Food Tasting Day Ambassador Putrajaya By Hanana Group

Food Tasting Day Ambassador Putrajaya By Hanana Group
Food Tasting Day Ambassador Putrajaya By Hanana Group

Food Tasting Day Ambassador Putrajaya By Hanana Group | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais! Sebelum ini Momi ada update mengenai pakej-pakej perkahwinan yang di tawarkan di Ambassador Putrajaya oleh Hanana Group. Pada awal April lalu, Momi bersama rakan Blogger diundang untuk menghadiri "Food Tasting Day Ambassador Putrajaya" di dewan Ambassador Putrajaya. Jika sebelum ini Momi melihat butik dan Dewan Dirgahayu yang berada di aras 3, kali ini Momi dapat melihat pula suasana di dewan perkahwinan sekitar Putrajaya itu. 

Food Tasting Day Ambassador Putrajaya By Hanana Group
Suasana Dalam Dewan Ambassador Putrajaya

Kehadiran kami disambut mesra oleh Puan Norfazlin, pemilik Hanana Group Sdn Bhd. Untuk pengetahuan anda, Food Tasting ini diadakan bagi memberi peluang kepada pasangan yang bakal berkahwin serta keluarga untuk merasai hidangan-hidangan yang mereka akan jamu kepada para tetamu pada majlis perkahwinan mereka kelak. Pada hari 'Food Tasting' itu, Momi merasa seperti menghadiri majlis perkahwinan dimana ia lengkap dengan hiasan pelamin, katering, meja makan utama, Tea corner, DJ dan sistem PA. 

Food Tasting Day Ambassador Putrajaya By Hanana Group
Cantik kan pelamin ?

Food Tasting Day Ambassador Putrajaya By Hanana Group
Meja Makan Pengantin

Food Tasting Day Ambassador Putrajaya By Hanana Group
Wajib Ada ya ! hehe

Menariknya Momi merasai sendiri hidangan-hidangan yang disediakan untuk majlis perkahwinan seperti Nasi Minyak, Nasi Putih, Ayam Masak Merah, Ayam Goreng Berempah, Daging Masak Hitam, Sambal Sotong, Dalca dan beberapa menu hidangan yang lain. Disamping itu, para tetamu yang hadir juga berkesempatan merasai Char Kuey Teow dan cucur yang dimasak panas-panas dari dapur. Selain itu, ada Tea Corner yang simple tapi banyak juga hidangan seperti Cendol, Kuih-muih dan Teh tarik. Memang puas hati.

Food Tasting Day Ambassador Putrajaya By Hanana Group
Ayam Masak Merah

Food Tasting Day Ambassador Putrajaya By Hanana Group
Daging Masak Hitam

Food Tasting Day Ambassador Putrajaya By Hanana Group
Rendang Daging

Food Tasting Day Ambassador Putrajaya By Hanana Group
Sambal Sotong

Food Tasting Day Ambassador Putrajaya By Hanana Group
Wajib ada!

Food Tasting Day Ambassador Putrajaya By Hanana Group
Puan Lin pon turun padang untuk masak cucur. 

Food Tasting Day Ambassador Putrajaya By Hanana Group
Cendol! Cendol!

Food Tasting Day Ambassador Putrajaya By Hanana Group
Char Kuey Teow Terbaik!

Apa yang bestnya, Momi melihat ramai tetamu yang hadir bersama pasangan dan keluarga untuk sesi food testing ini. Ada juga yang bertanyakan pakej-pakej yang sesuai untuk majlis perkahwinan nanti. Dari segi makanan pula, memang sedap dan berbaloi juga dengan pakej yang disediakan. Apa-apa pon, terima kasih kepada Hanana Group sebab sudi menjemput Momi ke 'Food Tasting Day' di Ambassador Putrajaya.

Food Tasting Day Ambassador Putrajaya By Hanana Group
Intai pakej apa tu?

Food Tasting Day Ambassador Putrajaya By Hanana Group
Staff Hanana Group yang Sporting habis! hehe

Buffet Ramadhan 2018 di Ambassador Putrajaya
Bagi anda yang sedang mencari buffet Ramadhan sekitar Putrajaya, inilah tepat yang sesuai! Di Ambassador Putrajaya, mereka menawarkan buffet Ramadan yang bertemakan "Warisan Bonda"  yang menampilkan hidangan signature seperti Kambing Golek Perisa Lemon dan Gulai Kawah Kelantan pada harga RM68 (Dewasa) dan RM38 (Kanak-Kanak). Selain itu, Ambassador Putrajaya juga menawarkan harga istimewa untuk satu meja (10 pax) dengan harga RM580. Serius best! Oh ya, kalau anda beli awal sebelum Ramadan menjelang, anda boleh beli dengan harga early bird  iaitu RM55 (Dewasa) dan RM30 (Kanak-kanak). Beli cepat-cepat ya ! hehe.

Buffet Ramadhan 2018 - Ambassador Putrajaya
Poster Buffet Ramadhan 2018 di Ambassador Putrajaya

Untuk maklumat lanjut mengenai pakej perkahwinan lengkap 2018 Putrajaya dan event space di sekitar Putrajaya dari Ambassador Putrajaya by Hanana Group, sila layari laman web rasmi Hanana Group dan ikuti mereka di Facebook dan Instagram sekarang! Nanti kalau ada Food Tasting lagi, jangan lupa singgah ya gais.

Alamat Ambassador Putrajaya
Hanana Group Sdn Bhd
92, Jalan Perak, Persiaran Diplomatik
Persint 15, 62050 Putrajaya

Untuk menghubungi atau berurusan dengan pihak Ambassador Putrajaya, sila hubungi :
Farah - 016 - 6700 457
Hanis - 016 - 6700 752
Rezza - 016 - 6700 473
Liana - 016-4318 434

Post a Comment

0 Comments