Hameediyah Restaurant, George Town - Tempat Makan Menarik Pulau Pinang

Hameediyah Restaurant, George Town - Tempat Makan Menarik Pulau Pinang | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys! Kita sambung lagi ke lokasi terakhir semasa MOMI singgah ke Pulau Pinang seketika untuk hentian pertama semasa trip kapal pelayaran Genting Dream by Resort World Cruises selama 4 hari 3 malam dari Port Klang-Penang-Singapore-Port Klang. Jadi inilah kesempatan MOMI bersama geng Blogger meneroka beberapa tempat makan menarik di Pulau Pinang. Untuk entri kali ini pula, MOMI ke Hameediyah Restaurant yang terkenal dengan Nasi Kandar yang sedap. Apa yang menariknya Hameediyah Restaurant ini? Mari MOMI kongsikan.

Hameediyah Restaurant, George Town - Tempat Makan Menarik Pulau Pinang
Hameediyah Restaurant, George Town - Tempat Makan Menarik Pulau Pinang

Hameediyah Restaurant ini terletak di Jalan Lebuh Campbell, George Town. Ia dibuka setiap hari dari 10:00 pagi hingga 10:00 malam kecuali Jumaat dibuka dari 10:00 pagi hingga 12:30 tengah hari dan disambung semula pada 3:00 petang hingga 10:00 malam. Untuk pengetahuan anda, Hameediyah Restaurant ini sudah dibuka sejak tahun 1907 lagi. Wow! lama betul tu. Masa MOMI datang, memang ramai juga orang beratur untuk beli Nasi Kandar. 

Hameediyah Restaurant, George Town - Tempat Makan Menarik Pulau Pinang
Hameediyah Restaurant, George Town - Tempat Makan Menarik Pulau Pinang

Hidangan Di Hameediyah Restaurant
Apa makanan yang boleh anda cuba di Hameediyah Restaurant? Seperti yang MOMI beritahu awal tadi, dekat sini memang terkenal dengan Nasi Kandarnya. Walaupun ramai orang beratur nak beli Nasi Kandar, kami tetap gigih beratur dan seorang cari tempat duduk makan. Serius memang ramai ya orang. 

Hameediyah Restaurant, George Town - Tempat Makan Menarik Pulau Pinang
Hameediyah Restaurant, George Town - Tempat Makan Menarik Pulau Pinang

Untuk Nasi Kandar, kami rambang mata tengok lauk-lauk yang ada. Memang sangat meriah ya. 'Portion' juga nampak besar juga. Tapi disebabkan kenyang, kami hanya pesan dua pinggan sahaja. Nasi bersama Kari Lamb Shank dan satu lagi, Nasi bersama Ayam Goreng, Peria Goreng dan Telur Goreng. Selain Nasi Kandar, kami juga pesan sekeping Murtabak Hameediyah yang ramai orang cakap sedap. 

Hameediyah Restaurant, George Town - Tempat Makan Menarik Pulau Pinang
Hameediyah Restaurant, George Town - Tempat Makan Menarik Pulau Pinang

Hameediyah Restaurant, George Town - Tempat Makan Menarik Pulau Pinang
Hameediyah Restaurant, George Town - Tempat Makan Menarik Pulau Pinang

Hameediyah Restaurant, George Town - Tempat Makan Menarik Pulau Pinang
Hameediyah Restaurant, George Town - Tempat Makan Menarik Pulau Pinang

Selepas mencuba semua menu, memang puas hatilah. Memang sedap. Nasi bersama Kari Lamb Shank ni sedap juga, walaupun Kari Lamb Shank sedikit pedas untuk MOMI hehe. Lepas tu, Murtabak Hameediyah juga sedap ya, cuma sayangnya dah kenyang sangat dapat makan sikit je haha. 

Hameediyah Restaurant, George Town - Tempat Makan Menarik Pulau Pinang
Hameediyah Restaurant, George Town - Tempat Makan Menarik Pulau Pinang

Lokasi Hameediyah Restaurant
Bagi anda yang ingin berkunjung ke Hameediyah Restaurant, George Town dan nak makan dekat situ, anda boleh ke alamat seperti berikut : 

  • 164 A, Lebuh Campbell, street, 10100 George Town, Pulau Pinang

Selamat menjamu selera di Hameediyah Restaurant, George Town.

Post a Comment

0 Comments