GAMBANG WATERPARK 『15 & 16 MAC 2014』


Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada semua yang sedang membaca. hee Terima kasih kerana sudi membukak entri ni. hehe Haa nak cerita sikit pasal Sabtu lepas. 15 Mac 2014. Saya dan rakan se-office pergi bercuti ke Bukit Gambang Waterpark, Pahang. 


15 Mac 2014, Bertolak ke Gambang pada jam 9.00 pagi , sebelum tu saya dan Nabil berkumpul dekat rumah Kak Ros. Perjalanan ke Gambang lebih kurang 2 jam 30 minit. Pagi tu beli breakfast dekat Mc Donalds, so sarapan dalam kereta je la. hee Kitorang konvoi sekali dengan Lan. hee Alhamdulillah dalam pukul 12 sampai jugak. Sampai terus register kat Gambang Waterpark dan dapat macam gelang tu. hhahaah


Sebelum memulakan bermain air tu, kitorang lunch dulu dekat Coco Pizza. Sambil-sambil tu borak la macam-macam hal. Haa lepas je lunch tak tunggu dah. hahaa First tak tahu nak simpan barang kat mana? Nasib baik ade loker disediakan tapi kene sewa RM10+10 (Deposit) = RM20 la. Kalau nak sewa korang kene top up dulu kat gelang korang tu. Dia akan scan kat barcode tu. So tinggalkan lah semua barang dalam loker tu termasuk handphone, kamera semua. Jadi tak banyak la moment dapat dirakam. sedih hahaha 


First, cuba main air dekat Penguin Island. hee Ade satu kire macam kolam ke sungai kat keliling Penguin Island tu. Nama laluan tu "Journey Of Ice" Mula dengan air tenang, lepas tu masuk dalam terowong ais. Lepas tu korang akan jumpa macam air turun dari atas haa lepas tu baru ada ombak buatan. Okey ombak tu memang buat saya pening kepala. Masuk ni dua kali okey. First time boleh lagi, second time hampir pitam hahahaa Masuk second time tu, boleh pulak jatuh pelampung haha sakit punggung ku. hahaha Dekat Penguin Island tu jugak ada permainan untuk kanak-kanak. Tapi orang dewasa pon belasah je masuk. Ada macam ikan piranha kat atas tu tadah air, bila dah penuh dia akan jatuh ke bawah. Mase tu ramai pulak tunggu hahah Seronok betol.


Seterusnya, mengusung pelampung sebesar alam tu ke "6 Line Racer". Gelongsor air ni dikatakan terpanjang di Malaysia. Sebelum naik tu memang tak baca pulak sign yang ade kat situ, terus je amek papan gelongsor tu terus naik ke atas. Mase tu dah gelabah dah, muat ke tak nak naik tu. hahaha Lepas je lifeguard bunyikan wisel, semua orang bergerak. Tapi sayaaa... hahaha Tersangkut kat atas sebab tak bergerak. siap tanya lifeguard tu "Bang ni lepas ke tak sebenarnya?" "boleh ke ni?" Dia kata gerak sikit-sikit sampai turun, haaa sekali turun diam terussss! hahaha Memang sakit perut terhentak. hahaha Sangat seronok tapi itu pertama dan terakhir la cerita dia. Dah sampai bawah baru perasan, berat lebih 80 kg tak digalakkan naik. hahaha adoii.. Lan, Kak Ros dengan Nabil dah naik second time, saya dengan kak Zura tak mampu. ahaha


Ketakutan naik gelongsor air tu tak habis lagi, dahh naik lagi satu permainan ni "Crystal Slide". Kene naik lagi tangga hahaha Dengan menggunakan pelampung disewa, bersama Nabil. Kitorang turun dengan penuh jeritan, walaupun fake. Jerit sekuat hati gitu. haahahha Ade orang bagitahu, Lifeguard kat atas gelak-gelak, hahaha Tak hilang penat naik sekali lagi tangga yang sama main "Family Raft Ride" pulak. Saya bersama Lan dan Nabil turun ke bawah guna macam pelampung boleh muat 4 orang. hahaha Jerit tak ingat walaupun takde pape pon sebenarnya hahaha Ada dua lagi mainan tapi tak mampu dah main. hahaha *letih*


Selepas penat main semua tu, kitorang rehat sekejap. Borak-borak sikit. Lepas tu menyerang ke "Coco Beach" memang berenang tak ingat memasing. Feeling tepi pantai gitu masa ni. Coco Beach ni dikatakan laut buatan terbesar di Malaysia. Bila ombak nak datang ada bunyi sirenn. hahaha Orang bila dengar siren tu takut, ni semua pergi serang pantai. hahah Memang Seronok. Mase ni la Lan amek kamera dia tangkap gambar. haha Terima Kasih Khairil Adzlan. hahah Lama jugak dekat sini main air. Tegur tah orang mana-mana tah. Lawak je. haha Lepas tu kitorang main lagi beberapa mainan air yang dah main. Bayangkan dari pukul 1 sampai pukul 5 main air saje hahaha Lepas pukul 5, hantar pelampung. Pastu amek balik deposit or duit yang dah top up tu. Dalam pukul 6 dah sampai Resort "Arabian Bay Resort" dan terus berehat. 


Malam tu, kitorang dinner dalam pukul 8 malam. Macam-macam makanan ada. Makan je laaa. hahaha Lepas dinner takde idea nak kemana, jadi kami ke karaoke . Fuhh~ semua orang menyanyi kecuali Nabil. haha Macam-macam lagu yang dinyanyikan oleh diorang ni. Janji malam tu sangat seronok. hee Terima kasih bos belanja. ;D Lepas habis karaoke, kitorang balik ke bilik masing-masing dan rehat.


16 Mac 2014, kitorang breakfast dalam pukul 8 pagi. Lepas tu kitorang sempat menyerang kolam dekat Arabian Bay Resort tu. Memang dalam 2 jam jugakla main air kolam tu. hahha Siap ade Jakuzi lagi. hahaha Lepas mandi tu, semua bersiap-siap untuk pulang. Sempat jugaklah dok posing dekat hotel tu. hahahaa Kak Nad dengan Mikail pon join bergambar jugak. hahaa Haaa jom tengok beberapa gambar yang sempat dirakam : 



























Photo by Khairil Adzlan (Lan)
Edit by Rafzan Tomomi

Haa. Begitulah kesahnya percutian kali ini. Terima kasih Staff RTM Online kerana bawa saya kesini , especially, Kak Ros la yang memandu. hee Saya rasa sangat seronok, semoga akan datang bawak tempat lebih best. hehe Okeylah sampai disini entri kali ini jumpa dientri seterusnya. Assalamualaikum & Bye Bye :)


COME BACK HOME -  2NE1

Post a Comment

4 Comments

Unknown said…
Huuu , syok2 . btw hari tu IPTA kitorang ada buat kem ke Gambang . tp tk tau lah sampai ke tak dkt waterpark nih . interesting !
Rafzan Tomomi said…
노올 f아라하님 : ye ke? maybe dekat-dekat la tu hee.. next time datang la hehe
menarik2... safari dia tak pegi ek..??
Rafzan Tomomi said…
zulhilmi : tak sempat. hahahaaaa