Surf This Love : Gelora Juara - Kisah Sukan Luncur Air Ke Layar Perak Februari 2018 !

Surf This Love : Gelora Juara - Kisah Sukan Luncur Air Ke Layar Perak Februari 2018 !

Surf This Love : Gelora Juara - Kisah Sukan Luncur Air Ke Layar Perak Februari 2018 ! | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais! Tahun 2018 anda bakal dihidangkan dengan filem menarik dari dalam dan luar negara. Tidak terkecuali dengan sebuah filem yang Momi rasa nak pergi menonton dekat panggung wayang Nanti. "Surf This Love : Gelora Juara" arahan Waan Hafiz dan diedar oleh GSR Production. Filem yang ber-genre-kan drama ini akan ditayangkan bermula 22 Februari 2018 dipawagam berhampiran anda.

Surf This Love : Gelora Juara - Kisah Sukan Luncur Air Ke Layar Perak Februari 2018 !
Barisan Pelakon Surf This Love : Gelora Juara

Barisan Pelakon Surf This Love : Gelora Cinta
Filem ini menampilkan pelakon-pelakon yang hebat dalam industri perfileman Malaysia. Antaranya ialah Shukri Yahya, Cristina Suzaane, Josiah Hogan, Pekin Ibrahim, Ardell Aryana, Shuhaida Abraz, Mustaqim Bahadon dan ramai lagi.

Surf This Love : Gelora Juara - Kisah Sukan Luncur Air Ke Layar Perak Februari 2018 !
Poster Rasmi Surf This Love : Gelora Juara

Sinopsis Surf This Love : Gelora Juara
Surf This Love : Gelora Juara mengisahkan tentang Billie yang bekerja dengan kakaknya, Siti sebagai pemandu pelancong di Pulau Tioman. Sejak kecil, Billie sangat suka dengan sukan surfing (luncur ombak) kerana dia mendapat sumber inspirasi dari arwah abangnya iaitu Bobby yang merupakan seorang juara luncur ombak yang terkenal. Selain Bobby, Mike Malaya dan Jimmy yang juga sahabat arwah abangnya juga handal dalam sukan luncur ombak, turut menjadi idola Billie.

Surf This Love : Gelora Juara - Kisah Sukan Luncur Air Ke Layar Perak Februari 2018 !
Geng Peluncur Air Dalam Surf This Love : Gelora Cinra

Walaupun sangat obsess dengan sukan surfing sejak dia berusia 8 tahun hinggalah sekarang Billie tidak pernah betul-betul cekap dan handal bermain dengan surf board dan ombak. Pencapaiannya dalam sukan ini terbantut kerana arwah abangnya Bobby mati lemas dalam satu pertandingan sukan luncur ombak di Bali. Manakala Jimmy yang masih berkawan dengannya hingga kini dan tinggal tidak jauh dari rumahnya juga enggan mengajarnya kerana Jimmy mengalami kecacatan di kaki. Kesan dari kecederaan di kakinya dan juga sejak kematian Bobby, Jimmy bagaikan sudah ‘patah hati’ dengan sukan luncur ombak. 

Mike Malaya pula sejak kematian Bobby, dia telah merantau ke seluruh dunia bagi menyertai sukan luncur ombak. Maka Billie terpaksa berlatih surfing sorang diri tanpa tunjuk ajar oleh sesiapa pun. Walaubagaimanapun, apa jua cabaran dan kesusahan, minat Billie dengan sukan ini tidak pernah luntur. | Surf This Love : Gelora Juara - Kisah Sukan Luncur Air Ke Layar Perak Februari 2018 !

Surf This Love : Gelora Juara - Kisah Sukan Luncur Air Ke Layar Perak Februari 2018 !
Syukri Yahya dan Christina Suzzane peneraju utama dalam filem Surf This Love : Gelora Juara

Kisah bermula dengan kehadiran seorang blogger yang cantik dari Kuala Lumpur iaitu Mia yang bertandang ke Pulau Tioman untuk mendapatkan liputan tentang keindahan Pulau Tioman bagi bahan berita dalam blognya akan datang. Walaupun Mia pertama kali sampai Tioman dan hanya datang seorang diri, Mia tidak berdepan dengan sebarang masalah kerana di Tioman,

Bagaimanakah Mia dan Billie bertemu? Apakah konflik yang dihadapi oleh Billy dan rakan-rakannya? Apakah kesudahan untuk filem ini? Jawapannya hanya jika anda saksikan filem Surf This Love : Gelora Cinta dipawagam nanti ya! hehe.

Trailer Surf This Love : Gelora Juara

Trailer #1 - Surf This Love


Trailer #2 - Surf This Love


Jadi marilah kita luangkan masa untuk menonton filem luncur air yang pertama di Malaysia. Rasa teruja nak pergi tengok wayang filem ini sebab ia sesuatu yang baru dan ia membariskan pelakon yang best-best. Jom kita pergi tonton Surf This Love : Gelora Juara bersama keluarga dan rakan-rakan.

Untuk maklumat lanjut mengenai filem ini, sila ikuti layan sosial media rasmi Surf This Love; Facebook dan Instagram. Follow jangan tak follow ya! 

Post a Comment

1 Comments

khai artzfar said…
hopefully gempaklahhh