BUKA PUASA #3 - SCHOOLMATE 27.07.2013



Sebelum tu sila like page saya dulu. hahaa (Klik Sini)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Salam Ramadan untuk korang. Hari ni dah masuk hari ke-19. Sekejap je? Tinggal 10 hari dah. Mesti ada diantara korang yang tak sabar nak beraya. Sabar okey. Tak lama lagi dah ni. hehe 


Semalam saya berbuka puasa kat luar untuk kali ke-3. Kali ni bersama kawan sekolah. Rasanya dah lama tak jumpa diorang. Kami berenam (Saya, Nisha, Rafi, Ardi, Amad) + dua orang kawan Rafi. Destinasi kali ini, kami berbuka kat kedai Basil dekat Bangsar Village, kedai makanan Thai. Macam-macam benda kitorang borakkan, pastinya banyak gelak. haha Kami duduk lama jugak kat kedai makan tu, sampai ke dessert Ardi order. Sangat puas hati. First time makan situ. Apa-apa pon thanks korang sebab sudi berbuka bersama saya. Bila lagi la nak jumpa kan? hehe Jom tengok gambar kitorang kat kedai tu : 

Sebelum masuk kedai ni hahaa

Menu #1 : Tom Yam 

Menu #2 : Ikan masak Steam (kot? haha)

Menu #3 : Ikan masak apa tah? Tapi sedap haha

Miera & Me. ehehe

Rafi & Nisha.

Kawan diorang, Amad & Rafi.

mereka kekenyangan. ahah

Haa... nampak sedap kan? Tahan tauu. hahaha Okeylah sampai disini entri kali ini. Minggu ni full berbuka luar. Habes lah berat naik. T^T hahaha Jumpa di entri seterusnya.Assalamualaikum & Bye Bye. :)

Post a Comment

6 Comments

Unknown said…
fae x berapa masakan tomyam hehe seronok kan berbuka luar ngan friends hihi.
Rafzan Tomomi said…
kan Fae. dah lama tak jumpa pulak. konfem berjela cerita yang ada hahaha :)
Shahrul Yusof said…
Nasib baik entri ni dibaca lepas berbuka. Kalau siang tadi, mau aku dah berbuka megi goreng pecah telur kejap tadi.

Hehehe
Rafzan Tomomi said…
Sylarius Yusof : saboo... sabo.. hahaha
Unknown said…
rindu mse study.. buka puasa dgn kwn2.. :)
http://vitamindelight.blogspot.com/2013/02/makan-udang-dengan-vitamin-c-boleh_20.html