Lirik Lagu Lil J, Ara Johari - Keliru | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Entri kali ini Momi nak kongsi kepada anda, sebuah lagu baru dari Lil J dan Ara Johari yang berjudul "Keliru". Lagu ini adalah hasil ciptaan oleh Malique, Siqma & Muhaimin dan dikeluarkan oleh Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd. Lagu Lil J dan Ara Johari ini dikeluarkan secara digital dan semua platfrom streaming pada 8 Oktober 2021. Muzik video "Keliru" juga dikeluarkan pada 1 Oktober 2021 ditayangkan secara perdana di saluran YouTube Rocketfuel Network.
Jom dengarkan lagu baru dari Lil J dan Ara Johari. Enjoys!
Lirik Lagu Lil J, Ara Johari - Keliru
Komposer : Malique, Siqma & Muhaimin
Penulis Lirik: Malique & Siqma
(C) 2021 Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
[Ara Johari]
Keliru, Keliru
Mengapa Dalam Terluka, Aku Masih Merindu Dirimu
Dirimu
Apa Khabarmu Di Sana, Adakah Kau Juga Merinduku
[Lil J]
Terasa Berat Tanggunganku Menatang Rindu
Acapkali Kau Menjelma Di Dalam Fantasiku,
Di Serambi Pilu, Terdiam Membisu
Sedekad Yang Melewati Ku Kekal Keliru
Bertanya, Mengapa Di Mana Kau Berada?
Berserakan Soalan Bercerana Dalam Dada
Mengapa Kini Kau Puncanya Segala Dilema?
Mengapa Kini Kau Puncanya Ku Lena Tak Lena?
Takkan Ku Lupa, Detik Jeda Berlima
Mengharungi Dunia Ku Terharu Terkesima
Walaupun Seketika Kau Satunya Adiwira
Segenap Daya Melimpah Kasih Dan Ku Terima
Namun Begitu Segalanya Sementara Waktu
Menora Menjerat Ku Diperdaya Termin Lalu
Pilihan Digentas Tanpa Ruang Untuk Kurayu
Kesudahannya Sayu Bila Dibayang Namamu
[Ara Johari]
Keliru, Keliru
Mengapa Dalam Terluka, Aku Masih Merindu Dirimu
Dirimu
Apa Khabarmu Di Sana, Adakah Kau Juga Merinduku
[Lil J]
Teringat Dahulu Kala Kau Pernah Mengajar
Ku Dituntun Erti Bersabar Tika Berlapar
Dijadikan Iktibar, Agar Tak Tersasar
Tak Dikasar Pun Tercalar Perih Apakah Wajar?
Sejak Detik Terpisah, Tak Sekali Pun Dikisah
Cuma Dibalik Kaca Kau Cuba Berani Singgah
Mencerap Tanpa Kesah, Serta Mengunci Lidah
Tiada Tahniah, Tiada Hadiah, Tiada Khabar Yang
Indah
[Ara Johari]
Sanggupkah Kau Melihat Ku Terluka
Sendirian Tanpa Dirimu Ku Keliru
Ku Biarkan Pintu Hati Terbuka
Menantikan Kepulanganmu
[Ara Johari]
Keliru, Keliru
Mengapa Dalam Terluka, Aku Masih Merindu Dirimu
Dirimu
Apa Khabarmu Di Sana, Adakah Kau Juga Merinduku
[Lil J]
Teratak Kita Kelam Dan Sunyi
Masih Berpenghuni Cuma Bagaikan Tersembunyi
Pelbagai Derita, Dalam Hasrat Mencita
Hidup Lama Gelita Tiada Lagi Yang Jelita
Tanpa Raja Yang Disisi, Mama Mengambil Posisi
Percayakan Intuisi, Tanpa Mengira Kondisi
Meski Mimpi Ditangisi Kerap Membutakan Visi
Apa Maksud Mithali Ku Tercari Definisi
Darah Sama Darah Takkan Dipisahkan
Ku Pasti Ada Yang Mahu Kau Ceritakan
Di Bawah Neon Berkepul Berbilion Ion
Bergelut Cari Zion Jah Beri Ku Perhatian
[Ara Johari]
Keliru, Keliru
Mengapa Dalam Terluka, Aku Masih Merindu Dirimu
Dirimu
Apa Khabarmu Di Sana, Adakah Kau Juga Merinduku
Lagu Baru Melayu 2021 | Single Ara Johari, Lil J 2021 | Lirik Lagu Ara Johari, Lil J Mp3 | Lirik Lagu Ara Johari, Lil J Download | Lirik Lagu Ara Johari, Lil J Mp3
0 Comments