Star Cruises SuperStar Libra - Percutian 3 Hari 2 Malam Ke Phuket Thailand Di Atas Cruise



Star Cruises SuperStar Libra - Percutian 3 Hari 2 Malam Ke Phuket, Thailand Di Atas Cruise

Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais ! Sebenarnya Momi dah lama mengidamkan percutian diatas cruise mewah macam dalam filem "Pisau Cukur" (2009) tu. Alhamdulillah, akhirnya cita-cita dan impian nak naik cruise tercapai dengan naik kapal Star Cruise. Entri ini Momi nak cerita serba sedikit pengalaman Momi semasa 3 hari 2 malam diatas kapal cruise Star Cruise Superstar Libra dari Pulau Pinang menghala ke Phuket, Thailand.

Star Cruises SuperStar Libra - Percutian 3 Hari 2 Malam Ke Phuket, Thailand Di Atas Cruise

Untuk pengetahuan anda, Star Cruises merupakan hak milik Genting Hong Kong yang merupakan sebuah syarikat rekreasi, hiburan dan hospitaliti global yang terkenal. Star Cruises yang telah mula beroperasi sejak tahun 1993, mengambil inisiatif yang berani untuk berlayar di rantau ini sebagai destinasi pelayaran antarabangsa dengan enam kapal termasuk SuperStar Virgo, SuperStar Libra, SuperStar Libra, SuperStar Aquarius, SuperStar Pisces dan The Taipan. Sekarang Momi nak share pengalaman Momi bersama rakan Blogger mengikuti pelayaran SuperStar Libra selama 3 hari 2 malam dari Pulau Pinang ke Phuket.

Star Cruises SuperStar Libra - Percutian 3 Hari 2 Malam Ke Phuket, Thailand Di Atas Cruise

Berita baik buat anda yang impikan percutian atas Cruise, Star Cruise SuperStar Libra memperkenalkan satu lagi pakej baru untuk anda selama 3 hari 2 malam dari Pulau Pinang ke Phuket, Thailand. Pakej ini diperkenalkan selepas pakej 4 hari 3 malam ke Phuket dan Krabi yang berlepas setiap hari Ahad, mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

Star Cruises SuperStar Libra - Percutian 3 Hari 2 Malam Ke Phuket, Thailand Di Atas Cruise

Hari Pertama
Rabu, 26 Julai 2017
Perjalanan bermula pada pagi Rabu dari Berjaya Times Square, Kuala Lumpur ke Penang International Cruise Terminal (PICT). Tiba di Pulau Pinang pada jam 4.30 petang dan terus menunggu untuk masuk dalam Cruise. Prosedur masuk dalam Cruise ini sama dengan naik kapal terbang, dimana anda perlu sediakan passport dan anda akan diberi satu kad access yang akan digunakan dalam cruise (bilik dan shopping) dan ketika berada di Phuket. Kad ni kena jaga betul-betul ya, sebab kalau hilang susah nanti hehe.

Star Cruises SuperStar Libra - Percutian 3 Hari 2 Malam Ke Phuket, Thailand Di Atas Cruise

Setelah selesai proses imigresen, sekarang masa untuk naik cruise. Rasa teruja dan dalam masa yang sama nervous memang ada sebab pertama kali nak naik cruise ni. Masuk dalam kapal kena scan barang-barang dulu ya, make sure jangan bawak benda bukan bukan haha. Selepas scan barang, kami terus ke bilik masing-masing. Momi dapat bilik dengan Instafamous - @zarnizar, Nombor bilik 6009 - Deluxe Oceanview Stateroom. Masuk bilik dia memang sangat teruja, seronok teroka seluruhan bilik ini termasuk tandas. Menarik lagi sebab nampak laut, memang cantik. Tak percaya tengok gambar-gambar dibawah :

Star Cruises SuperStar Libra - Percutian 3 Hari 2 Malam Ke Phuket, Thailand Di Atas Cruise

Star Cruises SuperStar Libra - Percutian 3 Hari 2 Malam Ke Phuket, Thailand Di Atas Cruise

Star Cruises SuperStar Libra - Percutian 3 Hari 2 Malam Ke Phuket, Thailand Di Atas Cruise

Star Cruises SuperStar Libra - Percutian 3 Hari 2 Malam Ke Phuket, Thailand Di Atas Cruise

Star Cruises SuperStar Libra - Percutian 3 Hari 2 Malam Ke Phuket, Thailand Di Atas Cruise

Best kan? Memang best. Seterusnya bersiap untuk aktiviti seterusnya ada Sailor Party di Deck 9. Sambil tu sempat juga Momi nikmati pemandangan cantik Pulau Pinang dan juga pemandangan 'sunset' yang pasti akan anda rindui. Bab makan memang best, dapat makan seafood tak ingat dunia, lepas tu ada juga dihidangkan nasi, ayam, roti, buah-buahan serta pencuci mulut yang memang lengkap dan sedap. Makan malam dihidangkan sehingga 8.30 malam ya, jadi makan lah puas-puas tau.

Star Cruises SuperStar Libra - Percutian 3 Hari 2 Malam Ke Phuket, Thailand Di Atas Cruise

Star Cruises SuperStar Libra - Percutian 3 Hari 2 Malam Ke Phuket, Thailand Di Atas Cruise

Star Cruises SuperStar Libra - Percutian 3 Hari 2 Malam Ke Phuket, Thailand Di Atas Cruise

Masa tengah makan tu, tepat jam 7.30 malam aktiviti diteruskan dengan Fitness First : Zumba at Sea, membuatkan anda boleh berzumba puas-puas. Seterusnya, kesemua penumpang WAJIB untuk menyertai 'Mandatory Passenger Safety Drill', dimana anda akan diajar cara-cara untuk selamatkan diri jika berlaku sebarang kecemasan. Tepat jam 9.00 malam cruise pon berlepas.

Star Cruises SuperStar Libra - Percutian 3 Hari 2 Malam Ke Phuket, Thailand Di Atas Cruise

Jika ikut jadual yang diberi ada Magic Illusion by James Long tapi malangnya tak sempat nak tengok persembahan tersebut kerana terlalu teruja meneroka satu cruise dari Deck 10 sampai bawah hehe. Seterusnya, kami lepak dekat Deck 9 untuk menikmati udara segar. Memang seronok betul hirup udara segar sambil melihat bintang-bintang dilangit. Ah gitu~. Dalam jam 11.30 malam macamtu, kami menikmati supper di Mariners Buffet pula, rasanya memang meriah dengan makanan dekat atas cruise ni hehe. Seterusnya kami ke bilik masing-masing dan berehat untuk aktiviti esoknya.

Star Cruises SuperStar Libra - Percutian 3 Hari 2 Malam Ke Phuket, Thailand Di Atas Cruise

Hari Kedua
Khamis, 27 Ogos 2017
Good morning! Sudah masuk hari kedua. Tidur malam semalam memang nyenyak gitu hehe. Okay pagi tu dimulakan dengan Yoga Lesson di Deck 9. Masa ni Momi tak sertai cuma sempat berlari-lari anak di Deck 10 sambil menikmati matahari terbit yang sangat cantik. Selepas itu, kami menikmati sarapan pagi pula. Memang banyak makanan yang disediakan termasuk Omelette dalamnya ada Cheese.

Star Cruises SuperStar Libra - Percutian 3 Hari 2 Malam Ke Phuket, Thailand Di Atas Cruise

Seterusnya kami bersiap-siap untuk ke Phuket pula. Memandangkan keadaan laut tidak mengizinkan, kapal Superstar Libra tidak boleh berhenti sekitar Pantai Patong, dan akan berhenti di sebalik pulau. Tapi tak perlu risau, sebab ada bas yang disediakan oleh pihak Star Cruise untuk ke Patong Beach. Finally, Momi dah sampai Phuket, Thailand. Yeayy

Star Cruises SuperStar Libra - Percutian 3 Hari 2 Malam Ke Phuket, Thailand Di Atas Cruise

Perjalanan mengambil masa kira-kira 30 minit dan kami turun di Jungceylon Mall. Selepas itu kami bebas melakukan aktiviti disana. Kami sepakat untuk naik tuktuk dengan harga 200 Bhat, secara beramai-ramai untuk cari restoran Saveena Halal Food Restaurant yang berhampiran Masjid Nurul Islam, Phuket.


Star Cruises SuperStar Libra - Percutian 3 Hari 2 Malam Ke Phuket, Thailand Di Atas Cruise

Star Cruises SuperStar Libra - Percutian 3 Hari 2 Malam Ke Phuket, Thailand Di Atas Cruise

Momi sempat order Nasi Goreng Isi Ketam, Teh Ais THai dan Banana Chocolate Pancake yang jumlah kesemuanya hanya 160 bhat. Memang murah ya. Anda kena cuma Nasi Goreng Isi Ketam tu sebab memang isi ketam yang fresh, dapat pulak minum dua gelas teh ais hehe. Seterusnya kami kembali ke area Jungceylon Mall dan berjalan disekitarnya. Disini memang banyak sangat kedai tepi jalan, paling nak cari ialah 7-Eleven sebab nak cari Susu Pisang yang hanya dijual di 7-Eleven Thailand.

Star Cruises SuperStar Libra - Percutian 3 Hari 2 Malam Ke Phuket, Thailand Di Atas Cruise

Tepat jam 5.00 petang, kami kena pulang ke pelabuhan sebelum jam 7.00 malam sebab kapal nak bergerak pulang.  Dalam perjalanan tu, kami request nak berhenti sekejap sebab nak bergambar dekat Kata-Karon Beach, Phuket. Pihak Star Cruise memang sporting habis bagi peluang untuk kami bergambar disana seketika.

Star Cruises SuperStar Libra - Percutian 3 Hari 2 Malam Ke Phuket, Thailand Di Atas Cruise

Star Cruises SuperStar Libra - Percutian 3 Hari 2 Malam Ke Phuket, Thailand Di Atas Cruise

Tiba di Cruise, terus pergi makan malam di Mariners Buffet. Masa ni makan dengan riangnya. Selepas makan, kami bersiap untuk menyaksikan pertunjukan 'One In A Million' di Stardust Lounge, Deck 5. Malangnya masa bersiap tiba-tiba kepala pening teruk, atau lebih kenali dengan 'mabuk laut' hahaha ! Maka Momi berehat sehingga 11.00 malam. Pukul 11.00 malam pula ada Farewell Party : Banana Food Theme Supper , yang ni terpaksa gagahkan diri juga untuk sertai.

Star Cruises SuperStar Libra - Percutian 3 Hari 2 Malam Ke Phuket, Thailand Di Atas Cruise

Star Cruises SuperStar Libra - Percutian 3 Hari 2 Malam Ke Phuket, Thailand Di Atas Cruise

Star Cruises SuperStar Libra - Percutian 3 Hari 2 Malam Ke Phuket, Thailand Di Atas Cruise

Semasa farewell party bertemakan Pisang, memang meriah dengan makanan dan dekorasi yang berkaitan pisang. Antara menu yang disediakan ialah cekodok pisang, pizza pisang, kek pisang, puding roti pisang, kek minion, banana milkshake dan macam-macam lagi. Seronok dapat jumpa kembar minion kita hehe. Masa ni kami memang makan puas-puas, tapi Momi makan sikit je haha.

Star Cruises SuperStar Libra - Percutian 3 Hari 2 Malam Ke Phuket, Thailand Di Atas Cruise

Hari Ketiga
Jumaat, 28 Ogos 2017
Hari terakhir di atas cruise ! Tetiba rasa ruginya mabuk laut sampai pagi ni. Lepas bersiap semua, terus ke Mariners Buffet untuk menikmati sarapan pagi. Disebabkan lapar yang amat sangat, Momi makan dua omelette yang ada cheese tu dengan nasi lemak. Bertambah okay. Ganti balik semalam punya makan hehe.

Star Cruises SuperStar Libra - Percutian 3 Hari 2 Malam Ke Phuket, Thailand Di Atas Cruise

Seterusnya kami mengikuti Galley Tour bersama Chef Star Cruise. Dalam lawatan ini kami didedahkan dengan dapur tempat mereka memasak. Memang bersih dan tergoda dengan bau makanan. Nak cerita sikit, dekat Star Cruise SuperStar Libra ini terdapat 8 jenis tempat makan untuk sarapan pagi, makan tengah hari, minum petang, makan malam dan supper. Mariners Buffet lebih kepada penyediaan menu masakan Asia dan bufet antarabangsa, Ocean Palace pula menyediakan masakan Asia dan masakan cina. Selain itu, Four Seasons Restaurant menyediakan masakan Asia dan Barat. Untuk yang beragama Islam pula jangan bimbang, Spices Restaurant dalam cruise ni menyediakan masakan melayu yang telah diiktiraf halal oleh JAKIM.

Star Cruises SuperStar Libra - Percutian 3 Hari 2 Malam Ke Phuket, Thailand Di Atas Cruise

Star Cruises SuperStar Libra - Percutian 3 Hari 2 Malam Ke Phuket, Thailand Di Atas Cruise

Alhamdulillah. Akhirnya kami selamat sampai di Pulau Pinang pada jam 12.00 Tengah Hari. Terima kasih diucapkan kepada pihak Star Cruise diatas kesudian membawa Momi dan rakan Blogger merasai pengalaman menaiki SuperStar Libra selama 3 hari 2 malam ini. Pastinya pengalaman ni sangat menarik dan bermakna untuk Momi. Memang seronok walaupun kesihatan tak berapa baik hehe. Berikut adalah senarai harga dan jadual trip Cruise SuperStar Libra :

Update Terbaru (Untuk pelayaran September-Disember 2017)

Pakej 4 Hari 3 Malam (Mininum 2 orang)
Kuala Lumpur > Langkawi > Phuket > Penang > Kuala Lumpur
Bermula RM1104

Pakej 4 Hari 3 Malam (Mininum 2 orang) 
Penang > Kuala Lumpur > Langkawi > Phuket > Penang
Bermula RM1104

Pakej 3 Hari 2 Malam (Mininum 2 orang)
Kuala Lumpur > Phuket > Penang > Kuala Lumpur
Bermula RM854

Pakej 3 Hari 2 Malam (Mininum 2 orang)
Penang > Kuala Lumpur > Phuket > Penang 
Bermula RM854

Info Selanjutnya disini. 

Star Cruises SuperStar Libra - Percutian 3 Hari 2 Malam Ke Phuket, Thailand Di Atas Cruise

Untuk maklumat lanjut mengenai Star Cruises, sila layari :

Post a Comment

32 Comments

Sheila Adziz said…
wow... bestnya dpt naik cruise
Pojiegraphy said…
Bilik selesa. Nampak comfy. Makanan semua ada. Aktiviti pun pelbagai. Takde la bosan kan nanti. Kalau pergi dengan geng-geng satu kepala lagi confirm meriah habis. Pakej start dari harga RM699? Not bad for 3 hari. Nice review Momi. Gambar kebaboom, rasa tempted terus nak cuba Star Cruises Superstar Libra ni!
Rafzan Tomomi said…
hehe best best :)
Rafzan Tomomi said…
memang selesa. makanan pon sedap hehe. tu la kena pergi dengan geng sekepala dan buat aktiviti sendiri menarik ni. terima kasih Pojie ;)
Mawardi Yunus said…
wah bilik dia nampak best. besar plak tu
Rafzan Tomomi said…
best wak. memang selesa hihi
Amirul said…
Dulu ingat naik cruise harganya beribu rupanya bermula rm699 sahaja... insyallah satu hari nanti nak cuba naik
sitirohaida said…
syoknya naik cruise...
Rafzan Tomomi said…
Ye . saya pon agak terkejut dengar harga dia bawah seribu. In shaa Allah nanti naik ya :)
Rafzan Tomomi said…
heheh syok kak :)
Hafiz Hafizol said…
Bestnya!

Okeylah nak kumpul duit nak book yang Pakej 4 Hari 3 Malam Pulau Pinang-Phuket-Krabi \0/
Rafzan Tomomi said…
best! kann. Pakej 4 hari 3 malam tu lagi meriah rasanya hehe :)
seronok betul. and aku suka watermark ko. cantik.
mama tisya said…
Best nye dpt naik cruise.. Berangan juga.. Moga2 dpt naik satu hari nanti.. Ms matta fair ada juga tgk pakej star cruise ni, mmg menarik
Rafzan Tomomi said…
seronok seronok. maceh aril :D
Rafzan Tomomi said…
hehe best best. In shaa Allah, one day mesti dapat punya :)
Scha Nazri said…
Teringin nak naik cruise. Kena kumpul ongkoss gini!
Rafzan Tomomi said…
yes sis. kumpul dari sekarang :D
Hani Rahman said…
Wahhh... Best nyer... Bila lah agak nyer saya berpeluang naik cruise nih...
sis gee said…
wah yang tengok ni pun dah teruja!kalau dapat pergi tak dapat nak gambarkan camane..haha
Rafzan Tomomi said…
in sha Allah one day. hehe
Rafzan Tomomi said…
betul sis. memang teruja habis hehe
Qbal Ramlan said…
pergh! bestlah momi! sekali seumur hidup je. Sakan posing sana sini yek
hahahahahha😂😂
Wah..dah lama x pegi phuket...huhu
Rafzan Tomomi said…
hehehhee.. tu laa. teruja sungguh hehe
Rafzan Tomomi said…
heheh nanti pergi ya :D
Sunshine Kelly said…
Yay!!! memang best la dapat holiday on cruise macam ini.
Alia Farhan said…
Teringin nk lyn cruise ni...tpi prob akk cpt mabuk laut.
Ehh akk pun suka makan kat saveena tu..lauk lunch dia sedap..goreng2 pun sedap
Rafzan Tomomi said…
betulll sangat best hehe
Rafzan Tomomi said…
ye kak. saya pon mabuk laut rupanya hahahaha.
El Naomie said…
Bestnya tengok momi naik cruise 😍 Ada rezeki, saya pun nak naik cruise bulan 11 ni. Harap saya tak mabuk laut la hihi
Rafzan Tomomi said…
hehehe best best. In shaa Allah. kalau dapat naik, pergilah. rasa juga naik nanti :D