert ni. hahaha Jom kenal beberapa lagi kumpulan dan artis solo wanita yang saya minat :
Juice=Juice
S/mileage
E-girls
Amuro Namie
FAIRIES
FLOWER
Happiness
Haa begitulah cerita obses terhadap muzik J-pop ni. Okeylah sampai disini dulu entri kali ini. Terima kasih kerana sudi luangkan masa membaca. hee Assalamualaikum & Bye Bye :)
"Joshi Kashimashi Monogatori" lagu pertama buat saya jatuh cinta dengan J-pop :)
"Joshi Kashimashi Monogatori" lagu pertama buat saya jatuh cinta dengan J-pop :)
1 Comments
sye tak minat jpop sbb genre musik dorang..fashion and makeup dorang pon kurang sikit..
pape pon minat orang lain2 kan hehe