Bufet Ramadan 2022 - Santapan Ummis Hijau Kasturi Sentul Village | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Bulan Ramadan bakal tiba tidak lama lagi, pastinya ramai yang sedang mencari tempat makan best untuk berbuka puasa. Apa kata anda berbuka puasa di Santapan Ummis Hijau Kasturi Sentul Village. Apakah juadah berbuka puasa yang disediakan oleh Santapan Ummis Hijau Kasturi Sentul Village - Bufet Ramadan Di Kuala Lumpur ini? Mari Momi kongsikan.
Restoran dan syarikat katering tempatan Ummis Hijau Kasturi mengalu-alukan kedatangan orang ramal untuk menikmati aneka hidangan lazat sepaniang bulan ramadan. Meneruskan konsep yang sudah menjadi identiti mereka dikalangan pelanggan tetap, seleksi buffet bermula pada 4 April 2022 hingga 29 April 2022 dengan 30 jenis makanan daripada hidangan tradisional Melayu bakal tersedia dengan tema yang berbeza pada setiap hari termasuk sajian Semenanjung Malaysia sehingga ke Sabah dan Sarawak, sajian Nusantara dari Indonesia serta Brunei.
Antara menu Istana adalah Nasi Kebuli, Kurma Ayam, Daging Pindang Brunei, Ikan Liking, Gulai Lemak Rebung Dengan Pucuk Mans, Masak Hitam Hati Buyah (Paru Lembu), Sambal Ikan Tahai, Pais Daging, Sambal Urat-Uratan, Kelupis Brunei dan Kuih Serabai Durian.
Harga Bufet Ramadan 2022 - Santapan Ummis Hijau Kasturi Sentul Village
Bufet Ramadan 2022 di Santapan Ummis Hijau Kasturi Sentul Village bermula dari 4 April 2022 hingga 29 April 2022 dari 6.30 petang hingga 9.30 malam. Dalam masa yang sama, Ummis Hijau Kasturi turut mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh kerajaan dalam prosedur operas standard (SOP) pengendalian restoran. Untuk itu, pihak mereka telah menetapkan hanya menerima 70 orang pengunjung dalam satu masa sahaja. Harga Bufet Ramadan Santapan Ummis Hijau Kasturi Sentul Village adalah seperti berikut :
- Dewasa (Seorang) - RM35.90
- Kanak-Kanak (Bawah 12 Tahun)* - RM17.90
- Warga Emas (60 Tahun Ke Atas) - RM17.90
* harga promosi kanak-kanak terhad kepada maksimum tiga orang kanak-kanak bagi setiap keluarga.
Untuk maklumat lanjut dan tempahan mengenai Bufet Ramadhan Di Santapan Ummis Hijau Kasturi Sentul Village, sila hubungi 03-40324383 (pejabat),017-6534133(operasi) atau 011-23058511 (pengeluaran/production).
0 Comments