|
Balcony Deluxe Stateroom - Genting Dream by Resort World Cruises |
Balcony Deluxe Stateroom - Genting Dream by Resort World Cruises | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys! Masih lagi dalam 'mood' atas kapal persiaran Genting Dream by Resort World Cruises. Entri kali ini, MOMI nak kongsikan dengan anda tentang Cabin yang MOMI stay di atas kapal, iaitu Balcony Deluxe Stateroom di Deck 8. Balcony Deluxe Stateroom adalah bilik paling premium sebelum The Palace, dan ia dilengkapi dengan bilik, balkoni dan tandas yang selesa. Apa yang menariknya Balcony Deluxe Stateroom ini? Jom sambung baca.
|
Balcony Deluxe Stateroom - Genting Dream by Resort World Cruises |
Kemudahan Dalam Balcony Deluxe Stateroom
Dalam bilik ini, ada dua katil single, televisyen dan sofa panjang. Selain itu, ia lengkap dengan almari yang ada peti simpanan, ada hanger pengantung baju, dua pasang baju tuala, satu bantal lebih dan satu selimut lebih. Seterusnya, ia juga lengkap dengan meja yang ada pelbagai kemudahan seperti air mineral, pemanas air, kopi 3 dalam 1, peti sejuk, pengering rambut, tong sampah dan cawan. Kalau nak gosok baju, anda kena bayar $2 SGD tau, sebab anda tidak dibenarkan untuk membawa seterika diatas Genting Dream ini.
|
Balcony Deluxe Stateroom - Genting Dream by Resort World Cruises |
|
Balcony Deluxe Stateroom - Genting Dream by Resort World Cruises |
|
Balcony Deluxe Stateroom - Genting Dream by Resort World Cruises |
|
Balcony Deluxe Stateroom - Genting Dream by Resort World Cruises |
|
Balcony Deluxe Stateroom - Genting Dream by Resort World Cruises |
Tandas Yang Besar & Selasa
Tandas dekat dalam bilik Balcony Deluxe Stateroom ini adalah selesa dan lengkap dengan shower, sinki dan mangkuk tandas. Tuala juga digantung dalam tandas. Selain itu, ia lengkap dengan peralatan mandian. Nak pam mangkuk tandas juga sangat mudah hehe. Cuma ia tiada paip untuk cuci. But it's okay, ni pon dah okay hehe.
Balkoni Yang Best Untuk 'Healing'
Serius best cabin ini sebab ada balkoni yang menghadap laut. Ada dua kerusi yang menghadap laut, memang best kalau duduk kat kerusi dan pandang laut. Tenang dan aman je. Sempat juga la termenung sambil hirup udara segar. Lupa kadang-kadang ada atas kapal haha.
|
Balcony Deluxe Stateroom - Genting Dream by Resort World Cruises |
|
Balcony Deluxe Stateroom - Genting Dream by Resort World Cruises |
|
Balcony Deluxe Stateroom - Genting Dream by Resort World Cruises |
|
Balcony Deluxe Stateroom - Genting Dream by Resort World Cruises |
Kemudahan Palam Soket (Socket Plug)
Kemudahan 'socket plug' juga ada dalam bilik ini. Ia berada disebelah katil anda dan di meja. Di sebelah katil ada jenis USB dan kepala tiga. Manakala, di meja ada jenis kepala tiga dan kepala tiga senget (New Zealand 3-pin Plug).
Kemudahan Wifi
Untuk kemudahan internet/Wifi pula, anda perlu beli diatas kapal dengan scan QR code di kertas dan beli internet ikut pilihan anda. Yang MOMI beli $46 SGD untuk dua malam. Macam MOMI memang perlu Wifi ini untuk 'update' sosial media kan? hehe. Oh ya, internet ini anda akan daapt nikmati dimana-mana sahaja diatas kapal persiaran ini.
Untuk maklumat lanjut mengenai kapal pelayaran Genting Dream by Resort World Cruises sila layari media sosial mereka di
Facebook dan
Instagram. Untuk tempahan anda boleh layari
laman web Resort World Cruises atau hubungi nombor berikut :
Talian Bebas Tol (Singapura) : +65 800 852 8188
Talian Bebas Tol (Malaysia) : 1800 81 4852
0 Comments