Assalamualaikum & Salam sejahtera gais. 30 Julai & 31 Julai yang lalu Momi bersama rakan-rakan Blogger telah menyertai Trip Ke Johor bersama Rush Media. Pada hari pertama (Sabtu, 30 Julai), kami singgah di DesaStay Kg Parit Tengah Batu Pahat dan Johor Bahru untuk Majlis Perasmian
Karnival Desa Peringkat Negeri Johor eksklusif bersama Y.A.B Dato’ Mohamed Khaled Nordin , Menteri Besar Johor.
Seawal 7.00 pagi lagi blogger & rakan media dah sampai. Momi sampai pon dalam sekitar tu lah hehe. Pagi tu kami dihidangkan dari Nasi Lemak Sotong & air Kopi O',
thanks to Kak Ana hehe. Sebelum bertolak pon bas dah meriah dengan suara blogger yang duduk belakang dalam bas haha. Dengan eksklusifnya Momi duduk seorang je dengan dua seat, (ye lah sebab tak muat duduk berdua haha!). Perjalanan dari MaTic ke Batu Pahat dalam 3 jam lebih jugak hehe.
|
Momi & Selamat Datang hehe |
Program DesaStay
'DesaSaty' merupakan salah satu produk pelancongan yang berpotensi di kawasan luar bandar. Program ini bertujuan untuk meningkatkan penyertaan maysarakat luar bandar di dalam sektor pelancongan. Pakej-pakej akan disediakan di mana ianya terdiri daripada pakej setengah hari, 1 hari atau 2 hari 1 malam dan seterusnya.
|
Ketibaan Y.A.B Dato’ Mohamed Khaled Nordin , Menteri Besar Johor disambut mesra oleh penduduk Kampung Parit Bugis. |
31 buah kampung berpotensi untuk dijadikan 'DesaStay' yang terdiri dari masyarakat Melayu, Cina & India. Program 'DesaStay' juga merupakan satu bentuk pengalaman di mana para pelancong akan merasai sendiri dan melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan dan disediakan oleh penduduk-penduduk kampung tersebut.
|
Ketibaan Y.A.B Dato’ Mohamed Khaled Nordin , Menteri Besar Johor |
Tujuan mewujudkan Program ‘DesaStay’ di seluruh negeri Johor adalah untuk:
1. Memperkembangkan ‘Hospitality Industry’ dan mempertingkatkan industry pelancongan di negeri Johor.
2. Mempelbagaikan bentuk kemudahan penginapan kepada para pelancong khususnya kepada ‘Budget Travellers’
3. Memperkenalkan cara hidup dan kebudayaan masyarakat setempat
4. Mewujudkan peluang perniagaan kepada komuniti setempat serta meningkatkan ekonomi mereka secara tidak langsung
5. Menyediakan pakej-pakej aktiviti yang menarik untuk diikuti.
|
Kami bergambar bersama Y.A.B Dato’ Mohamed Khaled Nordin , Menteri Besar Johor. |
Bagi Momi program ini menarik perhatian ramai pelancong dari dalam dan juga luar negara. Pelancong bakal merasai suasana kampung dan sesuai untuk mereka yang nak lari sekejap dari kesibukan kota. Jadi tunggu apa lagi, jom ler ramai-ramai menikmati suasana kampung di DesaStay hehe. Untuk maklumat lanjut, boleh Follow Twitter rasmi DesaStay :
twitter.com/desastayjohor. Tak mahu cerita banyak , jom tengok gambar-gambar sepanjang majlis berlangsung :
2 Comments