Bufet Ramadan 2021 - The Eatery Restaurant, Four Points by Sheraton Puchong | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Bufet Ramadan kembali lagi pada bulan Ramadan ini. Kalau anda tengah-tengah mencari tempat makan best untuk berbuka puasa, apa kata anda berbuka puasa di The Eatery Restaurant, Four Points by Sheraton Puchong. Apakah juadah berbuka puasa yang disediakan oleh The Eatery Restaurant kali ini? Mari Momi kongsikan.
Di The Eatery tahun ini menyajikan pelbagai pilihan hidangan yang bertemakan "Tradisi Warisan". Anda bakal menikmati pelbagai hidangan yang sangat menepati citarasa Malaysia dari pembuka selera sehingga pencuci mulut. Setiap buffet Ramadan pasti ada kelainannya dengan hidangan 'signature' yang bakal menarik tumpuan anda. Antara hidangan yang boleh dicuba seperti "Kambing Panggang Bersama Herba", "Ayam Sambal Hijau", "Pajeri Nenas", "Udang Bakar" dan banyak lagi pilihan makanan.
Dah tengok kan hidangan-hidangan menarik untuk berbuka puasa? Jadi jom berbuka di The Eatery Restaurant, Four Points by Sheraton Puchong bermula sepanjang bulan Ramadhan 2021 iaitu 7:00 malam hingga 10.30 malam dari 13 April 2021 - 12 Mei 2021 . Harga Buffet Ramadhan The Eatery Restaurant, Four Points by Sheraton Puchong adalah seperti berikut :
* 4 hingga 12 tahun sahaja.- Dewasa (Seorang) - RM145 / Nett
- Kanak-Kanak (Seorang) - RM72.50 / Nett*
Early Bird Offer!
Tempah awal untuk berbuka puasa bersama rakan-rakan dan keluarga di The Eatery Restaurant, Four Points by Sheraton Puchong sehingga 12 Apri 2021 pada harga :
- Dewasa (Seorang) - RM85 / Nett
- Kanak-Kanak (Seorang) - RM42.50 / Nett*
Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan di The Eatery Restaurant, Four Points by Sheraton Puchong, sila hubungi +60 3 5891 8855 atau email ke eatery.puchong@fourpoints.com. Ikuti mereka di media sosial : Facebook dan Instagram.
Terima Kasih The Eatery Restaurant, Four Points by Sheraton Puchong!
0 Comments