KLCC 『9 MAC 2014』



Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Apa khabar semua? Harap korang semua sihat-sihat sejahtera. Sebelum mula entri kali ni, jom sama-sama doakan pesawat MH370 ditemui dalam masa terdekat. Hampir seminggu jugak MH370 hilang. Saya pon risau dengan kehilangan ini. :( Okeylah, entri kali ni nak cerita pasal mini reunion bersama antara 3 kawan kesayangan masa KPTM Ipoh dulu, Ara, Ein dan Bazli. hee Last Jumpa diorang masa 29 Disember 2013. hee Jom baca kisah selanjutnya.


Keluar rumah dalam pukul 8.00 pagi macamtu. Sebelum nak ke KLCC, bertandang ke KL Sentral dulu, menunggu ketibaan Ara Kimora dari Seremban (Dia naik KTM). Sampai je Ara kat sana terus naik LRT nak ke KLCC. Lepas tu sampai je sana tunggu Bazli pulak. Mase tunggu Bazli tu kitorang merapu bergambar bagai. hahahhaa Bayangkan sebelum tu penuh je selfie dalam LRT, semua orang kiri kanan pandang hahaha ;D


Setibanya Bazli, kitorang pon terus cari makanan. hahaha Lapar dah memasing. Jadi kami memilih Mekdi (Mc Donalds) untuk sarapan ni. Masa makan tu berborak la pasal kenangan lama masa KPTM Ipoh. Macam biasa la kalau dah lama tak jumpa ni macam-macam cerita keluar. hahaha Lepas tu sementara tunggu Ein sampai, sambung lagi borak. Lepas tu acah-acah tipu Ein yang saya tak jadi datang. Padahal pagi tu ada post kat Instagram pasal nak pergi KLCC hahaha adoii lawakk sungguh.


Lepas tu berjalan-jalan sekejap dalam Suria KLCC tu. Ara nak cari Candylicious. Punyalah beria carik sekali memang dia kat belakang-belakang. hahaha Okey, jadi kami pun masuk kedai tu dan beli macam gummy-gummy tu. hahaa Selesai beli tu kitorang pon lepak la kejap dekat luar pintu KLCC tu. Kemain haa makan Sushi dan Gummy tu sekali ada pakguard datang "Sini tak boleh duduk". hahahaa Terus la blah dari situ hahaha Selepas beberapa minit tunggu, Ein pon tiba. hee Kitorang terus beli tiket wayang. Kali ni kami memilih filem "NON STOP" untuk ditonton. Filem tu sangat best dan sangat mendebarkan. Pergilah tengok kay wayang ye. hahaha


Haa selepas menonton wayang, memasing dah lapar pulak. Jadi kami pon memilih "Pizza Hut" (sama masa jumpa 29/12 haritu) untuk makan. hee Selepas makan ape lagi kitorang pon serang la taman KLCC tu. hahaha Dah lama tak photoshoot. Macam-macam gaya terkeluar hahaha Jom tengok kitorang photoshoot. ;D




























Haaa amacam? Meriah tak bergambar hahahaha Okeylah Terima kasih kepada korang sebab sudi luangkan masa bersama saya. Wahh macam artis dengan peminat gitu hahaha Tak lupa barang yang Mama Jee bagi, sedappppp ! hee Terima kasih Mama Jee. Okeylah sampai disini dahulu entri kali ni. Jumpa dientri seterusnya. Sekarang musim Jerebu jangan lupa pakai mask dan jaga diri okey. Assalamualaikum & Bye Bye ;)

)
Kokoro no Sakebi wo Uta ni Shitemita - C-ute

Love Take It All - C-ute

Post a Comment

3 Comments

Anonymous said…
saya dah lama perhatikan blog awak.dan awak memang comel.dan saya jugak perasan,yang ara lagi comel dari awak.
Anonymous said…
aku suka aku suka - ein
Anonymous said…
terima kasih kepada yang puji saya tuh . saya harap saya dapat kenal awak lebih dekat - ara -