2016 | New Look! New Name! New Hopes!


Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Selamat Tahun Baru 2016! Maaf sebab lambat sangat update Selamat Tahun Baru ni sebab macam-macam hal tak dapat dielakkan. 2015 dah meninggalkan kita dengan pelbagai kenangan manis, pahit, masam dan macam-macam lagi. Seperti yang diceritakan bulan lepas, blog akan berubah pada 1 Januari 2016. Adakah korang rasa seperti masuk blog baru? hahaha


Tema Blog Baru 2016!
Sempena tahun 2016 saya dah update sikit demi sikit tema blog baru ni. Amacam ? okay tak? So far Momi berpuas hati dengan pilihan Momi ni. Lebih simple, kemas dan comel haha. Dekat header memang dah takde dah muka Momi haha sebab dah letak gambar dekat ruangan "IT'S ME" jadi ada info ringkas senang untuk mereka kenal lebih pantas haha. Kalau nak kenal lagi lanjut boleh ke page "Rafzan Tomomi."


Nama & Logo Baru!
Nama blog dah tukar ye gais. Dari "Rafzan Tomomi Story '15" ke "RAFZANTOMOMI.COM", untuk lebih mudah pengunjung ingat hee. Headar "RAFZANTOMOMI.COM" Momi nak ia nampak lebih simple dan mudah dibaca bila orang masuk. Tulisan "RAFZAN TOMOMI" tu ala-ala tulisan muka depan majalah gitu dan ".com" nampak comel dekat situ. Perkataan "Lifestyle", "Advertorial", "Review" dan "Event" adalah fokus utama blog ini. :)


Dari "Saya" ke "Momi" & Page Baru!
Untuk tampak lebih comel, penggunaan "saya" dah berubah ke "Momi" memandangkan ramai orang panggil nama Momi, sengaja tukar-tukar angin hehe. Bukan itu sahaja, saya dah tambah beberapa page baru bawah "EVENT / REVIEWS" seperti "#PRODUCTREVIEW" yang menghimpunkan produk-produk yang pernah review, "#BLOGGEREVENT" yang menghimpunkan sesi / aktiviti bersama blogger & "#MOMITIPS" yang berkongsi tips untuk korang baca. :)


Harapan RAFZANTOMOMI.COM tahun 2016!
Harapan Momi untuk tahun 2016 ini ialah semoga blog Momi lebih dikenali, dapat hadir banyak event bersama blogger dan update banyak entri yang memberi manfaat sedikit sebanyak kepada mereka yang membacanya. Ada lagi, harap dapat buat lagi Segmen untuk tahun ni, jadi korang ramai-ramai boleh join. Selain itu harapan Momi juga semoga dapat tangkap gambar yang cantik dan comel untuk korang hahaha. Jangan risau, Momi takkan tanam harapan nak kurus untuk blog ni hahaha *hambar*


Haaa itu sahaja ceritanya. Sebelum tu, Momi nak ucap terima kasih yang tak terhingga kepada pembaca setia, pembaca yang masuk secara langsung atau tidak langsung dalam blog ini. Momi ingin memohon maaf kepada semua sekiranya ada terkasar bahasa atau sebagainya , In Sha Allah 2016 will be a awesome year for us! :)

XOXO,
Rafzan Tomomi

Post a Comment

9 Comments

Eintan Nurfuzie said…
good luck dengan new style momi :)
Rafzan Tomomi said…
terima kasih Eintan :)
Fyda Noh said…
Selamat tahun baru momi...
Semoga tercapai impian momi tu
Rafzan Tomomi said…
terima kasih ya.
In Sha Allah :)
PeRdU cINta said…
All the best ya...
Rafzan Tomomi said…
terima kasih awak :D
sayaiday said…
Wahhh Momi! Dulu selalu tengok gambar momi dekat header. hehehe Sekarang okay la nampak simple and tajuk pon senang nak sebut dari sebelum ni Rafzan Tomomi Story '15. hehehe Bagus main tukar theme ni. iday punya blog tak tertukar lagi. hahaha