Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Dah lama gilers tak update blog ni (padahal last week baru update. haha) Dah lama tak keluar Random Awesome ni, kali ni nak ajak korang baca review filem-filem yang telah ditonton sejak bulan lepas sampailah sabtu lepas. Harap korang layan okey ! :)
Tarikh : 13 Disember 2013 & 24 Disember 2013
Masa : 10.30 Malam & 7.40 Malam
Rating : 4.8/5
Favourite Movie of The Year 2013! Cerita Disney selalu memang jadi favourite jugak, macam Tangled (2010) dengan Wreck It Ralph (2012). hahaha Masa awal tarikh tayangan memang takde teman nak pergi tengok, sampai paksa kawan-kawan tengok sekali. Okeylah, jalan cerita "FROZEN" memang menarik dan paling best sebab cerita ni muzikal. Selalu cerita muzikal begini memang favourite saya la. Tak rugi tengok sebab tu sampai dua kali masuk panggung semata-mata nak tengok cerita ni lagi. hehe Watak paling best dalam cerita ni adalah watak Olaf. Kecomelan dan kelawakkan Olaf memang membuatkan cerita ni hidup dan menarik dalam suasana wayang. Memang semua orang akan gelak bila Olaf keluar hahaha
Lagu "Let It Go" yang dinyanyikan oleh "Idana Menzel" dalam cerita tersebut, memang jadi tumpuan saya la. Sampai balik rumah pon masih teringat lagu dalam cerita tu sampai download lah OST "FROZEN". Teringin jugak nak tengok dalam Bahasa Melayu tapi tak sempat pulak. Setakat ini filem ini mengumpul sebanyak $713,656,905 diseluruh dunia. Terbaik! ;) Kalau nak tengok pon sempat lagi sebab GSC bukak banyak lagi hall. Jangan lepaskan peluang okey!
----------
Movie Review : Dhoom 3 (2013)
Tarikh : 29 Disember 2013
Masa : 2.15 Petang
Rating : 4.3/5
Sedikit kelainan jugak bile tengok cerita Hindustan dalam wayang. Selalunya tengok dalam TV atau laptop tapi kali ini pertama kalinya tengok cerita hindustan. Sejujurnya memang tak pernah tengok DHOOM dengan DHOOM 2 tapi yang ni best jugak. Ade satu scene tu memang gelak habis sebab kelakar sangat, bayangkan motor boleh jalan atas tadi tu. Satu panggung macam gelak habis. hahaha Rase macam sedikit mengarut tapi layan je la. hahaa Jalan cerita dan lagu dalam filem ni memang layan habis, cuma adelah part-part yang sedikit bosan. Angle yang digunakan kebanyakkannya macam cerita omputeh. Overall, okey je. hehe
----------
Tarikh : 31 Disember 2013
Masa : 2.15 Petang
Rating : 4 / 5
Setelah menonton filem pertama The Hobbit : An Unexpected Journey (2012) , semestinya tak sabar nak menonton filem ke-2 pulak. Saya bukanlah peminat trilogi Lord Of The Rings tapi kali ni The Hobbit, rase macam nak ikut pulak kisahnya. Sejujurnya filem kedua The Hobbit : The Desolation of Smaug (2013), memang jalan cerita dia lambat tapi bila sampai part berlawan, dilanda masalah memang menarik. Paling best masa diorang lalu kawasan penuh dengan labah-labah besar. Serius berdebar. Tak lupa jugak part yang diorang jumpa Naga tu. Memang best! dan seperti biasanya tiba-tiba je cerita dia habis. hahaha Bersambung pulak. Bahagian 3 The Hobbit, The Hobbit : There And Back Again akan ditayangkan tahun 2014 (tahun ni la!) Tak sabar nak tunggu! ;)
----------
Tarikh : 11 Januari 2014
Masa : 12.15 Tengah Hari
Rating : 3.8 / 5
Filem pertama Malaysia yang saya tonton untuk tahun 2014! dan ini juga filem melayu pertama selepas KL Gangstar 2 (2013). Tahun ni cuba nak menyokong industri filem Malaysia pulak, so goodluck to semua pengarah di Malaysia :) Okeylah cerita ni memang tak pernah tengok trailer dan tak tahu pon siapa berlakon. Memang terkejut bila pelakon dia best, ada Rosyam Nor, Rita Rudaini dan Adi Putra. Tak lupa jugak adik Rykal yang comel pon ada. Teringat je scene Rykal kene lempang, tampar oleh ayah dia. Kesian la pulak. Lepas tu, banyak jugak adengan tembak menembak. Kalau nak tahu best ke tak, sila tonton sendiri di wayang baru feel. haha
----------
Movie Review : 47 Ronin (2013)
Tempat : Berjaya Times Square, Kuala Lumpur
Tarikh : 11 Januari 2014
Masa : 2.40 Petang
Rating : 3 / 5
Maafkan saya. Saya memang bukan peminat cerita ini. Mungkin ia sebab sejarah kot. -.-" Ade beberapa je scene yang boleh dibuat gelak. Tak terlalu teruja untuk menonton. Sempat tertidur pulak dalam tu. Maafkan saya. haha Cuma akhirnya faham la jugak kenapa cerita ni 47 Ronin, tu je. hurmmm Kalau nak rasa best atau tidak, sila ke panggung wayang. haha
Okeylah sampai disini dulu entri kali ini. Semoga korang terhibur dengan review yang saya buat. Tapi sangat-sangat disyorkan sesiapa yang tak tengok FROZEN lagi, sila tengok. hahahaa okeylah jumpa dientri seterusnya Assalamualaikum & Bye Bye. :)
0 Comments