Ngences Giga, Setiawangsa - Rasai Steamboat Dan Kambing Grill Di Ngences Giga | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais! Para peminat steamboat dan grill khususnya peminat daging kambing, apa kata anda singgah ke Ngences Giga di AU2, Setiawangsa. Dengan tagline "Makan Sampai Senget", anda pasti akan puas makan daging kambing dekat sini sebab Ngences Giga, Setiawangsa memfokuskan hidangan kepada daging kambing dan steamboat.
Harap maaf kepada penggemar 'seafood', Ngences Giga, Setiawangsa tidak menghidangkan seafood dan semestinya mereka menghidangkan daging lembu, kambing dan ayam sahaja untuk grill dan pelbagai jenis bebola untuk steamboat. Lepas tu ada sos cicah yang best-best macam Yong Tau Fu, MayoMint dan banyak lagi. Harga yang anda bayar tidak termasuk air ya, jadi anda boleh order air seperti gambar dibawah.
Terdapat empat jenis menu kambing grill yang sememangnya 'unlimited' di Ngences Giga, Setiawangsa iaitu 'Kambing Papricano', 'Kambing Garlicano', 'Kambing Gingeria' dan 'Kambing Blackpaper'. Momi berkesempatan untuk rasa semua daging kambing ini, dan memang puas makan tau hehe.
Selain dari Grill dan Steamboat, Ngences Giga, Setiawangsa turut menghidangkan Dim Sum 'unlimited' kepada para pengunjung. Memang 2-3 kali jugak 'refill' Dim Sum dekat sini, lepas tu makan panas-panas hehe.
Harganya sangat berpatutan tau. Hanya :
RM29.90* (DEWASA)
RM16.00* (KANAK-KANAK 6-10 Tahun Sahaja)*Tidak termasuk minuman
Istimewa bulan Ramadan, Harga buffet Ramadan di Ngences Giga :
RM40.00** (DEWASA)
RM16.00** (KANAK-KANAK 6-10 Tahun Sahaja)
Waktu Beroperasi Ngences Giga, Setiawangsa
Waktu Biasa
Waktu Biasa
Isnin-Jumaat - 4.00 Petang hingga 12.00 Tengah Malam
Sabtu & Ahad - 2.00 Petang hingga 12.00 Tengah Malam
Untuk maklumat lanjut mengenai Ngences Giga, Setiawangsa, sila layari media sosial mereka di :
Facebook Rasmi Ngences Giga, Setiawangsa :
Instagram Rasmi Ngences Giga, Setiawangsa :
No. Telefon Untuk Tempahan Ngences Giga, Setiawangsa :
011-26685187
Alamat Restoren Ngences Giga, Setiawangsa :
No. 21, Jalan 24/56, Setia Wangsa
Kuala Lumpur, Malaysia 54200
Kuala Lumpur, Malaysia 54200
Terima kasih Ngences Giga, Setiawangsa !
8 Comments