|
Roti Bakar Hutton Lane, George Town - Tempat Makan Menarik Pulau Pinang |
Roti Bakar Hutton Lane, George Town - Tempat Makan Menarik Pulau Pinang | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys! MOMI singgah ke Pulau Pinang seketika untuk hentian pertama semasa trip kapal pelayaran Genting Dream by Resort World Cruises selama 4 hari 3 malam dari Port Klang-Penang-Singapore-Port Klang. Jadi inilah kesempatan MOMI bersama geng Blogger meneroka beberapa tempat makan menarik di Pulau Pinang. Untuk entri kali ini, MOMI ke Roti Bakar Hutton Lane. Apa yang menariknya Roti Bakar Hutton Lane ini? Mari MOMI kongsikan.
|
Roti Bakar Hutton Lane, George Town - Tempat Makan Menarik Pulau Pinang |
Roti Bakar Hutton Lane ini terletak di Jalan Phee Choon, George Town. Ia dibuka setiap hari dari 5:00 pagi hingga 1:00 tengah hari. Untuk pengetahuan anda, Roti Bakar Hutton Lane ini sudah dibuka sejak tahun 1957 lagi. Berkonsepkan warung tepi jalan, memang dapat rasa 'vibe' makan sambil melihat awan gitu. Masa MOMI datang, memang ramai juga orang. Nasib baik dapat meja terus duduk dan pesan ya.
|
Roti Bakar Hutton Lane, George Town - Tempat Makan Menarik Pulau Pinang |
Hidangan Di Roti Bakar Hutton Lane
Apa makanan yang boleh anda cuba di Roti Bakar Hutton Lane? Kami pesan pelbagai menu roti seperti Roti Bakar Telur Goyang, Roti Bakar Telur Goyang Tambah Kari Ayam, Roti Bakar Telur Goyang Cheese, Roti Bakar George Town dan Roti Balut Telur Tambah Kuah Kari Ayam. Untuk minuman pula, minuman biasa macam Teh Ais dan Milo Ais. Serius menarik semua menu yang dimasak panas-panas terus ke meja anda. Rasa makanan sedap juga lagi-lagi kegemaran MOMI Roti Balut Telur dan Roti Bakar George Town.
|
Roti Bakar Telur Goyang Tambah Kari Ayam |
|
Roti Bakar Telur Goyang |
|
Roti Bakar George Town |
|
Roti Balut Telur Tambah Kuah Kari Ayam |
|
Roti Bakar Telur Goyang Cheese |
Lokasi Roti Bakar Hutton Lane
Bagi anda yang ingin berkunjung ke Roti Bakar Hutton Lane dan nak makan dekat situ, ia berdekatan dengan Areca Hotel Penang dan Ibu Pejabat Balai Polis Pulau Pinang. Anda juga boleh ke alamat seperti berikut :
- 300, Jalan Phee Choon, George Town, 10050 George Town, Pulau Pinang
Selamat menjamu selera di Roti Bakar Hutton Lane, George Town.
0 Comments