Cuba Bingsu Di Hanbing Korean Dessert Cafe |
Cuba Bingsu Di Hanbing Korean Dessert Cafe | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Siapa pernah makan bingsu? Jika anda pertama kali dengar, bingsu adalah pencuci mulut air batu kisar Korea yang terkenal dengan 'topping' manis. Kebanyakkan restoran masakan Korea mesti menghidangkan bingsu. Jadi dekat Nu Sentral ada sebuah restoran masakan Korea iaitu Hanbing Korean Dessert Cafe, yang menghidangkan bingsu dan beberapa masakan Korea. Jom tengok apa yang Momi cuba.
Cuba Bingsu Di Hanbing Korean Dessert Cafe |
The Birthday Bingsu
Harga : RM26
Sempena ulangtahun kelahiran Momi, Momi telah di-surprise-kan oleh Ara Kimora dengan Birthday Bingsu. Kalau anda pesan Birthday Bingsu ini, ia didatangkan dengan lilin bunga api dan nyanyian lagu 'Happy Birthday' dalam restoran tersebut. Bentuk bingsu ini sama macam kek, ada 3 layar. Rasa dia menarik dan unik sebab ada rasa susu dan 'cookies', cuma 'cookies' sedikit manis masin gitu. But i'm still enjoy it! Thanks Ara Kimora for the suprise !
The Birthday Bingsu |
The Bonfire… S’mores Nutella
Harga : RM26
Must try punya bingsu dekat Hanbing Korean Dessert Cafe. The Bonfire… S’mores Nutella ini sesuai untuk mereka yang minat coklat dan biskut. Untuk topping bingsu ini, ada marshmallow, biskut dan nutella. Paling penting, marshmallow dibakar didepan anda. Rasanya sedap, lagi-lagi marshmallow kena bakar tu. Momi suka gila dengan bingsu ni sampai pesan dua kali (cuma hari lain-lain ya haha).
The Bonfire… S’mores Nutella |
Blueberry Snow Ice Cheesecake
Harga : RM26
Ini juga ramai yang recommend dekat Momi untuk cuba. Bagi yang minat dengan rasa 'cheese' memang kena cuba bingsu ini. Bingsu ini ada topping buah 'blueberry' dan diselit-selitkan dengan 'cheesecake'. Rasa dia memang sedap weh. No wonder ramai orang suruh cuba bingsu ini.
Blueberry Snow Ice Cheesecake |
Ada banyak lagi bingsu dekat Hanbing Korean Dessert Cafe ini. Nanti Momi nak cuba bingsu yang lain. Hanbing Korean Dessert Cafe ada empat cawangan di Malaysia iaitu Bangsar, Nu Sentral (Kuala Lumpur), Subang Jaya dan Putrajaya. Info selanjutnya di laman web rasmi Hanbing Korean Dessert Cafe. Enjoys!
4 Comments