Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Bulan Ramadan sudah tiba, jadi mesti anda tak sabar nak cari buffet ramadhan untuk berbuka puasa nanti. Apa kata anda berbuka puasa di Kafe MJIIT, UTM, Kuala Lumpur, bermula 28 Mei 2017- 18 Jun 2017. Applebite Catering yang telah memberi peluang kepada anda untuk rasai juadah berbuka puasa yang bertemakan 'Warna Warni Ramadhan' ini bakal menghidangkan lebih 100 variasi menu dari pembuka selera sehingga pencuci mulut.
Antara hidangan utama yang dihidangkan di Kafe MJIIT, UTM, Kuala Lumpur kepada anda ialah 'Nasi Kerabu', 'Nasi Dagang', 'Nasi Arab', 'Ayam Kampung', 'Rebung Ayam', 'Ayam Panggang', 'Gulai Kawah', 'Siput Sedut', 'Ketam Sambal', 'Tempoyak Patin', 'Kari Kepala Ikan', Aneka Makanan barat, Hidangan Khas Jepun dan Sajian Ala Thai.
Selain itu, Applebite Catering juga menyediakan 10 gerai makanan yang menyajikan hidangan Ramadan kegemaran orang kita. Antaranya gerai yang menghidangkan 'Kambing Golek New Zealand', 'Spaghetti' dan 'pasta', 'Western Girlled Corner', 'Ikan Bakar', 'Sup Kambing', 'Sup Tulang', 'Char Kuey Tiaw', 'Bihun Singapore', 'Ayam Goreng Berempah', 'Laksa Penang', 'Mee Kari', 'Soto Ayam', 'Roti Jala dan Kari Ayam', 'Lempeng Pisang' dan 'Kids Corner'.
Paling best, ada pelbagai pencuci mulut tempatan yang turut dihidangkan seperti Aneka Kuih Muih Melayu, French Pastries, Buah-Buahan Tempatan, Bubur Pulut Durian, Aneka Dadih dan Puding Buah dan banyak lagi pastinya melengkapkan selera anda. Kesemua hidangan ini sangat berbaloi jika tengok pada harganya. | Buffet Ramadhan 2017 - Warna Warni Ramadhan Di Kafe MJIIT UTM, Kuala Lumpur
Paling best, ada pelbagai pencuci mulut tempatan yang turut dihidangkan seperti Aneka Kuih Muih Melayu, French Pastries, Buah-Buahan Tempatan, Bubur Pulut Durian, Aneka Dadih dan Puding Buah dan banyak lagi pastinya melengkapkan selera anda. Kesemua hidangan ini sangat berbaloi jika tengok pada harganya. | Buffet Ramadhan 2017 - Warna Warni Ramadhan Di Kafe MJIIT UTM, Kuala Lumpur
Harga Buffet Ramadhan 2017 Di Kafe MJIIT UTM, Kuala Lumpur
Bestkan tengok gambar-gambar juadah berbuka puasa di Kafe MJIIT UTM, Kuala Lumpur. Buffet Ramadhan 2017 di Kafe MJIIT UTM, Kuala Lumpur bermula pada 28 Mei 2017 hingga 18 Jun 2017. Harga Buffet Ramadhan Kafe MJIIT UTM, Kuala Lumpur :
RM45 (DEWASA)
RM20 (KANAK-KANAK)
Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan di Kafe MJIIT UTM, Kuala Lumpur, sila hubungi :
Lynn : 012-3632261
Azeera : 019-6776877
atau layari :
Facebook Rasmi Applebite Catering
facebook.com/applebitecatering
Lynn : 012-3632261
Azeera : 019-6776877
atau layari :
Facebook Rasmi Applebite Catering
facebook.com/applebitecatering
Terima kasih kepada Applebite Catering atas kesudian menjemput Momi dan satu keluarga berbuka di Kafe MJIIT UTM, Kuala Lumpur .
4 Comments