White Rabbit Ice Cream | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Baru-baru ini nampak aiskrim "White Rabbit" tular di media sosial. Tiba-tiba rasa teringin pula nak makan aiskrim tu sebab pernah rasa gula-gula White Rabbit kan? Jadi, Momi bersama Ara Kimora mencari aiskrim tular itu di Inside Scoop. Alang-alang berjalan tu, sekali sampai Inside Scoop Sri Petaling kami cari haha.
![]() |
White Rabbit Candy Sumber : aliexpress.com |
Sebab rasa teringin sangat, sanggup ya pergi makan dekat sini. Satu scoop aiskrim di Inside Scoop berharga RM8, dua (double) scoop : RM13.50 dan tiga (triple) scoop : RM18.50 . Jadi sebab nak rasa, Momi cuba satu scoop White Rabbit Ice Cream sajalah hehe. Sebenarnya banyak lagi pilihan aiskrim tau
![]() |
Pilihan Aiskrim di Inside Scoop |
Setelah mencuba satu suap aiskrim White Rabbit, memang menggamit memori zaman kanak-kanak. Rasanya sama seperti gula-gula White Rabbit, manis dan sedap! Rasanya satu scoop tak cukup, lain kali kena beli 3 scoop baru puas hati kot hahaha! Dengarnya, perisa ini hanya dalam masa yang terhad sahaja tau, jadi siapa yang teringin nak rasa tu sila pergi Inside Scoop sekarang!
![]() |
Nyumms! Love it |
Kalau anda nak cuba aiskrim White Rabbit dan banyak lagi perisa aiskrim di Inside Scoop, jangan lupa datang ke cawangan (outlet) yang berdekatan anda.
1 Comments