Kunafa Viral Bukit Bintang |
Food Review - Kunafa Viral Bukit Bintang | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys! Beberapa bulan ini, nama Kunafa sering menjadi bualan pengguna di media sosial. Terutamanya dekat aplikasi media sosial, TikTok semakin hari semakin ramai muat naik tentangnya di aplikasi tersebut. MOMI juga tidak melepaskan peluang nak cuba makan Kunafa viral di Bukit Bintang iaitu Kunafa Crispy. Apa yang menarik mengenai makanan dari timur tengah ini? Mari MOMI kongsikan.
Kunafa Viral Bukit Bintang |
Kunafa Crispy yang sedang viral di media sosial ini, sememangnya memang menjadi tumpuan ramai. Mana taknya, ramai orang beratur panjang untuk rasa Kunafa yang viral tu. Tahu tak yang Kunafa Crispy dah buka satu lagi kedai yang boleh dine-in dekat seberangnya. Sebaris dengan Hotel Wolo dan kedai Kebab. Walaupun dah ada kedai baru, masih juga kena beratur panjang ya hehe. Tapi takpe, sebab nak rasa MOMI gigihkan diri beratur bersama kawan-kawan. Untuk pengetahuan anda, Kunafa Crispy ini dibuka pada setiap hari dari 2:00 petang hingga 2:00 pagi.
Kunafa Viral Bukit Bintang |
Kunafa Viral Bukit Bintang |
Review Kunafa Viral Bukit Bintang
Disebabkan rasa teruja nak rasa Kunafa Viral ini, MOMI rasa macam nak pesan semua sekali tapi nanti siapa nak makan kan? hahaha. Jadi MOMI tumpang kawan-kawan Blogger - Penaberkala, Bebelan Cik Min dan Dik Bee punya Kunafa haha. Yang kami pesan ialah ketiga-tiga jenis Signatre Kunafa iaitu Crisp Cheese Kunafa, Crisp Kunafa Slice dan Creamy Kunafa Slice dan Signature Ice Cream Crisp Ice Cream paling besar.
Kunafa Viral Bukit Bintang |
Untuk Kunafa, MOMI rasa teruja nak rasa lagi-lahi yang Crisp Cheese Kunafa sebab dia bulat dan nampak sedap sangat. Suapan pertama memang rasa lembut, sedap dan rasa manis dia tak terlalu kuat walaupun dah tambah air gula. Rasa keju tu buat dia lagi menarik. Untuk yang Creamy Kunafa Slice pula, memang rasa dia sangat lembut dan sangat berkrim. Dua ni memang dah jadi kegemaran MOMI hehe.
Kunafa Viral Bukit Bintang |
Kunafa Viral Bukit Bintang |
Kunafa Viral Bukit Bintang |
Untuk aiskrim pula, MOMI pesan Signature Ice Cream Crisp Ice Cream saiz paling besar. Untuk pilihan saiz ada tiga; Regular, Medium dan Large. Untuk perisa aiskrim pula, anda boleh pilih iaitu Vanila dan Pistachio. Jadi MOMI pilih Pistachio. Rasa Crisp Ice Cream memang sangat sedap, rasa Pistachio-nya memang kena dengan isi-isi dalam aiskrim seperti Kacang, buah-buahan dan paling penting, ada Kunafa dalamnya. Sedap sangat. Memang akan singgah ke Kunafa Krispy untuk makan aiskrim ini hehe.
Kunafa Viral Bukit Bintang |
Harga Kunafa Crispy Bukit Bintang
Berikut adalah senarai harga untuk Kunafa dan Aiskrim di Kunafa Crispy :
Signature Kunafa
Crisp Cheese Kunafa - RM18.90
Crisp Kunafa Slice - RM12.90
Creamy Kunafa Slice - RM12.90
Crisp Cheese Kunafa Topping (Add-On)
Nutella - +RM5.00
Ice Cream - +RM3.60
Lotus Biscoff - +RM6.00
Signature Ice Cream
Honey Ice Cream
Regular - RM10.90
Medium - RM12.90
Large - RM14.90
Honey Nuts Ice Cream
Regular - RM12.90
Medium - RM14.90
Large - RM16.90
Crisp Ice Cream
Regular - RM13.90
Medium - RM15.90
Large - RM17.90
Kunafa Viral Bukit Bintang |
Kalau anda berminat, jangan lupa singgah dekat Kunafa Krispy Bukit Bintang. Kalau nak rasa, kenalah rajin beratur ye hehehe. Okaylah, selamat menjamu selera guys.
1 Comments