Ombak Dive Resort, Pulau Perhentian

Ombak Dive Resort, Pulau Perhentian
Ombak Dive Resort, Pulau Perhentian

Ombak Dive Resort, Pulau Perhentian | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Lamanya rasa tak pergi bercuti dekat tepi pantai. Kebetulan, baru-baru ini Momi berkesempatan untuk bercuti bersama rakan-rakan. Destinasi percutian yang Momi dan rakan-rakan pilih adalah Pulau Perhentian, Terengganu. Banyak sebenarnya resort yang terdapat dipantai Pulau Perhentian Kecil ini. Nak tahu Momi menginap dimana selama 3 hari 2 malam? Jom sambung baca.

Ombak Dive Resort, Pulau Perhentian
Ombak Dive Resort, Pulau Perhentian
Kuala Lumpur Ke Pulau Perhentian Kecil
Dari Kuala Lumpur, kami menaiki flight ke Kota Bahru. Kami tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bahru dalam pukul 7.45 pagi. Kami menaiki van dari company Seven Seas yang berharga RM25/seorang. Jarak dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bahru ke Jeti Kuala Besut adalah 57 km dan mengambil masa dalam 1 jam perjalanan tau. Perjalanan dari Jeti Kuala Besut ke Pulau Perhentian Kecil dengan menaiki bot laju adalah selama 40 hingga 45 minit. Serius naik boat sangat mendebarkan ya lagi-lagi ombak tengah kuat, hampir terbang rasanya haha.

Ombak Dive Resort, Pulau Perhentian
Ombak Dive Resort, Pulau Perhentian

Ombak Dive Resort
Alhamdulillah, kami selamat sampai ke Jeti Teluk Aur. Dekat mana Momi dan kawan-kawan nak menginap selama 3 hari 2 malam dekat Pulau Perhentian ? Kami menginap dekat Ombak Dive Resort. Menariknya Jeti Teluk Aur ini sangat dekat dengan Ombak Dive Resort tau, jadi anda tak perlu risau nak bawa luggage hehe. First impression tentang Ombak Dive Resort ialah esklusif dan classy.

Ombak Dive Resort, Pulau Perhentian
Ombak Dive Resort, Pulau Perhentian

Ombak Dive Resort, Pulau Perhentian
Ombak Dive Resort, Pulau Perhentian

Setibanya di Ombak Dive Resort, kami disambut mesra oleh staff disana dengan welcome drink, hilang rasa penat seketika.  Memandangkan kami tiba awal dari sepatutnya, jadi kami dijamu dengan beberapa hidangan untuk makan tengah hari di Ombak Cafe, sementara menunggu bilik kami siap. Haa perut sudah kenyang, bilik sudah siap apa lagi, marilah kita masuk bilik sambil melihat sekitar  Ombak Dive Resort ini.

Ombak Dive Resort, Pulau Perhentian
Quadraple Sharing Room Ombak Dive Resort

Ombak Dive Resort, Pulau Perhentian
Quadraple Sharing Room Ombak Dive Resort

Bilik kami paling hadapan sekali, iaitu Quadruple Sharing Rooms. Bilik ini dilengkapi dengan penghawa dingin, kipas siling, meja tulis dan kerusi, LCD TV, tandas, pemanas air dan mini-fridge. Rasanya bilik ini sangat sesuai untuk mereka yang berkeluarga atau rakan-rakan sebab besar dan sangat selesa. Momi bersama tiga orang rakan yang lain memang puas hati dengan persekitaran bilik ini. Oh ya selain itu, di Ombak Dive Resort ini juga terdapat Single Room, Twin Room dan Executive Suits Room. Berikut adalah senarai pakej di Ombak Dive Resort :

4 hari 3 malam Snorkeling Package = RM 955 per pax
3 hari 2 malam Snorkeling Package = RM 690 per pax
hari 3 malam Free and Easy Package = RM 865 per pax
hari 2 malam Free and Easy Package = RM 600 per pax 
hari 2 malam Honeymoon Package = RM 695 per pax

Ombak Dive Resort, Pulau Perhentian
Executive Room

Ombak Dive Resort, Pulau Perhentian
Twin Room Ombak Dive Resort

'Romantic Beach'
Bagi anda yang gemar melakukan aktiviti pantai dan snorkeling, di Pulau Perhentian Kecil ini banyak lokasi yang menarik untuk anda terokai. Dekat Ombak Dive Resort ini ada perkhidmatan yang sesuai untuk aktiviti pantai dan snorkeling, lagi-lagi yang teringin nak belajar skuba bolehlah sertai Ombak Divers. Jurulatih pastinya mereka yang profesional dari luar negara tau. Kemudahan dan latihan skuba di sini diiktiraf oleh PADI iaitu satu badan antarabangsa untuk aktiviti sukan laut ini. Ombak Divers turut menyediakan sewaan kelengkapan untuk snorkeling seperti mask, snorkel dan fins.

Ombak Dive Resort, Pulau Perhentian
Ombak Divers

Ombak Dive Resort, Pulau Perhentian
Antara kelengkapan dekat Ombak Divers

Ombak Dive Resort, Pulau Perhentian
Antara kelengkapan dekat Ombak Divers

Dengan menaiki bot, kami dibawa ke salah satu tempat yang sangat sesuai untuk aktiviti pantai dan laut iaitu 'Romantic Beach'. Menariknya, disini ada  22 spot untuk aktiviti pantai dan laut yang boleh anda terokai di Pulau Perhentian. Serius ya, Romantic Beach ini sangat cantik tau dan ia dekat sahaja dengan Ombak Dive Resort. Kalau naik bot tu dalam lebih kurang 10 minit sahaja. Anda pasti terpukau dengan kecantikan Romantic Beach ini, rasa macam nak tinggal lama-lama dekat situ. Dekat sini sesuai untuk anda lakukan aktiviti laut, sambil-sambil mandi dapat tengok ikan lalu dekat dengan anda.

Ombak Dive Resort, Pulau Perhentian
Pose sikit

Ombak Dive Resort, Pulau Perhentian
Love sangat!

Ombak Dive Resort, Pulau Perhentian
Splash!

Ombak Dive Resort, Pulau Perhentian
Snorkeling ke tewww?

Ombak Dive Resort, Pulau Perhentian
Siapa buat ni? Cantiknya hehe.

Ombak Dive Resort, Pulau Perhentian
Bestnya berlari ditepi pantai.

Ombak Cafe
Tidak lengkap kalau menginap dekat sini jika anda tidak cuba makanan yang dihidangkan dekat Ombak Cafe. Momi ada kongsikan tentang makanan yang best dekat Ombak Cafe dalam entri "Ombak Cafe".
Baca Entri : Ombak Cafe.

Momi memang sangat recommend kepada mereka yang inginkan ketenangan dan percutian yang menarik, pastinya di Ombak Dive Resort. Lagi-lagi datang dengan keluarga dan rakan-rakan pasti bakal mencipta memori yang indah disini. Rasa nak repeat lagilah kesini hehe.

Ombak Dive Resort, Pulau Perhentian
Sunset Time Di Pulau Perhentian

Untuk maklumat lanjut mengenai penginapan dan pakej di Ombak Dive Resort, sila layari laman web Ombak Dive Resort. Jangan lupa ikuti perkembangan mereka di Facebook dan Instagram ya. Sebarang pertanyaan anda boleh hubungi mereka di talian 019 7911002 atau 09 6911021 atau email ke ombakdiveresort@gmail.com. Selamat bercuti guys!

Post a Comment

0 Comments