Nasi Arab Restoran Zaituna Johor Bahru Memang Terbaik

Nasi Arab Restoran Zaituna Johor Bahru Memang Terbaik!
Nasi Arab Restoran Zaituna Johor Bahru Memang Terbaik!

Nasi Arab Restoran Zaituna Johor Bahru Memang Terbaik | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys! Baru-baru ini MOMI ke Johor Bahru bersama rakan-rakan Blogger, MOKA, Dik Bee, Bebelan Cik Min dan Blogger Johor, Sis Lin untuk review disebuah hotel terkemuka di Johor. Kebetulan MOMI nampak ramai yang muat naik gambar di media sosial tentang restoran Nasi Arab Johor iaitu Restoran Zaituna (Zaituna Restaurant مطعم زيتونة), nampak macam menarik untuk dicuba. Jadi kami singgah untuk makan tengah hari di Restoran Zaituna. Mari MOMI kongsikan. 

Nasi Arab Restoran Zaituna Johor Bahru Memang Terbaik!
Nasi Arab Restoran Zaituna Johor Bahru Memang Terbaik!

Nasi Arab Restoran Zaituna Johor Bahru Memang Terbaik!
Nasi Arab Restoran Zaituna Johor Bahru Memang Terbaik!

Terletak di Taman Tasek Johor Bahru, Restoran Zaituna menghidangkan masakan dari Arab. Restoran ini dibuka setiap hari dari 11:30 pagi hingga 11:00 malam (kecuali Jumaat dibuka 2:30 petang). Masa MOMI datang ke sini, memang ramai orang walaupun hari biasa dan bukan waktu makan tengah hari. Tempat makan di restoran ini sangat selesa dan berhawa dingin. Masuk sahaja restoran Nasi Arab Johor ini, nampak pelbagai manisan yang tersusun dimeja. Memang rasa teruja sangat tengok, macam nak cuba semua pon ada haha. 

Nasi Arab Restoran Zaituna Johor Bahru Memang Terbaik!
Nasi Arab Restoran Zaituna Johor Bahru Memang Terbaik!

Nasi Arab Restoran Zaituna Johor Bahru Memang Terbaik!
Nasi Arab Restoran Zaituna Johor Bahru Memang Terbaik!

Nasi Arab Restoran Zaituna Johor Bahru Memang Terbaik!

Menu Menarik Di Restoran Zaituna Johor Bahru
Dekat Restoran Nasi Arab ini, memang banyak menu menarik yang boleh anda cuba. Pastinya, kami rasa teruja nak cuba Nasi Arab yang sememangnya menjadi tumpuan bila anda datang ke restoran ini. Orang kata tak lengkap kalau tak cuba kan? Selain itu, ada pelbagai hidangan dari pembuka selera sehingga ke pencuci mulut. Apa yang kami pesan dekat Restoran Zaituna ini? Jom tengok.

Nasi Arab Restoran Zaituna Johor Bahru Memang Terbaik!
Nasi Arab Restoran Zaituna Johor Bahru Memang Terbaik!

Nasi Arab - Set Dulang 
Sebab kami ramai, jadi kami pesan Set Dulang Nasi Arab. Untuk Set Dulang ini, anda akan dapat Nasi Arab yang dihidangkan bersama Ayam, Kambing, Salad, Hummus dan 1 Jug Air. Untuk set dulang ini memang puas hati makan, sebab nasi arabnya yang sangat sedap dan dimakan pula dengan ayam dan kambing sekali. Memang superb! Selain dari Ayam dan Kambing, anda boleh tukar ikut selera sekiranya anda tak makan kambing atau ayam. Nasi Arab Johor yang anda kena cuba! Harga Set Dulang ini RM85.00

Nasi Arab Restoran Zaituna Johor Bahru Memang Terbaik!
Nasi Arab Restoran Zaituna Johor Bahru Memang Terbaik!

Nasi Arab Restoran Zaituna Johor Bahru Memang Terbaik!
Nasi Arab Restoran Zaituna Johor Bahru Memang Terbaik!

Shawarma Daging dan Shawarma Ayam
Kalau makan hidangan dari Arab, mesti nak juga rasa Shawarma. MOMI memang suka makanan dalam bentuk 'wrap' gitu, jadi MOMI pesan Shawarma Ayam dan Shawarma Daging walaupun ada Nasi Arab tadi haha. Rasa Shawarma dekat restoran Zaituna ini memang sedap dan ia dihidangkan bersama mayonis dan French Fries. Berbaloi sangat pesan Shawarma ni hehe. Harga Shawarma ini ialah RM12.00 (Ayam) dan RM14.00 (Daging)

Nasi Arab Restoran Zaituna Johor Bahru Memang Terbaik!
Nasi Arab Restoran Zaituna Johor Bahru Memang Terbaik!

Nasi Arab Restoran Zaituna Johor Bahru Memang Terbaik!
Nasi Arab Restoran Zaituna Johor Bahru Memang Terbaik!

Zaituna Mixed Grill
Rasa nak makan menu grill, kami pesan juga Zaituna Mixed Grill. Skewer ayam dan kambing berbentuk petak yang dihidangkan bersama Kebab Halabi dan Shish Tawook. Yang ni pon sedap juga ya, memang layan. Sekali sekala boleh cuba Zaituna Mixed Grill ni. Harga Zaituna Mixed Grill bermula dari RM38.00.

Nasi Arab Restoran Zaituna Johor Bahru Memang Terbaik!
Nasi Arab Restoran Zaituna Johor Bahru Memang Terbaik!

Manisan 
Tidak lengkap kalau makan masakan Arab tanpa manisan. Untuk pencuci mulut, kami pilih Kunafa dan Baklava. Jarang-jarang makan manisan dari Arab ni, jadi kalau dapat memang nak cuba macam-macam manisan dekat restoran Zaituna ini. Menu yang sedang viral, Kunafa antara yang mesti cuba disini. Rasa Kunafa memang sedap dan manis-manis manja gitu. Dapat la MOMI makan satu pinggan hehe. Untuk baklava pula, rasanya tidak asing lagi dengan kemanisannya. Memang sedaplah hehe, 

Nasi Arab Restoran Zaituna Johor Bahru Memang Terbaik!
Nasi Arab Restoran Zaituna Johor Bahru Memang Terbaik!

Nasi Arab Restoran Zaituna Johor Bahru Memang Terbaik!
Nasi Arab Restoran Zaituna Johor Bahru Memang Terbaik!

Nasi Arab Restoran Zaituna Johor Bahru Memang Terbaik!
Nasi Arab Restoran Zaituna Johor Bahru Memang Terbaik!

Nasi Arab Restoran Zaituna Johor Bahru Memang Terbaik!
Nasi Arab Restoran Zaituna Johor Bahru Memang Terbaik

Alamat Zaituna Restaurant مطعم زيتونة
27, Jalan Glasiar, 
Taman Tasek, 
80200 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi Zaituna Restaurant مطعم زيتونة
Buka setiap hari 11:00 pagi - 11:00 malam 
(kecuali Jumaat 2 petang - 11:00 malam)

Untuk maklumat lanjut mengenai Restoran Zaitun, sila hubungi 07-213 3577. Untuk tempahan dan belian secara atas talian, sila layari zaituna.my dan ikuti mereka di Facebook Zaituna Restaurant مطعم زيتونة. Jika anda berada di sekitar Johor Bahru, inilah tempat makan yang menarik untuk anda cuba di Johor. Pastinya anda akan puas hati dan rasa nak datang lagi hehe. Selamat menjamu selera guys!


Post a Comment

1 Comments

Sis Lin said…
Cantiknya gambar MOMI>. sukaaa kita..
Memang sedapkan semua menu dia.. macam nak repeat lagi jerr...