Cuba Makanan Di Golden Mile Food Centre, Singapura - Tempat Makan Menarik Di Singapura

Cuba Makanan Di Golden Mile Food Centre, Singapura - Tempat Makan Menarik Di Singapura | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys! Kalau sebelum ini, MOMI kongsi mengenai makanan di Pulau Pinang, kali ini singgah ke Singpura pula seketika untuk hentian kedua semasa trip kapal pelayaran Genting Dream by Resort World Cruises selama 4 hari 3 malam dari Port Klang-Penang-Singapore-Port Klang. Jadi inilah kesempatan MOMI bersama geng Blogger meneroka  tempat makan menarik di Singapura. Untuk entri kali ini pula, MOMI ke Golden Mile Food Centre, Singapura. Apa yang menariknya Golden Mile Food Centre ini? Mari MOMI kongsikan.

Cuba Makanan Di Golden Mile Food Centre, Singapura - Tempat Makan Menarik Di Singapura
Cuba Makanan Di Golden Mile Food Centre, Singapura - Tempat Makan Menarik Di Singapura

Golden Mile Food Centre ini terletak di Beach Road, Singapura. Ia dibuka setiap Sabtu hingga Khamius (ditutup pada hari Jumaat sahaja) dari 11:00 pagi hingga 9:00 malam kecuali Rabu dibuka dari 12:00 tengah hari hingga 9:00 malam. Di Golden Mile Food Centre ini ada makanan yang HALAL dan NON-HALAL, jadi anda kena lihat sendiri dan jika yakin ia HALAL anda boleh pesan makanan di restoran tersebut. Dekat sini juga ada tempat letak 'tray' makanan yang halal dan untuk non-halal. Ada 3 tingkat : B1, Tingkat 1 dan 2. Semua transaksi adalah dalam Singapore Dollar (SGD) ya.

Cuba Makanan Di Golden Mile Food Centre, Singapura - Tempat Makan Menarik Di Singapura
Cuba Makanan Di Golden Mile Food Centre, Singapura - Tempat Makan Menarik Di Singapura

Hidangan Di Golden Mile Food Centre
Apa makanan yang boleh anda cuba di Golden Mile Food Centre, Singapura ? Dekat sini memang banyak sangat tempat makan dan kami memilih beberapa buah kedai untuk makan tengah hari disini. Dekat sini makanan yang kami pesan tidak mahal dan rasa dia menarik juga. 3 kedai yang kami singgah dan pesan ialah Wedang, Deen Tiga Rasa dan Famous Drinks.

Wedang
Dekat Wedang, anda boleh cuba pelbagai hidangan yang anda biasa nampak di negara kita seperti Mee Rebus, Tahu Goreng, Satay, Soto dan Gado-Gado. Disebabkan ramai yang singgah dekat kedai ni, kami pon singgah pesan Bihun Soto Ayam ($4.50) dan Tahu Goreng ($4.00). Rasa makanan disini sedap juga, memang layan ya guys!

Cuba Makanan Di Golden Mile Food Centre, Singapura - Tempat Makan Menarik Di Singapura
Cuba Makanan Di Golden Mile Food Centre, Singapura - Tempat Makan Menarik Di Singapura

Cuba Makanan Di Golden Mile Food Centre, Singapura - Tempat Makan Menarik Di Singapura
Cuba Makanan Di Golden Mile Food Centre, Singapura - Tempat Makan Menarik Di Singapura

Deen Tiga Rasa
Haa seterusnya kami pesan makanan dekat Deen Tiga Rasa yang menghidangkan masakan India Muslim. Antara menu menarik yang anda boleh cuba ialah Tulang Merah, Roti John dan pelbagai masakan goreng-goreng seperti nasi goreng, Mee goreng dan Kue Tiaw Goreng. Yang kami pesan dekat sini ialah Mee Goreng bersama Tulang Merah dan Roti John. Menarik juga rasa masakan dekat Deen Tiga Rasa ini.

Cuba Makanan Di Golden Mile Food Centre, Singapura - Tempat Makan Menarik Di Singapura
Cuba Makanan Di Golden Mile Food Centre, Singapura - Tempat Makan Menarik Di Singapura

Cuba Makanan Di Golden Mile Food Centre, Singapura - Tempat Makan Menarik Di Singapura
Cuba Makanan Di Golden Mile Food Centre, Singapura - Tempat Makan Menarik Di Singapura

Famous Drinks
Dekat Famous Drink ni pula kalau nak beli air boleh datang ke sini. Macam-macam jenis air yang boleh anda cuba. Dekat sini MOMI pesan Bandang Shake dan ada aiskrim diatasnya. Yummys! Memang sedap guys hehe.

Cuba Makanan Di Golden Mile Food Centre, Singapura - Tempat Makan Menarik Di Singapura
Cuba Makanan Di Golden Mile Food Centre, Singapura - Tempat Makan Menarik Di Singapura

Cuba Makanan Di Golden Mile Food Centre, Singapura - Tempat Makan Menarik Di Singapura
Cuba Makanan Di Golden Mile Food Centre, Singapura - Tempat Makan Menarik Di Singapura

Lokasi Golden Mile Food Centre
Bagi anda yang ingin berkunjung ke Golden Mile Food Centre dan nak makan dekat situ, anda boleh ke alamat seperti berikut : 

  • 505 Beach Rd, Singapura 199583

Selamat menjamu selera di Golden Mile Food Centre, Singapura.

Post a Comment

0 Comments