Coconut Durian Ice Cream, Sangkaya - Cuba Try Test Tengok |
Coconut Durian Ice Cream, Sangkaya - Cuba Try Test Tengok | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Siapa peminat aiskrim dekat sini? Haaa.. Momi nak kongsikan kepada anda aiskrim terbaru dari Sangkaya iaitu 'Coconut Durian Ice Cream' (Aiskrim Kepala Durian). 'Coconut Durian Ice Cream' mula diperkenalkan pada 21 Disember lalu dan Momi berpeluang untuk cuba sendiri 'Coconut Durian Ice Cream' ini. Best ke tidak?
Coconut Durian Ice Cream, Sangkaya - Cuba Try Test Tengok |
First time Coconut Durian Ice Cream masuk je mulut, rasa duriannya sangat menyelerakan , diselang seli dengan rasa kelapa yang sangat enak. Rasa duriannya tak terlalu kuat, jadi tak perlu risau kalau mulut berbau. Untuk pengetahuan anda, perisa Durian ini menggunakan Durian D24 yang sebenar dan ia 100% natural. Yang penting, tiada 'artificial flavouring' dan 'colouring', jadi sihat dan selamat untuk dimakan. Pastinya ia dijamin HALAL.
Coconut Durian Ice Cream, Sangkaya - Cuba Try Test Tengok |
Haa tunggu apa lagi, jomlah cuba sendiri Coconut Durian Ice Cream dengan harga RM13.50 sahaja. Untuk maklumat lanjut mengenai Coconut Durian Ice Cream dan update terkini mengenai Sangkaya, anda boleh ikuti mereka di Instagram dan Facebook. Enjoys!
0 Comments