THROWBACK SPECIAL : ZAMAN SEKOLAH

Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada pembaca-pembaca sekalian. Hari ini Jumaat (28 Mac 2014) harap korang semua sihat selalu. Haa semalam masa tengah borak-borak dengan Ara (dekat IM Facebook), terbukak topic pasal sekolah. hahaha Lepas tu mula la teringat macam-macam pasal sekolah. haha Dalam masa hampir 12 tahun bersekolah (campur tadika) memang banyaklah kenangan-kenangan yang tak dapat dilupakan. Jadi entri kali ni nak cerita pasal Sekolah. hee



Sekolah Tadika (1997)
_______________________________________

Mase sekolah tadika dekat Tabika Kemas, seingat saya, saya seorang yang sangat manja. haha Sekolah Tadika tu mula-mula dekat area rumah panjang lepas tu tahun tu jugak pindah kat Kondo Rakyat dan sekolah tu betul-betul kat bawah blok. Paling best masa rehat la, suka sangat dengan Cekodok bersama sosnya dan air milo. Wahh masih terngiang-ngiang rasa dia. haha Lepas tu masa sukan pulak saya paling unik sebab baju saya takde nombor, budak-budak lain masa tu ada nombor. Mungkin special kot. haha Cikgu yang saya ingat : Cikgu Sabariah, CIkgu Ani dan Cikgu Kam.



Sekolah Rendah (1998-2003)
_______________________________________

Sekolah rendah pulak, jauh pulak dari rumah. Saya sekolah dekat SRK Brickfields (1), Kuala Lumpur. Pukul 6 pagi dah bangun , pastu dari rumah naik kereta arwah pak cik. Masa sekolah rendah, saya masih seorang budak yang manja dan kuat menangis. hahaha Sekolah rendah macam-macam kenangan yang best. Antara nya :
  • Masa darjah satu, kene tulis cita-cita dalam report card. Mase tu ingat lagi pilih "BOMBA", "POLIS" dan "Doktor". Lepas tu darjah tiga sampai ke darjah enam cita-cita lain pulak, nak jadi "GURU" dan "PENSYARAH". hahah
  • Main kejar-kejar. Seriously, saya jarang main kejar-kejar kat sekolah ni. Rasanya sekali je main hahaha Selalu tengok je orang main kejar-kejar. 
  • Masa darjah tiga badan dah mula naik. hahah Sampailah sekarang. hehe
  • Tibe-tibe cikgu suruh keluar , rupanya ada orang bagi air milo free. Kadang-kadang ade Nestle la, Koko Krunch dan macam-macam la. seronok betul. haha
  • Still remember, berus gigi hahaha. Sehari sebelum tu, ada nurse masuk kata jangan lupa bawak berus gigi dan cawan. Dari darjah satu sampai enam , aktiviti yang sama. hahaha GREAT!
  • Pernah kene rotan dengan cikgu sebab beli dan makan keropok mamee. Mase tu mamee ada buat macam puzzle, setiap bungkus ada 1 puzzle, kalau dapat semua boleh tebus hadiah. Jadi saya memang minat DIGIMON mase tu, beli banyak. Zapppp! dapat satu rotan hahaha 
  • Buku lagu tak dilupakan. haha Mase darjah 6 ade buat buku lagu, untuk nyanyi saje saje kalau cikgu takde hahaha Kadang-kadang kawan ajak duet nyanyi sekali. Serius. Ini sangat menggamit memori hahaha
  • Dikir Barat. Yup pernah masuk dikir barat masa darjah lima, mase tu persembahan untuk Majlis Anugerah Cemerlang. Gigih okey belajar dan alhamdulillah tiada kesalahan hahaha
  • Belanja masa sekolah rendah adalah RM1.50. haha Dulu cukup la, kalau sekarang . Entahlaa. 
  • Main lawan pemadam itu mesti. haha
  • Emak pernah bagitahu, masa sekolah rendah dalam ramai adik beradik, saya yang paling KERAP hilangkan Pencil Box haha
  • Pertama kali pergi kem anjuran sekolah dengan jayanya. Ingat lagi mase tu dekat Dusun Eco Resort, Janda Baik, Pahang tahun 2003. 
  • Ada kembar nama dia ZAFRAN. Memang rapat dari Darjah 1 sebab nama kitorang kalau disusun semula mesti akan keluar RAFZAN / ZAFRAN. haha Kat manalah dia sekarang eh? haha 
Memang banyak jugak kenangan yang best masa sekolah rendah ni. hahaha Antara cikgu yang saya masih ingat : Cikgu Azmi, Cikgu Kamarul, Cik Izani, Cik Wong, Cik Azhar, Cik Azri, Ustaz Kerengga (tak ingat nama T^T) Cikgu Farah & Cikgu Nazri.



Sekolah Menengah (2004-2008)
_______________________________________

Sekolah menengah dekat SMK Vivekananda, Kuala Lumpur. Kalau sebut mesti orang ingat itu semua jenis Tamil, tapi sebenarnya semua kaum ada. hee Sekolah ni dekat je dengan sekolah rendah (kire sebelah je). Belajar selama 5 tahun kat sekolah ni memang best. Macam-macam kenangan suka duka. haha Nak tau, jom baca trivia ni:

  • Sebab ini kali pertama sekolah campur lelaki perempuan, jadi saya lebih rapat dengan perempuan. hoho
  • Sebab sesi petang, saya keluar rumah dalam pukul 11.30 pagi sebab pukul 1.05 tengah hari waktu sekolah bermula.
  • Saya seorang PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS) masa sekolah dulu. Saya lalui temuduga dan berjaya jadi seorang PRS. Sangat aktif jugaklah PRS mase tingkatan 4 dan 5 . Pernah jadi AJK dalam PRS Biro Prostar (2007) dan Biro Perhubungan (2008). 
  • Percaya atau tidak, saya pernah jadi Pengerusi Kelab Kewangan (2008) sebab tak ramai pon join haha
  • Kebanyakkan kelab yang dijoin mase Tingkatan 4 dan 5 , di conquer oleh saya dan kawan-kawan saya. 
  • Pernah ditawarkan menjadi pengawas tapi tolak. hee sorry
  • Pernah melukis dan mewarna dekat dinding sekolah sempena Hari Kemerdekaan ke-50. 
  • Tingkatan 1-3 pernah ada abang dan kakak angkat. Macam kelakar je ingat balik. hahaha
  • Yang pernah sekelas dengan saya dari Tingkatan 1 sampai 5, Enpasilan. 1 Amanah, 2 Amanah, 3 Damai, 4 Akaun & 5 Akaun.
  • Dulu ada dua group dekat sekolah. (with gegurls) 1st "RAFAMASHADATUL" (2006) : Rafzan, Fathini, Kamariah, Nisha, Nurul Shuhada & Zirwatul dan 2nd Six Mix (2008) : Rafzan, Alyn, Shima, Nisha, Zirwatul, Eysya & Amirah. Kitorang ni dulu BFF gitu dan selalu study sama-sama. hee
  • Masa PJK, saya jarang bawak baju. Boleh dikira berapa kali. ahaha 
  • Subek yang selalu gagal ialah Matematik. Mungkin takde connection dengan subjek itu. haha Tapi ajaibnya, masa SPM dapat D. Siapa nak jawab ni? hahaha
  • Disebab minat Morning Musume, ada buat satu buku khas untuk kumpulan tu. Tu yang selalu pergi CC (Cyber Cafe), print dan balik tampal dalam buku. hahaa
  • Paling ingat masa rehat mesti nak cepat-cepat sebab nak beli nasi goreng kat Kantin. pastu beli nugget ala-ala Mekdi. Wahh sedapnya. haha
  • Rumah sukan saya ialah Hijau. Sepanjang 5 tahun, hanya tahun 2008 (Tingkatan Lima) yang terlibat dalam acara Kawat Kaki (tapi jadi Maskot), pergi latihan balapan, lompat jauh dan lontar peluru. Ni kes nak markah ko-kurikulum lebih. haha
  • Sekolah menengah ni mesti akan kene Injection. T^T 
  • Tak pernah dapat A dalam mana-mana subjek. Paling tinggi : B
  • Tak pernah masuk mana-mana pertandingan kawad badan beruniform. haha 
  • Pernah sertai Koir masa Tingkatan 3 dan 4, buat persembahan semasa Anugerah Cemerlang dan dapat masuk pertandingan peringkat Zon Bangsar. 
  • Bile sesi pagi, balik sekolah mesti lambat kalau ada kelas tambahan atau aktiviti PRS. Kadang-kadang saja je lepak sampai petang. haha
  • Masa sekolah menengah ni, belanja jadi RM3. (Tingkatan 1 dan 2) dan RM5 (Tingkatan 3-5). hee
  • 3 Kem pernah pergi : Kem PRS di Janda Baik (2005), Kem PRS di Terengganu (2006) dan Kem Amal Ibadah di Masjid Wilayah Persekutuan (2007).
  • Saya selalu gagal akaun (Tingkatan 4 dan 5), masa SPM pon dapat E je. Tapi yang peliknya masa dekat KPTM Ipoh boleh dapat A. -.-" haha
  • Buku Biodata paling popular masa ni hahahaha Malangnya buku tu tak kemana hilangnya. hahaa 
Haish.. Memang banyak betul masa sekolah menengah ni. hahaha Antara cikgu yang masih saya ingat : Cikgu Magdalene, Ustazah Faizah, Cikgu Shila, Cikgu Tehna, Cikgu Raziah, Cikgu Roslina, Cikgu Rosminah, Cikgu Chua, Cikgu Kannan, Cikgu Rosli, Cikgu Kamil, Cikgu Syamala, Sir Abraham dan ramai lagi. hehe 


Tada.... gambar tadika 1997! haha

Haa banyak jugak benda yang masih ingat masa sekolah dulu . haha Tu pon ada lagi yang tak masuk, banyak sangat! Maaf sebab takde gambar nak ditunjukkan sebab mase tu mana pakai phone kamera bagai ni haha Ape pulak kenangan korang mase sekolah? Jom la kongsi kan kat sini. Jangan segan-segan tinggalkan komen. Okeylah sampai disini entri kali ini. Jumpa di entri seterusnya. Assalamualaikum & Bye Bye ^__^

Post a Comment

2 Comments

Anonymous said…
kau ingat kau comel ke
Rafzan Tomomi said…
sudahlah nooraihah haha